09 Mac 2013

HIKMAH Di Sebalik KESESAKAN Ituuu.....

Tu la kan...
Kita ni kalu tak dapat apa-apa yang diingini
Jangan la mengeluh, meratap, menanges teruk-teruk sangat kan
 Memang la kita ni manusia ada perasaan
Tapi rasanya elok la berpada-pada
Kalu dah TERmengeluh, TERmeratap sume tu
Cepat-cepat istigfar, ingat Allah

Segala yang berlaku tu ada hikmahNya
Walau bukan time-time tu kita tau
Maybe akan datang lepas-lepas tu
Ada sebab kenapa Allah jadikkan camtu 
Tak seperti yang kita rancang
Ada sebabnya...
Bersangka baik la dengan Allah

Perkara ni berlaku pada diri MamaZN sendrik
Turut dialamii oleh Aunty Wawa & Uncle Najjib
Sangat terkesan di hati
Menjadi peringatan utk kami di masa-masa akan datang

****************

Kejadian berlaku hari Sabtu lepas
Tengokkk
Cerita Sabtu lepas, arini baru nak share
Kekekekeke... (^_~)

Dah lepas Zakwan bersukan pagi tu
Kami nak pi jenjalan
Tempat pertama yang kitorang nak pi adalah The Mines
Sebab nak beli power bank utk NenekZN bawak pi Istanbul
Tapi tak sangka la plak, time kitorang sampaiiii jek kat flyover tu
Polis dah letak kun dah
Sebab nak jadikan jalan tu 1-way
Giler jammed!!!

Almaklum, time tu ada Big Bad Wolf
Hmmm, memang mendapat la!
Tak sanggup la nak terjah jugak
Jeling-jeling tengok parking cam penuh!
Kereta beratur nak masuk parking basement The Mines

Tukar plan!
Kami plan nak pi Jusco Cheras Selatan
Elok dah amik tiket nak cari parking
Tiba-tiba AtokZN telefon
Suruh balik cepat ke umah Aunty Wawa
Suara macam urgent
Bergegas la kitorang balik
Rupa-rupanya kunci umah patah!
AtokNenekZN tak leh nak ke mana-mana
Memandangkan AtokZN tertinggal kunci kereta kat dalam umah
Time tu AtokNenekZN dah ada kat luar
Terpaksa la diorg berteduh kat gazebo playground bawah sana
Kesian.....

See!
Cuba bayangkan
Kalu kitorang still berdegil nak beratur cari parking kat The Mines
Dah la tengah sesak-sesak, jammed
Pastu mana tau elok dapat parking jauhhhhhh, nak bawak budak2 lagi
Tiba-tiba dapat emergency call camni
Haaa, tak ke hati dah meruap-ruap rasa aura negatif?

Memang bersyukur sesangat kitorang tak jadi pi The Mines tu
Pastu naseb baek kitorang tak plan nak pi Low Yat ke, Sunway Pyramid ke
Semata-mata nak pi beli power bank tadi tu
Tak ke lagi jauhhhh?!
Lagi susah nak patah balik nanti
Alhamdulillah
Tu la hikmahNya tu...
Kitorang dapat balik umah Aunty Wawa 'selamat'kan AtokNenekZN
Dalam masa yang singkat sebab dekat




Last-last kitorang pi Alamanda jek, hihihihihi
Aunty Wawa belanja Subway
ZakwanNayli plak dapat makan fries & nugget Burger King
Malam tu pi jumpa Mrs K amik cekelat...
Itu la kisahnya....
Hehhee


Happy weekend uols!
Arini nak kasi reward pada Abang Zack
Sebab minggu lepas kami tak berpeluang nak get together 1 famili time weekend
PapaZN ada hal, pi tempat lain



 

6 comments:

mar lia berkata...

Ermmm btol 2... Dugaan Allah tentu ada hikmahnyer kan...

*baru smlm kereta xcident... Tgh bertabah dgn Mr Fallah....

Lily@MamaZaraZareef berkata...

yup..sume yg berlaku selalunye mesti ada hikmah kan..:-)

mamalieyna berkata...

Haaa nasibbaik kan..... aturan Allah adalah yg teeeerbaik :-)

ALoNa CintamaniszLite berkata...

Kan..bila dh jadi mcm ni..mesti kita terpikir akan hikmahnya...dan mengakuinya. Alhamdulillah...selamat semuanya, ye..hehe..

**Nad, tak terpikir ke nk tukar nama blog dari nama zakwan sorang kepada nama zakwan dan nayli sekali, hehe. Leh tukar kan nama blog pd blog yg sama. Kot ler...sj akak tanya. Masa taip add blog nk masuk sini tu yg terpikir tu...hihi..

fazilzura berkata...

ada himah di sebalik kejadian ye

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

ada hikmah di baliknyaaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...