12 Mac 2013

Fun @ ZOO NEGARA! | Mereka Yang Aktif!


Kali ni pegi Zoo memang best!
Tak macam tahun 2010 dulu
Masa tu sume binatang pun lemau-lemau belaka
Dok melepekkk jek!
Pastu kawasan persekitaran pun nampak lebih bersih la kali ni
Kalu dulu macam tak terjaga

Sampai-sampai jek kat area kandang singa dan harimau
Turun tram dan jalan kaki jek nak menengok haiwan
Dari jauh dah nampak harimau dok ke hulu ke hilir
Besar btul!
Baru nampak besarnya harimau ni!
Dulu tak perasan sangat harimau ni besar sbb asek terbaring jek!
Hehehhe...

Singa nya pulak
Wuiyooo! Dari jauh dah dengan ngaumannya!
Memang padan la diberi gelaran raja segala binatang
Nampak gagah!;)


Singa


Harimau belang


Pegi area puma & cheetah takde pulak binatang-binatang tu
Tah mana tah
Trus la kami berjalan ke arah Savannah Walk

Kat sini, seladang dah menge'moo' dengan kuatnya
Baby Nayli mula-mula tengok dekat-dekat
Trus terkejut peluk MamaZN bila seladang tu berbunyi, hehe

Pastu yang lagi kagumnya
Badak sumbu yang besar dan pada firasat kita mesti lari terkedek-kedek
Tapi jangan terkejutttt!
Sangat laju okeh dia lari!
MamaZN terpegun kejap - serius!

 Kalu dia kejar kita, memang selamattt la..., haha!



Kat Savannah Walk ni ada gak zirafah, zebra ngan burung unta
Tengok gitu-gitu je la...
Sebab zirafah kan ada kandang die sendrik kat sebelah kandang gajah tu kan
Sana lagi puas nengok ;)
Masa jalan kat sini, Zakwan ni tak abes-abes la...
Mama, tu Melman! Tu Alex! Mana Gloria?
Hahahah! Sabo je la anak bujang sorang ni =p
Penangan Madagascar :)





Kami tak pi pun Ape Centre sana
Penat nak mendaki bukit, haha!
Trus turun balik pi area binatang-binatang lain
Masa lalu kat kandang tapir ni
MamaZN pun bagitau la Zakwan, Zakwan ni la tapir
Yang PapaZN plak, apa pulak, ni cipan la!
Papa, Papa... Naseb baek pegi zoo tau! Tapir & cipan sama la! ;)




Kura-kura ni macam-macam jenis gak
Tapi sume pun besar-besar!





Kalu ikutkan banyak je lagi binatang-binatang lain yg kitorang tengok
To be continued la ek, hihihihi


Owh ye! Dorang ni pun aktif gak masa mula-mula sampai Zoo tu
Baru sejam lebih, dua-dua dah flat, hihihihi



19 comments:

♥cikmOt♥ berkata...

lama dah tak p zoo...last tahun 2010 kut...eh lupa lah

syawalsimpsons berkata...

lama sungguh tak G zoo negara ni..last egat time kecik tau

fazilzura berkata...

aci jgk la nk trjah kannn

ALoNa CintamaniszLite berkata...

hehe...gambar last tu mcm nad baru lepas kan dorang....terus jer masing2 berlari sbb dpt lepas bebas, hehe..

Sue-Rya Qistina berkata...

best kan bawak anak2 g zoo :)

zarena heeney berkata...

amboi sukanya

MRS. K berkata...

kite punya kisah zoo negara dua taon lepas smpai skang tak update.. dah la gambo banyak huhu

Ismaliana Sulaiman berkata...

dah lama akak x bawa anak2 pi zoo..last pi zoo melaka masa mengandungkan harraz (raya cina thn lps) firas pun x pandai jalan lagik..

seronok pi zoo tp penantnya ya! ampun..longlai kaki..heheee

Masya berkata...

mesti budak² ni seronokkan.. muka ceria jer.. flat tu biasalah.. kt yg dah besar pun kepenatan, lama x pg zoo mesti banyak dah berubah...

eima berkata...

boleh repeat la pas ni sbb nad kate dah lebih menarik dah

Misz Pinkie Winkie berkata...

lama tak g zoo..nntie sekali sekala leh la terjah..eh, lin pon baru tau lah cipan ngan tapir sama..huhu

Falsya berkata...

nak pegi laaa...nak visit kawan mok mok kat dlm tuh..wakakakaka

Alycia berkata...

bestkan bwk anak g zoo ;)

Ya ALya berkata...

Klu btl zoo dh menarik dn terjaga blh la terjah....

mamalieyna berkata...

G zoo mmg best.. anak2 happy sgt, tp pent sket la menapak...

Happy kemain dua beradik tu.. nayli pun, sengih je ha.. :-)

Iela Fazielah berkata...

bestkan gi zoo...

Lily@MamaZaraZareef berkata...

hehe..seronok kan bwk anak2 pegi zoo lg2 bile diorang dah kenal animals. kat kuantan ni ada zoo mini je itupon dah eksited bdk2 bila gi sana..:-P

ieyda berkata...

comelnya nayli nie...geram je tgk jari dia yg domok2 tu...

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

budak2 bawa p zoo mmg syoq la kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...