18 Januari 2013

Apa Cerita Zakwan Kat Sekolah?

Zakwan start skolah lambat seminggu
Sebab apa?
Malas la nak ulang balik, hehe

Bila dah lambat seminggu tu
Dia tengok je la kawan2 lain pi skolah
Pastu dia tanya kat makpak dia
Bila saya nak skolah ni? Saya nak pegi skolah, nak jumpa kawan2
Owh, rasa sangat bangga! Tak sangka dia ada semangat camtu

Bila dah daftarkan dia kat skolah tadika pilihan
Tiap2 hari memang PapaZN yang anta dan amik
Masa 1st day pun sama
PapaZN tak kasi MamaZN ikut
Sebab risau akan ada drama air mata depan pagar skolah nanti
Jadiknya, tunggu PapaZN kasi report jek la...

Sehari, 2 hari, 3 hari - nampak Zakwan OK (masa pegi dan amik)
Takde la nanges2 meraung2 goncang2 pintu pagar skolah
Tapi dia masih blur-blur
Maybe suasana baru, kawan2 baru, teacher baru
Zakwan tak dapat sesuaikan diri lagi pd mulanya 
Dgn orang-orang baru sekeliling dia

Masuk hari ke-4
Zakwan dah start ngigau2 dah
Saya taknak pegi skolah! Tak seronok!
Saya rindu Mama, nak duduk rumah dengan Mama!
Pastu nanges2...
Tepuk-tepuk-tepuk, tido balik
Pastu ngigau lagi
Tapi paginya masa kejutkan nak pi mandi dah OK macam biasa

Hari ke-5
PapaZN citer, Zakwan dah mula meraung2 tak nak pegi skolah
Dah anta depan pagar skolah
Tapi dia nanges2 taknak masuk skolah
PapaZN tinggalkan aje dia dengan teacher
Teacher pun cakap camtu
MamaZN yang dengar report dari PapaZN tu 
Trus risau tak tentu pasal!
Ye la, hari pertama, kedua, ketiga - OK
Bila hari Jumaat lepas, jadik camtu pulak!
Risau la kot-kot ada sesuatu terjadi masa kat skolah tu...

Jadiknya, ari Selasa baru ni PapaZN saje la nak jumpa teacher
Nak tanya cemane keadaan Zakwan kat skolah

Rupa2nya Zakwan masa kat skolah (minggu 1)
Ada nanges2, takmo campur kawan2, takmo buat aktiviti sama2
Dia suka dok sorang2, pastu berkawan dengan teacher je
Kami dengar dari teacher terkejut la!
Sebab masa anta dan amik tengok Zakwan OK
Masa kat skolah pulak dia buat perangai rupanya!
Zakwan mana nak citer hal-hal skolah kat mak pak dia
Bila ditanya, dia senyap jek wat hal sendrik

Mula2 dah risau dah, dah pikir macam2
Tapi bila teacher cerita Zakwan dah mula positif minggu ni (minggu 2)
Alhamdulillah, legaaaaaa sangat!
Baru la Zakwan nak buat aktiviti
Baru la Zakwan nak main dengan kawan2
Kengkadang tu, teacher tak mulakan belajar lagi
Tapi Zakwan yang dah tanya, Teacher, mana buku dengan pensel saya?
Alhamdulillah!

Bertambah lega, bila sekarang ni Zakwan dah mula bercerita
Cerita pasal aktiviti yang dia buat kat skolah
Jangan ditanya!
Biar dia bercerita sendrik, memang macam2 yang dia cerita
Siap nyanyi semula lagu2 yang dia belajar kat skolah
Alhamdulillah, legaaaa lagi
Ada peningkatan, ada kemajuan
Sampaikan nak panggil Mama @ Papa pun bleh tersasul - terpanggil teacher! ;)




Kengkadang tu la kan...
Makpak yang terlebih risau
MamaZN la tu
Mana tak nya, Zakwan mana la penah dok nursery @ taska
Mana penah pegi playschool sebelum ni
Masa dia banyak kat rumah dok dengan mak dia je
Makanya,
 Zakwan tak terdedah dengan kawan2, teacher2
Dan jugak orang lain selain mak pak dia
Tu yang jadik bertambah risau

Tapi
Kita sebenarnya kene kasi 'ruang' sket kat budak2 ni kan
Kalau dah terlebih risau nanti, kita tak sedar...
Ntah2 kita dah terbuat Zakwan macam kene kongkong plak
So, dengan berat hati, kena la terima 
Yang Zakwan dah kena mula belajar berdikari
In shaa Allah, lama2 Zakwan OK la hendaknya...

Harap2nya Zakwan terus seronok nak pegi skolah
Tapi tu la dia...
Setiap hari Zakwan dok mengira dengan jari
Hari ni saya sekolah-sekolah-sekolah-sekolah-sekolah-cuti-cuti
(5 hari sekolah, 2 hari cuti - untuk 1 minggu)

 
 p/s:
Esok ada aktiviti untuk mak pak yang dianjurkan oleh tadika Zakwan
Kami kena la pi tunjuk muka, libatkan diri
Kalu tak join, nanti kang kata sombong plak kan
Masa ni la nak kenal makpak kawan2 Zakwan yang lain
Beramah mesra gitu
Harap segalanya berjalan lancar



15 comments:

♥cikmOt♥ berkata...

jemput datang rumah amik tempoyak ye...hehehe

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY berkata...

Alhamdullillah, ok la Zakwan seronok sekolah,
terbalik pulak dgn Zaquan masa 2 minggu sekolah beriye cerita mcm2 yg dia buat dkt sekolah, tp skrg bila ditanya xmo jawab.., jawab acuh x acuh je.., tp hari nmpak mcm ok dah..

ieyda berkata...

irfan lak susah nak bangun pg, dia memang suka gi sekolah.tp pg2 memang berperanglah nak suh dia mandi...

Zura@Iwan berkata...

ya la kan...zakwan amik masa gk nk sesuaikan diri tu...

tmbh2 ngan org2 baru d sekeliling dia..tak per..zakwan behave..

mamafarah4 berkata...

hehehe.biasalah nad..yg tukang risau2 ni biasanya mak-mak..bapak2 slumber jer..tapi hakikatnya dorang pun risau gak..heheehe
apapun tahniah zakwan dah ok.nnt balik sekolah cer cerita aktiviti abg kat baby nayli.mesti dia senyum2 tomei..huhuhu

Ya ALya berkata...

good boy zakwan...

LiYa HaNiF :: berkata...

cam qalesya le kejap ok.. kejap nanges... ^_~

axie04 berkata...

bestnyer zakwan dah leh terima skolah, almira lak dah masuk minggu ketiga ni cam menagis je pepagi. maybe x sihat kot. bila soal siasat x pulak die ckpa ape2, tapi ade la tersasul sekali tu bagi tau abg buat die. selain tu die diam je. hmm dilema

eima berkata...

ok la zakwan gitu ..memula je sbb nk sesuaikan diri ..
ni anak den ni hari pi skool asek nanges je goncang gril siap larikan diri kejar mama cam ne ...stress tau pepagi ... sabo je la

mummy_ayu berkata...

alhamdulillah..Zakwan dah ok kat school..Iris Ayu..hari nie tak nangis dah but still muka masam bila nak gie tu..harap2 minggu depan makin ok....
semalam, jumpa gak cikgu dia ..cikgu kata Iris ok and bila balik tu, Iris nak la bercerita dia buat apa kat sekolah, cikgu cerita la, mcm ok and harap2 makin ok la

Nafisa81 berkata...

alhamdulillah...

wan nurul hezrina abd halim berkata...

ooo mcm2..tapi biasatuh nad nak2 zakwan lama dengan nad..dia kenal mak dia jer..nak biasakan diri ambil masa tapi mmg tabik sbb seminggujer dia ambil masa sesuaikan diri..tak lama sangat

suhaina laui. berkata...

dh jupe geng seronok la..;)

mamalieyna berkata...

Huiish kalau k.eina pun awal2 ank g skolah mesti risau sgt... tapi biasa la apa2 perkara pun ambil masa utk anak sesuaikan diri.. good boy zakwn... bljar rajin2 ye.. :-)

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

zakwan ambik masa sesuaikan diri tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...