22 Januari 2013

1st Time JOIN AKTIVITI Tadika Anak ^_^

Sabtu lepas, pagi-pagi kami dah bersiap-siap
Masing-masing excited kottt! ;)
Tu yang pagi-pagi dah breakfast kat kedai mamak tu
Hehe

Mak pak nya excited sbb 1st time nak libatkan diri dengan aktiviti sekolah anak
Zakwan plak excited sebab mak pak join aktiviti sekolah dia ;)
Baby Nayli?
Baby Nayli ikut excited sebab tengok mak, pak ngan Abang Zack excited!
Boleh? Haha! Layaaannnn =P

Sebenarnya, Sabtu lepas
Sekolah Zakwan adakan program 'Teknik Membaca Untuk Ibu Bapa'
Macam mak pak tak pandai baca plak ye
Sampai nak ber'teknik-teknik', hehe...
Bukan la...
Cikgu-cikgu nak ajar ibu bapa pelajar-pelajar
Tentang teknik membaca yang diorang jalan kan kat skolah
So, ibu bapa boleh praktikkan menda yang sama di rumah ;)

Dalam tentatif program, bermula 9.30 pagi berakhir jam 12,30 tgh hari
Bertempat di Bilik Serbaguna Kompleks Kejiranan Presint 9
Uiiiii, boleh plak kami sesat barat nak mencari bilik serbaguna ni!
Jenuh!

Aktiviti untuk ibu bapa ni diorang gabungkan utk semua cawangan sekolah
Cawangan di 3 presint di Putrajaya, 1 cawangan di BSP
Dan lagi 1 cawangan di Kajang
Semua digabungkan dan berkumpul kat Putrajaya
Tapi macam tak ramai pulak mak pak yang datang join aktiviti ni
Mungkin masing-masing ada hal la kottt kan? ;)





Zakwan :)



Masa ni Zakwan kena ke depan
Kena join aktiviti teacher dan anak murid :)


Kasi zoom sket ;)


Dari kejauhan Zakwan buat tanda best, haha! :)


Sedang beraktiviti :)


Baby Nayli yang takmo diam!


Ikut program, abes kul 12.30 tgh hari
Tapi disebabkan ramai mak pak yang bawak anak-anak kecik macam Baby Nayli 
Kebanyakan anak-anak ni dah mula meragam
Mana la diorang tahan kalu dok dendiam dalam masa yang sama kan?
Last-last, teacher abeskan dalam kul 10.45pagi gitu, hehe
Ada la dalam sejam jek
Tapi ok la, banyak gak input yang boleh didapati :)

Kesimpulannya, 
Sangat seronok dapat menjoinkan diri
Almaklum, baru 1st time :)
Dapat la jugak kenal mak pak kawan-kawan Zakwan
Tapi takde sangat pun, huhu!
Takpe, awal-awal lagi
Lama-lama Ok la, kan? ;)

Pasni bersedia la untuk menjadi pom-pom girl masa hari sukan Zakwan pulak
Hehehe


p/s:
Sayanggg...
Zakwan tak dapat nak join perayaan Maulidur Rasul Jumaat ni
Sebab pi holiday, huhu!
Harap pasni, takde terlepas apa-apa lagi ^_^

 

12 comments:

syawalsimpsons berkata...

seronok klo sesekali join kan

ieyda berkata...

dekat sgt ngan umah ieyda tu...hihiihi

xpe lain kali dah xblh nak lepas apa2 dah, kalau x, rugi tau...

♥cikmOt♥ berkata...

owhh, abam pun ada maulidur rasul jumaat ni...kena pakai baju melayu..
maknanya kena beli baju melayu baru...
huwaaaa

ALoNa CintamaniszLite berkata...

Khamis cuti...isnin depan cuti lagi, hehe..seronok akak sbb cuti jgk hantar dorang ke sekolah, ngee

~aSHa~ berkata...

yayasan perpaduan ada buat mcm ni jugak....

mummy_ayu berkata...

best tu..ada aktiviti mcm nie...tadika Iris belum ada lagi...

eima berkata...

abg ayim tak join maulidur rasul die beraktiviti bersama mama gongjeng die ...

skool fahim tak ajar lagi mak pak guna buku cahayaku tu ... wlupun aku tau tapi teknik utk tarik perhatian fahim tak reti

Aisyah Husaini berkata...

seronok beraktiviti bersama anak ni kan? anyway comel zakwan bertshirt pepel he he

eT berkata...

kite pon xsabar nk join xtvt sekolah...huhu

♥ Leily | Ummi Alya Husna ♥ berkata...

nk gi oliday mane tu...
hehehhe...
kite pun suke gak join xtvt anak,
tp jgn ler acapkali..
nnti boss kerling memanjang.. huhuuh

Fieda Rafli berkata...

mmg seronok dapat join sekali..

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

sesekali join seronok gak kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...