31 Disember 2012

Magazine's Contest | Rezeki Zakwan Lagi :)

Aritu dah citer ZAKWAN MASUK TV!
Arini nak citer Zakwan menang contest majalah plak ;)
Dah beberapa kali jugak Zakwan menang contest kat majalah ni
Majalah apa lagi kalu bukan majalah kegemaran dia - Disney PIXAR Cars


Keluaran 49 ;)


Tu, nama Zakwan!! Yang bawah sekali :)


Alhamdulillah, rezeki Zakwan :)
Dapat la hadiah limited edition dari filem Rise of the Guardians



Sessi Menggembirakan Anak2 | Cari Hadiah Birthday :)



Otw balik umah, PapaZN ajak pi Alamanda kejap
Nak cari hadiah bday budak2 ni
Ala.... Maknya punya takde ke? Hukhuk =/

Umang-umang-umang aiiiii..!
Bapak ramainya manusia kat Alamanda tu!
Parking sampai ke roof top tu full!
Alhamdulillah setelah 3-4 kali pusing dapat gak la parking
MamaZN dah start fed-up dah
Dah ajak balik dah pun
Tapi PapaZN dah janji ngan Zakwan
Turutkan jugak la... Adeyh! 

Tu baru parking
Belum orang kat dalam Alamanda tu
Mak aihhhh..!
Memang ramai betul la!
Almaklum time tu cuti Krismas
Sume pun amik peluang nak berjalan2 shopping2
Gaji pun baru masuk - siap bonus lagi kan? Hehe

Kitorang ni pulak...
Tak sampai 1 jam pun kat dalam Alamanda tu
Hajat di hati MamaZN nak berjalan2 cuci2 mata dan poket
Tak kesampaian pun, huhu!
Nak berjalan pun sampai laga2 bahu bagai
Memang tak la! Lagi stress plak karang, haha!

Pegi Toys R Us, dah abes pilih dan bayar, terus balik, haha!
Tak penah2 dibuat! =p
Memang kejap sangat!

Zakwan memang dah aim lama dah mainan yang dia nak
Dekat 2-3bulan jugak dia dok ralit tengokkkkkkk aje...
Time pegi aritu, die capai mainan tu terus tak lepas2

Baby Nayli plak, PapaZN lepaskan je dia kat area soft toy
Tengok Baby Nayli capai apa dulu
Ha, tu la yang PapaZN belikan utk Baby Nayli sebagai hadiah bday, hihi
Senanggggggg hidup budak2 ni! =p
Baby Nayli pun pandai pulak la kan, pilih yang harga sedang-sedang
Mainan Abang Zack plak lagi mahal dari hadiah bday girl
Camno?
Huhu!



Setahun sekali jek la nak dapat shopping kat Toys R Us ni, huhu!
Ksian depa!


Menda alah ni la yang Zakwan nak sangat tu! Topeng Iron Man


Hmmmm...
Minat sudah beralih arah...
Sekarang ni minat dia dah pada Avengers plak :)
Naseb baek la ada member card Toys R Us tu
Dapat la diskaun sket, huhu!


Yang Baby Nayli plak...
PapaZN belikan 'teman tidur' , haha!




























Tara...!
^________^
Zakwan cakap nama dia 'Alex'




Wak Shima diorg ni (Kakak PapaZN - diorg panggil Wak Shima)
Ada belikan hadiah utk Baby Nayli jugak
Alhamdulillah, rezki...


TQ Wak! :)



Tapi MamaZN tak bukak lagi mainan ni
Biar Baby Nayli besar sket baru bukak
Kalu bukak skrg, mau jahanam plak kang, huhu!


TQ jugak pada kawan2 wish bday pada Baby Nayli
Yang mendoakan kesejahteraan Baby Nayli
Yang bagi hadiah in advance
Pada sume2 la!
TQ tau korang! MamaZN sangat-sangat-sangat hargainya :)


2012 Bakal Melabuhkan Tirai

Assalamualaikum & Selamat Pagi! :)

Ala.... Mesti ada yang sambung cuti arini kan?
Esok kan Tahun Baru 2013
Cuti lagi...!

Tak sampai 24 jam jek lagi kan
2012 bakal berlalu pergi - tinggalkan 1001 kenangan
Pahit, manis, masam, kelat, payau sume2 pun ada
Huhu!

Kawan2 pun camtu jugak kan?

Bagi MamaZN
Pembuka 2012 sangat manis dengan kedatangan puteri kesayangan
http://zakwan-afif-najmi.blogspot.com/2011/12/memperkenalkan.html
Tapi terasa sedih sket
Sebab penutup 2012 dapat berita yang kurang gembira
http://zakwan-afif-najmi.blogspot.com/2012/12/redha-ia-bukan-rezeki-kami.html
Takpela, ada hikmahnya kot...
=/


Azam?
Hmmm...
Selain nak kurangkan sifat panas baran & tak sabar
Nak sentiasa positif dalam tangani apa jua masalah
In shaa Allah

 
Dengan adanya mereka di sisi MamaZN
Moga jadi penguat kepada semangat MamaZN yang mudah rapuh ni
Huhu!



Alemak, sayu plak rasenya nak tinggalkan 2012
Macam2 hal dalam 2012 ni! =/
Takpela...
Hal2 yang lepas jadikan pengajaran dan panduan
Moga 2013 dan tahun2 berikutnya...
Kita semua akan peroleh kebahagian, kejayaan & kesenangan
Bila dah dapat suma tu, jangan plak riak kan?
Ya Allah! Peringatan utk MamaZN ni jugak sebenarnya...
Kan kata nak lebih positif? ;)

Kawan2 ada pasang azam ke? :)



30 Disember 2012

Glamour Zakwan Dapat MASUK TV! ^____^

Uiiii...!
Mak nya plak teruja lebey2
Padahal anak rileks jek, haha!
Mana tak teruja, bukan selalu pun dapat masuk TV
^____^


 Jumaat malam ritu
Kak Alona pm kat fb
Kata macam nampak gambar Zakwan masuk TV9
Rancangan Galaksi (episod 50)
Tapi tak sure betul ke idak

Maknya pun excited la!
Siap register www.tonton.com.my
Sebab nak ulang tengok rancangan Galaksi tu
Nak konfem kan betul ke idak anak sendrik yang masuk tv, hihihi
Padahal memang sedang menonton pun sebelum ni
Tapi tak terperasan plak tang bile gambar Zakwan tu keluar
 Kak Alona ni memang peka la! ;)
Kenal/cam plak tu muka Zakwan ni, hihihi...
TQ Kak Alona sbb inform saya! ^_^


Sah! Memang anak bujang MamaZN :)
Comey lagik time ni =P


 Ada 2 gambar Zakwan
Dua2 pun time tengah makan roti canai
Haha!
1 tu time umo Zakwan 2tahun, lagi 1 time umo 3tahun
Yang gambar umo 3tahun tu masa makan kat kedai mamak Mydin USJ, haha!


Makan time bulan posa, haha! Kantoi! =p


Cemane gambar Zakwan bleh ada dalam Galaksi TV9 ni?
Rasanya diorg amik kat google kot
Pastu die combine kan sume gambar2 dan jadikkan videoklip lagu selingan
Kat Galaksi kan tiap2 kali lepas 1 cerita sensasi tu ada lagu selingan
Gambar Zakwan ni lepas cerita pasal Norish Karman
(padan la tak perasan, sbb tak pay attention pun time citer dia ni, haha!)

Merasa jugak la Zakwan masuk tv, haha!

Kak Alona pun penah kena kes yang sama
Kat videoklip lagu selingan Galaksi TV9 jugak
Boleh baca sini :


Kak Alona, pasni lagi peka la kita tgk Galaksi
Tengok gambar sapa pulak yang ada, haha! =) 
 
 
 
p/s:
Citer pasal Zakwan masuk TV ni saje suka2 jek pun
Excited sbb tak penah alami ;)
Gambar jek pun, bukan orang nye, hihi

29 Disember 2012

REDHA... Ia Bukan Rezeki Kami =/


 Jangan sedih bila Allah tak bagi apa yang kita minta
Kadang - kadang Allah tak bagi kerana Allah tahu kita tak layak
Dengan apa yang kita minta
Tapi bukan Allah tak bagi terus
Allah nak bagi yang lebih baik untuk kita

Semua perkara yang berlaku dulu ada hikmahnya
Tak kira la ia berkenaan dengan apa sekalipun
Yakinlah bahawa Allah akan beri sesuatu
Yang lebih baik dari apa yang kita impikan dulu...

 -Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood-




Insya Allah
Ada yang lebih baik buat kami 1 famili
Sedih2 sangat pun apa guna nya
Benda bukan rezki kita
Redha je la...

Ini salah satu azam 2013
Selain nak kurangkan sifat panas baran & tak sabar
Nak sentiasa positif dalam tangani apa jua masalah
Allah ada, mintak pada Dia...
Insya Allah

28 Disember 2012

Alkesah KEK BIRTHDAY ZakwanNayli =)

Eh jap ek!
Nak skip citer pasal CH jap, hehe
Nak citer pasal bday Baby Nayli sket ;)
 
Alkesahnya.....
Ramai pulak la yang bertanya
Mana MamaZN order/tempah/beli kek utk birthday girl tu

Mak nya jek yang lebey ni
Anak nye rileks jek, hihi
Tak yah kek pun Baby Nayli tak heran apa2 pun
Kecik lagi kan... Mana paham
Tapi mak nya ni nak la simpan kenang2an sket
Sempena 1st birthday Baby Nayli ^___^




Sebenarnya MamaZN order kek ni dekat M&M Cupcake
Bleh KLIK SINI kalau nak tengok FB page nya
MamaZN pun tah cemane bleh tau pasal M&M Cupcake ni tah 
Tapi yang pasti, lepas dah tengok hasil kerja kek2 nya
Memang terus excited nak order jugak ;)
Serius! Comey2, cantek2, kiut miut!
Tak caya cuba la KLIK SINI
Mesti kawan2 pun teruja sama ;)

Design kek Baby Nayli ni
MamaZN refer kat google jek
Teringin nak buat birthday party tema - colourful polka dot & stripes
Tapi hajat tak kesampaian, sobs, sobs!
Jadiknya, MamaZN tunaikan la impian sendrik ni
Pada design kek Baby Nayli, hihi




Kalau kawan2 nak tau
Ni kali kedua MamaZN order dgn M&M Cupcake
Kali pertama time birthday Zakwan bulan Oktober lepas





Tak teragak2 nak order utk 2nd time tu
Sebab tau kek nya sedap!
Serius sedap!
Dan designnya memuaskan hati, hehe

Tapi MamaZN takde la order kek saiz 1-2kg tu
Kami order yang 500g jek
Nak buat makan anak-beranak jek pun

Bila dah cantek, kiut miut, comel2 & sedap
Mesti la harga agak pricey sket
Tapi pada MamaZN ia agak berpatutan la
Sebab hasil kerja tangan sendrik kan
Lukis2, design2 kek suma tu
Ingat senang ke? Huhu

Tepuk perut tanya poket, hihi
Rasa nak order yang mahal, silakan
Tapi bagi MamaZN ni... Errr, ukur baju di badan sendrik je la
Tu sebab order yang 500g jek, haha!



2D1N @ CAMERON HIGHLANDS | Big Red Strawberry Farm


Dah lepas check in kat Hotel Chua Gin
Kitorang rehat2 jap
Time rehat2 tu plak la hujan turun, huhu!
Dah susah hati dah ni
Cemane nak teruskan program utk petang tu
Yela, sbb bawak budak2 kan
Kalu sakit karang, lagi tambah susah hati

Elok pas Asar tu, hujan pun reda
Alhamdulillah...
So dapat la kami meneruskan program iaitu ke :
BIG RED STRAWBERRY FARM

Nampak cam dekat jek dari hotel tempat kami inap tu
Sekaliiiiii, mak aih! Atas bukit nun!
Curam plak tu
Nak tak nak, naik kereta jugak la kami
Dah la jammed!
Almaklum, ada pasar malam
3-4 kali gak round area situ nak cari jalan keluar
Sebab jalan2 berdekatan jadik 1 way, huhu!

At last, sampai gak kami :)
Seronoknya!
Sampai2 tu terus order makanan, haha!


Kami order ini :)
Wuuuuhuuuiii!
Sedapnye....! Haha!


Baby Nayli pun merasa gak makan eskrem stoberi
Takde pantang2 derr, hehe
Tapi sket jek la.. ;)


Dah lepas makan, baru ada tenaga nak jenjalan, hihi
Best nye tengok pokok yang ditanam kat sini
Menjadik sungguh!
Kat sini depa guna kaedah hidroponik

Kalu MamaZN, memang tak minat nak bercucuk tanam ni
Tapi bila tengok pokok2 hidup subur jek, seronok plak jadiknya, hihi  

MamaZN ni...
Kasik la apa2 pun, memang takkan ada punya hasil cucuk tanam
Beza dengan PapaZN
Tanah sekangkang kera belakang umah ni, PapaZN la kerjakan
Serai, kacang panjang, pandan, ubi kayu, daun kari, daun kunyit, kucai
MamaZN pandai jadik mandur jek, wakaka! =p


Pokok apa tah, lupa dah, haha!
Ditanam bawah pokok2 stoberi
Apa ye...? Tulunnnn! Lupa suda... ;)


Ni pokok anggur
Buahnya baru nak tumbuh
Comey2 jek


Tu diaaaaa aih! Pokok stoberi!
Tapi banyak yang masih muda2
Kaler hijau2 lagi...


Ku lihat hijaaaaauuuuuuu.....! ;)
Krupkrapkrupkrap kalu makan ngan sandwich ni, hihi


Sebenarnya teringin jugak nak petik stoberi sendrik
Siap berjanji bagai ngan Zakwan lagi, ajak petik sama2
Tapi bila tengok papan tanda
Terus tak jadik, huhu!
Kesian Zakwan
Lenkali ek sayang...
Naseb baek awal2 tadi dah belanja dia makan eskrem stoberi
So, dia takde la kesah sangat bila tak dapat petik buahnya ;)


Budak bawah 10tahun xleh petik, huhu =/


Kami tak jalan keseluruhan kawasan Big Red Strawberry Farm ni pun
Mana dan jek, hihihi


Otw balik tu, singgah kedai souvenir
Nampak la FM Cameron Highlands cantek2
Tapi tu la kan... Tak beli pun, huhu!
Sampai sekarang asek teringat2 jek
Padan muka, haha! =p 
 
Apa2pun, memang BEST! Yeay!
 
 

2D1N @ CAMERON HIGHLANDS | Hotel Chua Gin, Brinchang

 1stly, special thanks to Mira
Sebab ENTRY yang ini banyak membantu kami :)

 Okeh, ingin diingatkan ye
Kawan2 jangan terkejut!
Kalau pegi Cameron Highlands 
Hotel bajet yang kengkununnya boleh dapat harga bajet
Tapi sbnrnya boleh mencecah ke harga hotel 3-4stars (bilik paling murah)
Dah tu... Sape suruh menyibuk2 jugak 
Pegi time cuti sekolah+weekend+orang baru dpt gaji+orang habeskan cuti tahunan
???!!
Haha! =P


Alhamdulillah
Senang plak dapat bilik time MamaZN nak booked aritu
Sekali called jek dah dpt buat reservation
Takyah susah2 nak calling2 hotel2 lain cari bilik, huhu! ;)

Dengar ada bilik kosong trus setuju!
Lepas dah letak phone baru terpikir - eh, mahal la pulak harga bilik!
Dah alang2 - redah je la
Mana nak cari bilik hotel lain pulak time cuti2 skolah tu, huhu!
Ye dak?

 Rezeki kami dapat bilik kat Hotel Chua Gin ni
Kat tengah2 pekan Brinchang
Senang nak cari makan, senang nak jenjalan ke pasar malam
ATM machine pun sebelah hotel jek
Pendek kata - memuaskan hati la




Kami dapat bilik kat bangunan baru - belah belakang
Senang sket nak cari parking kereta
Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Kami dapat bilik kat tingkat 3!
Takde lif ye kawan2 - naik tangga turun tangga sajork!
Adoiiiii, menggeletar kepala lutut ni ha masa panjat tangga, haha!

Memang kami kena plan program sebaik mungkin la time kat sana
Yang penting takde banyak turun naik tangga, hehe
Lotih! =P


Bilik ok, not bad... Janji kemas dan bersih


Ada ASTRO di TV LCD :)
Kat bilik ni jugak disediakan tilam extra kat bawah katil tu
Tapi kami tak guna pun
Sebab kami guna toto yang kami bawak :)
Siap bawak toto & selimut sendiri tu, hehe...




Okeh, puas hati
Cuma tu la... letih turun naik tangga sampai tingkat 3! =P
(nampak sangat kurang stamina, puiii! haha!)
Pastu agak bising la..!
Sebab kat area kedai2 bawah hotel tu kedai makan
Kelentung-kelentang-kelentung-kelentang jek!
Naseb baek nyenyak gak tido, huhu!

Malam tu hujan plak
Sejukkkkkk woooooo, haha! ;P

Nak tau lebih lanjut bleh klik sini :


Sape yang cakap Cameron Highlands dah tak sejuk...
Woooo, cuba try test dulu woooo!
Sejukkkkkk..!
Memang la tak macam dulu
Sbb banyak pembangunan & penebangan pokok
Tapi.....
Eh, pendek kata memang sejukkkkkk la!

Haha!



Celebrate Birthday Nayli Kali KEDUA! :)

 Waaa, untung tau Baby Nayli ni
2 kali celebrate bday dia!
2 kali beli kek, 2 kali tiup lilin
2nd time plak dengan sepupu2 belah PapaZN

Ari Isnin baru ni (24/12/12)
Atok & Mak (panggilan utk nenek diorg ni) datang melawat
Tido 1 malam kat umah
Esoknya tu, kami hantar Atok & Mak pegi umah BIL plak
Kat Bandar Mahkota Cheras
Tido 1 malam plak kat sana
Dah kebetulan semua adikberadik PapaZN berkumpul kat sana
(kecuali sorang)
Beli la kek lagi sebijik kat AEON Mahkota Cheras tu
Saje buat suka2 budak2 ni :)

Baby Nayli rilekssssss je, bukan tau apa2, ye dak?
Hehe
Mak pak nya yang lebih, kehkehkeh! =p


Amik gambar dulu sebelum potong kek :)
Complete sepupu sepapat ZakwanNayli belah PapaZN :)


Kesian anak Mama, muka ngantuk! ;)


Bila dah ngantuk, Baby Nayli mula la rasa resah gelisah je, hehe
Mula buat perangai
Tak semena2 tangannya tercuit krim2 kek tu, hehe


Suka gambar ni - 1001 cerita, hihihihi...


Baby Nayli jadi model kek jek
Makan nya idak pun
Tah, dah try bagi, tapi Baby Nayli buat muka pelik
Terus diluah kan balik, hehe
Alamatnya, mmg jadi habuan anak2 buah PapaZN jek la, hehe


PapaZN tolong agih2 kan kek :)


Kek Black Forrest beli kat AEON Mahkota Cheras
Kecik je pun, jadik laaa buat syarat, hehe
Boleh tahan sedap gak la...
Harga pun not bad - RM32


Ceri yang menjadi rebutan dulu, hehe


Coklat yang beli kat Langkawi dulu banyak lebih
Pikir punya pikir punya pikir
Bahagi2 kan sume sama rata
Dapat la 6 pack goodies bag
Dapat la sorang 1 bag tu, hehe
 Jadik la buat suka2 kat budak2 ni...

Luak sket ruang dalam peti ais tu, haha! =p

27 Disember 2012

Jaga Keselamatan ;)

 PapaZN rasa Zakwan dah besar
Tu sebab PapaZN ajak Zakwan pi temankan dia isi minyak moto kat Putra Heights
Dan ofkos la naik moto!
Bagi MamaZN jauh jugak la perjalanan Zakwan tu 
Nak ke sana memang WAJIB lalu hiway Elite, huhu!

Nak dilarang, Zakwan sendri yang nak ikut
Kalu dihalang, lagi parah!
Nak melayan merajuk & meraung Zakwan lagi...
Bagi jek la dia ikut - bagi merasa
Sekali sekala takpe la, kalu selalu memang MamaZN tak kasi
Huhu!


Safety 1st! - Helmet budak, cermin mata elak habuk, hehe
 
 


Anak bujang MamaZN dah besar....


2D1N @ CAMERON HIGHLANDS | Boleh Pulak Terserempak Dengan RAKAN BLOG! :)


 Masa pi cuti2 Cameron Highlands aritu
MamaZN tau member blog ni nak bercuti kat sana jugak
Tapi tau dah awal2...
Peratusan nak jumpa atau terserempak kat atas sana nun 
Sangat laaaaaaaaa tipis!

Sebab MamaZN naik 22/12/12 tu
Tapi member blog ni plak dah nak turun pada tarikh yang sama
Memang buat-buat rileks je la
Mesti tak dapat jumpa punya....
Tapi dalam hati teringiiiiiiiiiiiiiin sangat nak jumpa ;)

Tah sampai kat mana tah
Time tu tengah tggu turn nak masuk toilet (tak senonoh, haha!)
MamaZN saja la SMS member blog ni
Rupa2nya dia belum turun lagi!
Dan paling tak sangka lokasi yang bakal kami singgah adalah sama!

MamaZN sampai dulu
Dah siap makan bagai, baru la member blog ni sampai, hehe
Punyaaaaa la jauh tempat perjumpaan
Sedangkan kalu kat Putrajaya nun tak penah plak nak terserempak ;)

 Kami jumpa di Sg Palas Boh Tea Centre :)


Dan ini la member blog yang dimaksudkan :)


1st time jumpa ni
Tapi rasa macam dah kenal lama plak ;)

Gambar 1 famili kami kat ENTRY INI
Kak Izan la yang tolong snap kan, hehhe
Tenkiu kak! =p
 

Bergambar lagi sebelum Kak Izan & famili gerak balik Penang ;)


Geram nengok anak2 Kak Izan ni
Macam anak2 berdarah campuran plak, hehe
Lagi2 la si dak Iris tu... Cam anak Arab! ;)
Sebaya Baby Nayli tapi Iris tua 2 bulan, hihi


Abam Irfan nak bergambar dengan Zakwan :)
Irfan elok buat peace, Zakwan plak gaya apa tah taktau, haha!
Sama2 pusar kat depan kepala tu, hehe


Serius seronok sangat dapat jumpa rakan blog!
Kat CH plak tu! Jauh btul!
 Moga perkenalan tak terhenti sampai di sini
Tenkiu kak sudi jumpa saya, hehe
Seronok dapat jumpa akak! ;)

p/s:
Kak, saya pemalu kan kak? Haha! =P


2D1N @ CAMERON HIGHLANDS | Sg. Palas Boh Tea Centre - BEST!


 Okeh, sambung balik pasal cuti2 Cameron Highlands, hehe
Stop jap citer pasal bday Baby Nayli
Ada jek lagi nak citer
Tapi jap la, 'tukar angin' sat, haha!
Lokasi pertama kitorang singgah adalah Sg. Palas Boh Tea Centre
Kebetulan naik ikut jalan Simpang Pulai
Singgah la sini dulu sbb on the way nak ke pekan Brinchang
Best woooo tempat ni!
Rugi tak pegi kalu dah sampai CH tu ;)
 Ni kali kedua MamaZN jejakkan kaki kat sini
 Pertama kali dulu masa tahun 2010
Tempat ni tambah femes amos lepas cerita Ombak Rindu

Lagi MamaZN terasa nak pegi sangat-sangat-sangat
Lepas baca entry CH Nana Ibu Damia & Juelee
Pasal sandwich yang super sedap kat sini
:)

Tapiiiiiiiiiiiiiiiii.....
Nak mendaki ke tempat best camni sangat laaaaa penat!
Memang tonggek jadiknya time mendaki tu, ahahaha!
Dah la dengan tak bawak stroller nya lagi
Nak dukung budak 10.5kg memang bergilir2 la jawabnya, hehe
Pastu yang tambah lagi harunya
  Kat sini kamera start rosak, uwaaaaaa...!!!!!
Naseb baek la ada kamera henpon 8 megapixel, haha!
Jadik la..... ;)


Tak sempat nak rasa kek stoberi Zakwan tu... Dah abes dia makan!


 Krupkrapkrupkrap bunyi saladnya tu, hehe
Sedaaaaapppp! :)


Bergambar sebelum makan ;)
Kul 11 dah time ni, huhu!


PapaZN lagi dengan ZakwanNayli :)


Canteeeeeekkkk sangat pemandangan kat sini
Hijauuuuu jek dgn ladang teh tu
Sejuk mata memandang ;)
 Tapi kat area anjung ni sentiasa penuh dengan orang!
Takde chance nak lepak2 kat area ni


Feeling2 Ombak Rindu kat anjung :)


Dah lepas bersantap kami jalan2 kat area situ
Bergambar jek lebih - takde bace pun apa2 yg dipamerkan, hikhikhik! Dasar! =p


Dapat jugak gambar 1 famili - atas bantuan siapa?? Jengjengjeng! ^_^


Merasa la jugak tengok sendrik cemane teh diproses dalam kilang tu ;)


Dak tecit dah penat merayau ;)


Elelelelele... Dia plak yang lebey, hehe ;)


Best! Suka sangat suasana kat tempat ni
Dah la sejukkks, nyaman jek rasa
Walaupun laluan nak ke tempat ni sangat la mencabar!
Jalan bengkang bengkok, pastu lepas utk 1 kete jek
Tapi still ramai yang datang 
Termasuk la kami, hehe



Tudung AIDIJUMA - Hadiah Contest KLEENEX

Alhamdulillah, dah selamat sampai dah pun hadiah nya
Hadiah, penyertaan terawal contest KLEENEX oleh Kak Ayu Arjuna

Contest tajaan Kleenex
Konfem2 la dapat hadiah tisu :)
Best! Bertambah la stok tisu kat umah, hehe
Save duit beli tisu =p

Tapi laaaaagi best sbb dapat hadiah sampingan lain jugak ;)


Tudung Aidijuma ^_^


Serius suka la tudung ni
 Senang terbentuk, sedap dipakai


Dah selamat rasmikan pun, hehe - time pi CH =)




Rasa cam nak tambah koleksi, hehe
Kat mana ek ada jual?


Kesian, model dipaksa bergambar bersama hadiah yang baru sampai
Walaupun model baru bangun tido, kekekekekeek =P


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...