30 November 2012

Sepetang Di Taman Tasik Cyberjaya (Lagi?!)

Dah la pagi sampai tengah hari dok kat Putrajaya je
Petang tu pulak buat durian crepe
Pas Asar kluar lagi!
Kali ni pi Taman Tasik Cyberjaya (again?!)
Huhu!
Ikutkan sahaja...

 Rasanya memang dah jadi port kesukaan ni, huhu!
Setiap 2minggu mesti datang terja
Dapat lepak kejap pun jadik
PapaZN ngan Zakwan la ni suka sangat kalu dapat datang ke mari

Pada yang tak tau lokasi Taman Tasik Cyberjaya
Boleh klik sini ya! :)
 
Pegi kali ni, tersangat la ramai orang!
Almaklum cuti sekolah!
Di setiap sudut, di setiap ceruk ramai dengan umat manusia
Tapi masih selesa la, sbb Taman Tasik Cyberjaya ni memang besar pun!


Bukan anak yang teringin makan eskrem, tapi mak nya, hehe!


Cam biasa, port kitorang adalah di atas jambatan
Sebab playground penuh!
Jadiknya, kita buat aktiviti kasi ikan makan roti expired, hehe
Sambil2 tu PapaZN bleh suapkan Baby Nayli makan :)




Seronok Zakwan kasi ikan makan ;)


Berebut2 ikan nak makan... Ikan besar2!!!


Baby Nayli dah start dah wak aksi stunt dia!


Cuaca tak mengizinkan kitorang lepak lama2
Masa sampai elok je cuaca cantek dan redup
Baru setengah jam duduk atas jambatan tu
Dah rasa rintik2 hujan!
Takpela, lenkali bleh datang lagi

:)


 

Masak-Masak | DURIAN CREPE (Kali Ke-2)

Banyak aci ngelatnya, hehe
Tak guna non stick pan, tak guna whipping cream yg betul
Rasa tetap sama, tapi rupanya tak berapa ada

Jadiknya, gigih la laki bini ni mencari non stick pan kat Tesco, hihi
Keesokkan harinya pulak 
Pi cari whipping cream kat Cold Storage Alamanda


Petang tu tunggu budak2 ni tido, baru la mulakan misi
Aritu guna resipi yang ini
Tapi kali ni guna resipi yang lain pulak
Nak buat crepe ni kan banyak versi resipi
Cuba la satu2 kalu rajin, hehe


Not bad! Baru la puas hati, hehe


Ni isi kat dalam... Durian lagi banyak dari krim, hihi
(memang disengajakan =p)


Bagi MamaZN, resipi kali kedua ni agak menjadi la
Plus, bau hanyir telur tu kurang ;)
Resipi sblm ni guna 4 biji telur, mmg rasa mcm buat telur dadar
Resipi kali ni, just nice! ;)

Resipi bulat2 di copypaste dari sini ;)
Mohon share ye Kak Lia! :)



DURIAN CREPE

sumber : DAPUR KAK ZU @ semanis gula

BAHAN BAHAN

20 gm tepung gandum
20 gm tepung ubi
10 gm tepung jagung
10 gm tepung kastard
1 biji telur
1 sudu kecil minyak masak
1 sudu besar gula halus
40 ml susu cair
150 ml air
kaler kuning lemon
perisa durian ~ pilihan

CARA CARA

Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk ,  sebatikan dan tapis
Lengserkan kuali dengan butter.
Ambil sesenduk kecil dan tuang ke dalam kuali non stick ( tak melekat ) dan layangkan kuali agar ianye menebar dengan tipis. Masa kite menebar tuu lebihan adunan boleh di keluarkan supaya crepe tak menjadi tebal. Buat crepe setipis yang boleh ye.
Masak menggunakan api yang kecil
Masak hingge crepe mengering dan tak perlu di terbalikkan.

FILLING
200 gm non dairy whipping cream ~ putar hingge kental
Isi durian secukupnye.


p/s:
Sedapnya!
Bila dah 2x buat ni
Rasa2nya memang save $$$
Sebab dah buat 2x maknanya dah save RM40!
Banyak tu! ;)


Setengah Hari Hanya Di PUTRAJAYA

 Dah VOTE kami? ;)


Dah nak hujung minggu dah ni
Baru la terkedek2 nak citer pasal Ahad lepas, huhu! ;)

Ahad baru2 ni
Plan asal kami nak pi The Mines, nak bawak Zakwan pi mandi kat Splash Park tu
Tapi sebelum tu nak pi breakfast dulu
Tempat breakfast nya pulak kat Warung Bunian
Ni kes baca kat blog lieyalatif la
Teringin bebeno nak rasa nasi lemak & roti canai yg sedap tu!

Tapiiiiiiiiiiiii............
Disebabkan salah jalan, haha!
Makanya tak jadi la makan kat Warung Bunian tu
Next time la nampaknya, huhu!

Bila dah salah jalan, sume program asal pun bertukar, haha!
Lawak plak bila pikir2 balik, hehe
Terus la kitorang pi breakfast kat Food Court Presint 9 Putrajaya ;)
Alahai, jauh betul lajaknya, haha!


Nak pi breakfast dulu! :)


Dah lepas breakfast tu, diskus jap ngan PapaZN
Cam dah lewat sangat jek nak pi The Mines ni
(sedangkan time tu baru kul 10.30 pagi, hihi)
Bincang punya bincang
Kitorang decided nak pi Alamanda je la
Malas pulak nak pi The Mines jauh2, huhu!
Zakwan dah start 'enjin' dah
Nak pi The Mines jek
Tapi bila disogokkan dgn buku Avengers, terus tak jadi nanges, hihi

So, ke Alamanda la kita...
Takde apa nak dicari pun
Saje je jalan2
Last2, MamaZN bawak Baby Nayli jalan dalam Parkson
PapaZN pulak layan Zakwan main kat playground tepi Parkson tu

Pusing, round, pusing, round
Yang buat lama nya sbb dok melepak kat area toys, haha!
Baby Nayli pulak seronok dapat peluk2 teddy bear
Suka rupanya dia dgn Cik Ted ;)
Tapi tak dibelikan pun...
Kejap je Baby Nayli tu... 'cinta' nya cepat beralih arah
Kang tak dibuat main langsung pun! Rugi jek ;)


Sukanya dia..! Dapat peluk2 pun jadik la ye, hehe


Jalan dengan Baby Nayli
Tapi yang dapat habuan nya di Abang Zack, hihi... Camno? =p


Suka la tu dapat apa yang dia nak
Tu pun jenuh tunggu dia memilih kereta...


Dah lepas jalan2 dalam Parkson
Pi Cold Storage nak cari whipping cream
Hehe...
Ada misi balik nanti ;)

Dapat apa yang dicari, terus kelaparan
Elok pulak timingnya!
Tengok jam, dah pukul 12.30 tengah hari...
Patut la lapo, hehe

Abes lunch trus balik umah
Huiiiii...
Dari pagi sampai ke tengah hari kat Putrajaya je
Bleh tahan! =p


Rasa2 balik tu kitorang nak buat apa? ;)

29 November 2012

Selamat CASHOUT Nuffnang!

Tak tahan dah tangan ni nak klik cash out
Akhirnya selamat sudaa..
Tak banyak pun, tapi jadik la...
Malas dah nak tunggu lelama
Harapkan yang itu pulak la pasni :)

 Ni adalah cash out kali ke 5
Almaklum, sebelum ni mana tau pasal Nuffnang sume ni
Amaun pun tak penah nye cecah ratus-ratus (ksian! =p)
Riban-riban apatah lagi (lagi ksian, haha! =p)
Apa2pun, tu sume rezki... 
Bersyukur dengan apa yang ada :)




Lepas la kot buat beli jajan2 dalam perjalanan nak pi cuti2
Cuti2? Opss..! =P



Ke Langkawi Dengan Promo AirAsia Murah!

Opps!
Rileks, rileks...
Bukan kami... 
Amboi syoknya kalau tiap2 bulan dapat pi Langkawi, hehe
Rabak la poket..!

Sebelum ni MamaZN ada tolong SIL belikan tiket AirAsia ke Langkawi
Lama dah!
Bulan 3 aritu!

Memang betul la dapat murah
Sebab utk 7 orang (5 dewasa, 2 kanak2)
Harganya RM490! All in fare
Tapi sebab nak tambah luggage, jadik la RM535



Pagi tadi, jam 10
Selamat la mereka berangkat naik flight ;)
Famili SIL dengan MIL & FIL
Pengalaman pertama buat mereka naik flight ni
Harapnya mereka ok-ok sahaja ;)
 
Selamat bercuti!
Jangan lupa bawak ole2!
Haha, ngade! Baru je balik dari Langkawi aritu kot! =p



Kawan2 pernah tak dapat book tiket AirAsia murah2 ni?
Boleh tengok sini utk TIPS dapat tiket murah ;)

Dah Pandai SHOPPING SENDIRI :)

Dah VOTE kami? ;)

 Kami pun menuju ke Tesco Shah Alam
Yang kat roundabout tu, bukan yang kat stadium
Misi utama adalah...
Untuk cari non stick pan, hahah!
Kelakar kan? ;)

Tapi bila dah sampai Tesco, jangan harap la cari 1 menda jek
Mesti ada gak 'tersangkut' dengan menda2 lain skali, huhu!
MamaZN nak cari baju basahan Baby Nayli kat umah
Dapat la 2 pasang, sepasang = RM10

Masa nak pilih2 baju tu
Mula2 Baby Nayli dok dalam troli dengan Abang Zack
Tapi lama2 dia dah rimas kot, Mama nya ni pilih lama sangat! 
Haha!
Dia pun bising la nak turun jugak
Nak tolong MamaZN shopping baju sendrik! =p


Tengah pilih mana yg berkenan di hati ;)


Ops, terjatuh pulak! =P


MamaZN tanya, ini ok tak? =p
Tapi Baby Nayli tak berkenan, huhu!


Sampai terduduk Baby Nayli, sebab penat, hihi...


Adoi, lawak je!
Baru umo 11 bulan, tapi dah pandai nak shopping2 sendiri

Nampak gayanya, MamaZN dah ada geng ni, hehhe
Geng shopping! :)

28 November 2012

Wordless Wednesday : Eeeeyy, Busuk! Sape Kentut?!

 Dah VOTE kami? ;)


Sampai terjungkit2 hidung 'menahan bau', hihihihi
Dengan gigi 2 batang jelas kelihatan tu...
Sebenarnya,
Tajuk entry takde kena mengena dgn situasi sebenar, hihi
Tapi macam 'kena' la pulak! ;)

Tah bile PapaZN amik gmbr Baby Nayli ni ;)


Promo GOLD COAST MORIB - RM150!

 Dah VOTE kami? ;)


Nampak gayanya macam jadi tempat percutian setiap tahun jek, hihi
Sebelum ni kami penah pegi sini jugak
Zakwan & Papa nya dah suka tmpt ni
Mama & Baby Nayli ikut je ;)

TERperasan status FB Kak Ejan MamaLynaIman
TERtengok deal ni kat Streetdeal.my
TERtekan 'Buy Now'
Dah selamat TERbayar pun, huhu! =p
Naseb baek PapaZN pun ok, hihi... Selamat!




Nak tengok deal nya jugak?
Mana la tau, kot2 belum expired lagi deal nya
Boleh la kalu nak plan cuti2 Januari - Mac 2013 ;)


Tak sabar, tak sabar, tak sabar! :)
(eh, macam Dian - Istanbul Aku Datang! plak =P)


Menang FM Legoland From Eyriqazz! :)

 Dah VOTE kami? ;)


Alhamdulillah, ada rezki lagi dgn blogger famous amos - Eyriqazz ni ;)
 Menang fridge magnet (FM) Legoland!
Bertambah la lagi koleksi FM Legoland ni, hehe 
Suka, suka!

Ari Jumaat lepas, PapaZN pi main futsal
Tinggal la kami 3 beranak
Bila budak2 dah tido, boring bila sorang2 berjaga
Nak ilang kan boring tengok2 la FB
Terperasan bro Eyriqazz buat contest giveway


Hadiahnya FM Legoland ;) 
pic kredit to Eyriqazz


 Seronok sangat2 la bila dapat tau MamaZN menang ;)
Lagi2, bila hadiahnya FM :)


Bukan mudah tau, sebab contest nya berdasarkan komen terbaik
Alhamdulillah Eyriqazz pilih komen MamaZN ;)
Thanks ya!

Komen ni la yang terpilih, hehe....
Saya teruja untuk menonton Fear Factor Selebriti Malaysia ( http://goo.gl/MLgJ9 ) kerana...
Selalunya, kita tengok pelbagai perkara ekstrem dilakukan oleh fear factor orang barat. Rasa geli, mual, takut, rasa nak muntah dann sebagainya. Macam kita pulak yang hadapinya sendiri. Teringin jugak nak melihat kebolehan selebriti-selebriti Malaysia seperti Johan Asaari, Elfira Loy dan Dafi pula yang melakukannya. Baru la tau sama ada mereka sanggup menyahut cabaran fear factor atau hanya hebat dalam bidang masing2, nyanyian atau lakonan ;)  (lagi seronok kalau Aaron Aziz juga salah seorang peserta dan bukannya pengacara =P)
 
Kawan2 teruja tak nak tengok Fear Factor Malaysia?
Teruja nak tengok task peserta @ teruja nak tengok Abang Am? 
Haha! =p

Amboi, Bukan Main Lagi Dia! =P

Dah VOTE kami? ;)


Semalam
Kita kesiankan dia sebab tak dapat main sama2 dgn Abang Zack
Tengok je Abang Zack dari jauh
Hmm, kejap je la
Sebabnya budak tecit ni mmg panjang akal
Kalu betul nak tu, dia cuba usaha gak sampai dapat

Tengok ni?!
Tengok la ni...
Ini tak tahan sangat sbb asek jadi pemerhati aje
Seboleh2 nak join Abang Zack, hehe


Macam boboy!
Sanggup tu! Hehe
Awak gegurl la, sayang... ;)


Bila dah kene tegur, merajuk!

Tu duduk bukan sebarang duduk
Konon duduk tu tanda protes la sbb kene tegur!
Tapi sebenarnya.............. mengutip!
Pastu masuk mulut tak tahan tu!
Geram jek! ;)


27 November 2012

Kesian... Tengok Dari Jauh Aje ;)

Dah VOTE kami? ;)


Sayu pulak tengok gambar bawah ni


Ni masa kami pi piknik aritu tu la
Lepas je breakfast, Zakwan pun laju je la ajak PapaZN pi main 
Yang MamaZN kena la tengok2 kan Baby Nayli
Baby Nayli ni pun bukan bleh leka sangat
Pantang leka, mula la dia mengutip sampah2 yg ada, trus masuk mulut!
Adoiyai!!! Sabo je la
Memang takleh kasi dia duduk, kene berdiri je, hihihi


Masa ni Baby Nayli baaaaaru sgt pandai tatih2
Tu yang hepi bebeno tu ;)


Baby Nayli nmpk dah Papa dia ngan Abg Zack kat sana...


'Ada hati' la tu, sbb dapat berjalan je


Baby Nayli tak sabar2 nak join Abang Zack main playground! ;)


Sekarang ni kan...
MamaZN takleh pakai tudung dalam umah
Nanti mesti Baby Nayli nanges
Sebab dia ingat MamaZN nak tinggalkan dia, heheheh
Takleh dah la kalu nak gurau2
Pastu lagi 1, kalau pi jalan2
Pastu tiba2 kena naik kete dah
Mesti Baby Nayli nanges jugak
Sebab dia tak puas lagi nak berjalan, hihi

Ikut perangai sape ni, Nayli? Asek nak berjaaaaalan je? =)


Lunch @ KENNY ROGERS, Alamanda

Ahad baru2 ni pi jalan2 kat Alamanda
Takde la cari apa2 pun
Saje2 cuci2 mata jek, huhu!
Bila dah tengah hari, kelaparan sudaaa...
Tmpt makan yang jadik pilihan - Kenny Rogers Roasters :)


Ni MamaZN punya, hihi... Pengaruh iklan ni - Chicken & Pasta Meal ;)


Spaghetti dia sangat sedap!
1st time try ni, sampai lupa nak pelawa PapaZN, hihi
Ayam nya cam biasa la... Takleh disangkal lagi kesedapannya ;)


Ni pulak PapaZN punya... set meal yang biasa tu ;)

PapaZN lapar nasi, tapi nak makan ayam KR
Naseb baek ada nasi dalam pilihan side dish, hihi


Zakwan pulak makan mushroom soup dengan garlic bread

Kalau pegi Pizza Hut pun ini jugak la menu pilihan Zakwan
Tapi last2, tak abes, sbb asek nak main je
Yang mengabeskannya? Mamaaaaaa jugeekk! =/
Rugi wooo, kalu tak abeskan! 
Bila nak kurus ni? Haha!



Baby Nayli?
Baby Nayli makan bubur nasi Mama nya masak je ;)
Tu pun aci ngelat, rasa nasi PapaZN, rasa sup Abang Zack ;)


Baby Nayli dah takleh dok diam
Asek nak 'ukur' jalan je!
Mentang2 dah dapat kaki ;)

Kesian kat PapaZN la...
Kena makan sorang2 bila MamaZN layan Baby Nayli berjalan
Abang Zack pulak excited nak main ngan Baby Nayli
Dah suruh temankan PapaZN
Abang Zack jawab - ala, nak Mama!
Manja!


Alhamdulillah, kenyang betul makan kat KR tu
2-3bulan lagi bleh makan lagi, hihihi

Naseb baek kawan2 sume baru lepas lunch kan?
Takde la terliur sangat kan? ;)


Baby K Dah Ada NAMA :)

 Dah VOTE kami? ;)


 Tak berkesempatan lagi nak peluk cium dak tecit baru ni ;)
Geram nengoknya!
Mama Yong nengok Baby K makin bambam la pulak! Hehe
(Mama Yong = MamaZN)
Jumaat 23/11/2012 aritu Baby K dah balik umah @ Presint 14
Sabtu nya pulak, Papa Baby K dah gi JPN nak daftar ;)


Baby K in dah house! :)


Secara rasminya, Baby K dah ada nama ;)


KHADEEJA NUR JASMIN BINTI KHAIRUL NAJJIB

Tak tau la nak panggil apa ni
Papa dia panggil Jasmin
Mama nya pulak panggil Khadeeja ;)
Mana2 pun bleh la kan? Hihi
Zakwan & Baby Nayli (baby ke? hihi) panggil Baby Deeja la ;)
 
Cucu kelima belah kami, cucu kedua belah Papa Baby K
Cepat sikit besar tau!
Kakak Nayli nak main sama2 ni, hihi...! :)


p/s:
Suka la nama2 yang ada nama bunga ni
Jasmin, Orked, Dahlia mcm nama anak Nigina... Rania Dahlia ;)

Kenduri Kahwin @ KAMPUNG JAWA, Klang



 Hari Ahad 2 minggu lepas, huhu!
Kitorang dapat jemputan kenduri kawen 
Sedara belah mak PapaZN
Kendurinya kat Kampung Jawa, Klang
Naseb baek dekat ;)

Yang 'bestnya' PapaZN tak kenal sedara dia yang mana, hehe
Kalu tanya MamaZN, lagi la tak kenal kan? ;)
Naseb baek la kami konvoi skali dgn kakak PapaZN
Kat sana mak & pak mertua dah tunggu
Sekali dengan adik ipar
Diorang datang dari Teluk Intan

Bila sampai, dah macam family gathering la
Sedara mara PapaZN dari Meru ada, dari Parit Baru Sg Besar ada
Yang dari Melaka pun ada!
Tu yang MamaZN kenal la, yang tak kenal dari banyak tempat lagi la kot
Hehe

 Kami serba ungu aritu  ;)



No camera, plisss! Kata Abg Zack =p


Sempat la kami pi breakfast dulu
Perut dah berkeroncong, huhu!
Breakfast yang lite-lite je, hihi
Eh, roti canai tu lite-lite ke? =P

Di sebabkan kami tak penah pun jejak Kampung Jawa ni
Nak gi umah sedara ni apatah lagi la kan? Huhu!
PapaZN google map dulu tempat ni
Baru la 'agak' lancar sikit perjalanan kami ;)

Bila dah sampai, baru la lega
(Selagi tak sampai, selagi tu la tercari2 mana rumah nye)

Sampai2, Zakwan nampak aiskrim dulu! :)


Tu ada paman, bibik, wak, MIL & FIL MamaZN
Tak ketinggalan adik2 ipar kesayangan saya ;)



Aiskrim kedua! :)


Sebelum balik, kita bergambar dulu! :)


Ni sume ipar2 MamaZN :)


Tinggi leher PapaZN belakang tu, haha!
Baby Nayli - mbahnye yang dukung ;)


Kenyang makan lauk kenduri siang tu
Memang balik takde masak apa2 pun, haha!
Tapi kul 5 dah kelaparan balik
Terus terasa nak masak megi goreng ;)
Hehe...


Kawan suka tak kalu dpt invitation kenduri kahwen ni? ;)

26 November 2012

Seronok Dapat Hadiah! Thanks Sahabat Alam Maya! :)

Ada ke orang tak suka dapat hadiah?
Heheheh...
Rugi, rugi
Kalu hadiah yang diberikan tu secara 'kejutan!' (surprise!)
Lagi la seronok! Rasa dihargai pun ye jugak, hehe
Tapi biarla hadiah tu yang elok2 kan?
Kalu tak elok, tak syok la pulak

 Teringat masa dinner kat U dulu
Ada ka sorang mamat ni pi bagi palam pencucuh pada kawan dia?
Dah la kawan dia tu pompuan
Takde moto la pulak
Huhu!
Rasanya memang niat mamat ni nak melawak kot
Tapi agak2 la, ye tak? Huhu!

 Ok, dah-dah..
Panjang intro nye :)

Nak citer, sebenarnya Zakwan & Baby Nayli baru dapat hadiah
Van Poslaju datang, berkejar2 Zakwan!
Zakwan la paling seronok bila van Poslaju datang
Tapi rasa kesian sangat2 bila takde barang utk dia

Tapi kali ni, dua2 dapat hadiah ;)
Mekaseh sahabat alam maya!
Ni hadiah sempena besday Zakwan yang lepas
Dengan besday Baby Nayli yang akan datang kan?
^____^ TQ!


Baby Nayli kena paksa bergambar, walaupun baru bangun tido! =P


Zakwan suka dapat stationery!
Boleh guna nak pi tadika thn dpn ;)


Baby Nayli malu2 dapat hadiah, haha! Lawak plak ;)


MamaZN pun dapat?!!
Sukaaaaaanyaaaa!
Keychain koala bear Australia ;)


Thanks sangat2!
Moga dimurahkan lagi rezki akak sefamili :)


p/s:
MamaZN ingat nak bagi hadiah jugak pada kawan2 yang rajin dtg sini ;)

JJCM Sarapan Pagi | RESTORAN LONTONG KLANG




 Sabtu baru2 ni, kami breakfast kat luar
Keluar semata2 utk JJCM mencari sarapan
Adalah sesuatu yang sangat luar biasa bagi kami, hehe
Tapi it's ok, 1 pembaharuan ;)

Tempat yang kami pilih kali ni adalah
RESTORAN LONTONG KLANG
Yang dicadangkan oleh geng bas skolah SERATAS kami - Anjang :)

Jangan tersilap ok! Nama je Klang, tapi sebenarnya di Shah Alam :) 
Lokasi restoran ni adalah di Seksyen 7 Shah Alam
Terletak di belakang UNISEL 
Berderetan dengan Restoran Hakeem (lama)


Restoran Lontong Klang


Biasanya kami breakfast nasi lemak @ roti canai
Kali ni kita cuba kelainan - breakfast lontong :)


Pandangan dalam kedai


Konsep adalah layan diri
Amik makanan depan kaunter makanan
Makan dulu, then lepas makan baru bayar
Minuman pulak waiter amik order masa kita di meja
Servis cepat, waiter peramah & mesra

Nama je Restoran Lontong Klang
Tapi don't worry!
Selain lontong...
Nasi lemak, soto, laksa, nasi ayam & roti bakar pun ada :)
Pilih saja mengikut citarasa anda :)


PapaZN pilih Lontong Special - RM6.50


Untuk Zakwan, Nasi Lemak Biasa (sambal sotong) - RM4


MamaZN pilih Lontong Biasa - RM4.50


Beza antara Lontong Special & Lontong Biasa 
Adalah kuantiti nasi impitnya
Lagi 1, Lontong Special dapat telur mata & telur rebus (dpt dua2)

Rasa?
SANGAT SEDAP!
Memang MamaZN rekomen pada kawan2 yang nak merasa kelainan
Breakfast lontong instead of nasi lemakkkkkk je =P
(famili kami la ni, hehe)

Mula2 merungut la jugak dalam hati
Ala, sikit nye org tu letak nasi impit...!
Jangan merungut! Makan dulu!
Sebabnya, bila dah makan memang saaaangat kenyang!
Giler kenyang la!
Itu baru Lontong Biasa
Cuba bayangkan PapaZN yang order Lontong Special?
Hahahaa!
Perutnya sebu!
Boleh nampak riak muka PapaZN
Tapi sebab sedap, abes kan jugak! :)

Nasi lemak pun apa kurangnya...
Nampak cam - ala, biasa jek! takde apa2 keistimewaan pun!
Ok, don't judge the rasa from the gambar, haha!
Sebab, sambal sotong tu sangat sedap!
Sedap dan ada manis2 nya
Zakwan yang tak penah2 nak makan pedas pun boleh makan!
Burrp, Alhamdulillah! :)
Insya-Allah, kenyang sampai ke petang
Serius, tak tipu!

Menu & Harga


Restoran Lontong Klang ni dibuka pagi sampai petang
Malam memang tak bukak

Waktu berniaga:
Isnin hingga Khamis : 7.30pg - 3ptg
Jumaat : 7.30 - 12.30 tgh hari
Sabtu & Ahad : 7.30pg - 3ptg
(Cuti pada setiap Isnin - minggu ketiga)

Sebarang pertanyaan boleh hubungi
017-618 2039 / 012-275 6007


Terima kasih pada Anjang
Sebab suggest kan tempat ni :)


1st time ni cerita pasal JJCM sarapan pagi
Kalau tak tu, asyik citer pasal JJCM selain waktu breakfast je, hehe

Antaranya :
JJCM : Restoran Ana Ikan Bakar Petai, Bangi

JJCM : Restoran Pau Yik Mun, Tanjung Malim (terkenal pau ni!)

JJCM : Restoran Juvita Seafood, Banting
Special kat kedai ni, grilled lamb chop @ chicken chop dalam hot plate, yumyum! :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...