28 September 2012

Tak Berkasut :(

Kejadian adalah di petang Ahad yang lepas
Baby Nayli terpaksa temankan PapaZN & Abang Zack membasuh kat luar
Sebab MamaZN sedang mencuci di dalam, hehe

Kat luar umah, 
PapaZN basuh moto, Zakwan 'basuh' beskal
Kat dalam
MamaZN sapu sampah, mop lantai
Baby Nayli terpaksa la duduk dgn PapaZN
Tunggu dah besar nanti baru bleh join beraktiviti ye!


Kesian Baby Nayli takde kasut, huhu! ;( 
Habis hitam stokin dia...


Esok Sabtu kita ajak Papa pi cari kasut ye, Baby
Dah hilang masa gi open house kawan PapaZN, huhu!
Harap2 dapat la jumpa balik, nnt...
Rasa2 ada ke...?
Hmmmmm............
Beli baru je la jawabnya! =p


Hepi wiken uols! :)



Model-Model Beraksi

 Sape je lagi pun model2 MamaZN
Kalu bukan model2 cilik MamaZN tu - Zakwan & Baby Nayli
Dan jugak model besar yang kacak lagi bergaya, haha! =p
Ni sume gambar2 time beriadah @ Taman Tasik Cyber tu


Zakwan ensem ala2 hiphop =p
Perasan tak Zakwan dah kurus..? Huhu!


Baru nak berangan ala2 berphotoshoot, Zakwan bikin spoil! Haha!
Zakwan jeles! ;)


Kemain lagi Baby Nayli gelak! :)


Percubaan untuk berdiri...


Jangan betulkan skrin pc anda
Ini memang PapaZN! Haha!


Zakwan dipaksa senyum!
Walaupun sebenarnya sebelum itu Zakwan jatuh beskal
Sebab tayar kecik beskal tu tercabut satu! ;)
Nampak sangat senyumannya tak ikhlas, haha!


Dan... Ini pulak kitorang ;)

Hepi & lega betul! :)
Walaupun dengan hanya buat aktiviti yang camni
Seronok tengok Zakwan hepi
Seronok tengok Baby Nayli hepi
Seronok tengok PapaZN pun hepi (sbb takyah kuar duet nak soping2)
Hahaha..!!
Rase cam wiken ni nak buat aktiviti camni lagi la...
Boleh ek Papa :)


Pertama Kali Makan PIZZA DOMINO'S

 Kesiaaaaaannnn...
Kesian kan?
Hahahha!
Orang lain dah makan macam2 dah
Tony Romas la, Fish Manhattan la, Sushi King la, 
Saba la, Wong Solo la, itu la, ini la...
 Sume2 pun tak penah rasa
Dominos ni pun baru ni la MamaZN nak merasa ;)

Sebenarnya, sejak Ramadhan aritu lagi dah teringin nak rasa
Tapi asek la tertangguh2
Rabu baru2 ni, PapaZN suruh order
Deliver jek trus ke umah
Waa.....best, best!

Actually
Taktau pun nak order apa, hehe
Main order jek pun
1st time nak makan la katakan
Taktau la pulak perisa pizza mana yang sedap hehe...

Dah kata pun nak merasa
MamaZN pegi la order pizza saiz regular
Pastu amik yang thin crust
Pastu amik jek perisa chicken pepperoni
Nak amik pedas takut Zakwan taknak makan
Amik je la pun...
 
 
 Pon! Pon!
PapaZN tolong bayar RM25.20 ;)


Budak yang teruja nak makan pizza! :)


Masa pizza tu sampai
Tetibe terpikir...
Eh cukup ke ni?
Kecik jek pizza nya... Pastu alahai, nipis senipis-nipis nya!


Yezza...!
Memang tak cukup 
Mak pak dapat la merasa 2-3 slices jek
Selebihnya untuk Zakwan
Kena kot dengan tekak Zakwan

Tak pedas, sedap plak tu
Lagi sedap dari yang lagi satu tu la...! (phm2 sendrik ek =p)
Bleh la order lagi pasni, hehe

Perisa apa yang sedap sebenarnya, ya?

Dah Mula... Dan BERJAYA! :)

Mula la nak berpaut kat sume tempat
Nak dipegang tak bagi
Nak berdikari sendri kekdahnya, huhu!
Sampaikan jatuh terduduk, tangan tersepit laci kabinet tv, kepala terhantuk
Sume pun dah
Tanda pun dah dapat
Tapi tu la...
Baby Nayli mana serik
Lagi dibuat, dibuat, dibuat lagi ada la, haha!


Port kesukaan Baby Nayli


Berkat usahanya yang tak putus2 asa tu
Baby Nayli dah berjaya la bergerak dari hujung sofa sini ke hujung sofa sana
Tapi kena berpaut kat sofa la
Pastu
Sekarang ni dia suka berpaut kat badan mak pak nya
(kengkadang badan Abang Zack jugak! =p)
Pastu selamba je dia lepas kan tangan
Selalu tu memang jatuh sesaje la kan
Tapi sekarang ni berjaya jugak la berdiri tanpa berpaut apa2
Ada la dalam 4-5 saat jugak
Pastu tersengih nampak gigi nan sebatang tu, haha! :)


 

Takpe, pelan2 ye
Pasni bleh jalan pulak :)
Takpe, biar Mama penat kejar nanti pun takpe
Dapat gak mak mu ini kurus sket, ahaahahah!
Ada hati kunun! =p


27 September 2012

Melawat KRU STUDIOS ^_^

 Hehehehhe...
Takde keje, haha! =p

Lepas jek beriadah kat Taman Tasik Cyber tu
MamaZN saje la ajak PapaZN jenjalan cari KRU ;)
Naseb baik PapaZN melayan kan aje kerenah bini nya ini, kehkeh!

 Peminat setia ni...!
Asal ada album baru mesti beli!
Dulu la... Masa zaman sekolah2 dulu, haha!
Sekarang tak, kuikui! =p


Dapat amik gambo kat sini pun jadik la, haha!


MamaZN paksa PapaZN amik gambo kat sini jugak, hehehhe =p


Kejap je pun
Sekadar nak amik gambar kat 'tugu' tu je, hehe
Sesambil tu sempat jugak la MamaZN menjeling2
Kot2 ada kereta2 hebat 3 saudara tu....
Hahahaha! Berangan! =p


Kalau Tak Dipecahkan Ruyung...

Ada jigsaw puzzle Ice Age 4
 Zakwan ni memang pantang kalu dapat jigsaw puzzle
Time2 tu jugak die nak selesaikan




Mende alah ni sangat laaaaaaaa 'comel' saiznya
Ceno'et!
Mula2 tu Zakwan cam pasrah dan redha je
Dia cam frust la sbb tak dpt nak buat

Tapi MamaZN tolong jugak Zakwan
Cakap kat dia, 
Buat pelan2
Jangan nak cepat siap je
Sambil2 tu MamaZN pun susunkan la bahagian yg paling luar tu
Sebagai 'base' utk Zakwan selesaikan puzzle




Alhamdulillah
Datang semula semangat Zakwan utk siapkannya
Walaupun makan masa sbb saiz yang kecik molek 
Lama2 siap jugak! :)
Good job!
Camtu la anak Mama! :)


MamaZN perasan yang Zakwan ni kurang sabar sikit
Apa dia nak mesti dan-dan tu kena ada
Jigsaw puzzle ni sedikit sebanyak dapat jugak ajar Zakwan ni utk bersabar kan?
Hmmmmm
Good idea! Boleh la pasni cari jigsaw puzzle lain pulak ;)


p/s:
Ntah kene ke idak peribahasa kat tajuk entry tu dgn citer Zakwan ni, haha!
Main taram saja.... =p


Suka Kacau Mama!

Arrgghh...!!!
Memang tension kalu time lipat kain
Budak tecit ni tak tido lagi
Sebab dia pun sebuk nak 'melipat' kain jugak! =p




Time MamaZN nak lipat kain ni
PapaZN ada
Ingatkan boleh la PapaZN tengok2 kan Baby Nayli
Main2 @ layan2 dia...
Rupa2nya tak bleh jugak!
Dia nak jugak datang kat Mama nya ni ha...!
Hmmmm

Kalu Baby Nayli kaco kain selonggok yang belum berlipat ok la lagi
Hehhehe...
Yang tak tahannya tu
Kalu dia pi buraikan balik kain2 yang dah berlipat!
Alaaaaa.....!
Tensen mak ni nak!
Hahah!
Tak suka la buat keje dua kali camni....!


Ha, ni la budak tecit yang dah mula suka kacau Mama!
Geram2 tapi sayang...
Hehe! :)

Dah 9 bulan dah dia..
Kejap je ;)



Beriadah @ Taman Tasek Cyber, Cyberjaya

 Ni la aktiviti kami ari Ahad pagi
Berpiknik & beriadah
Bangun pagi2
Dengan Zakwan & Baby Nayli tak mandi
Terus je gi Taman Tasek Cyber ni, haha!
Tapi sempat la jugak MamaZN masakkan bubur nasi utk Baby Nayli
Untuk kitorang beli nasi lemak jek, hihi...


Kami dah sampai! :) 
Zakwan siap bawak beskal


Sebelum Zakwan pi main
Kita breakfast dulu
Zakwan dah nampak playground, mana larat nak makan dah...
Jenuh nak paksa, huhu!




Dah lepas breakfast, baru la temankan Zakwan main playground :)
Mula2, Baby Nayli tengok je Abang Zack main gelungsur
Kesian dia..
Dalam hati dia mesti dia cakap
Bila la aku dapat main gelungsur tu...


 


Sebabkan MamaZN kesian kat Baby Nayli
MamaZN bawak Baby Nayli join Abang Zack main ;)



Kelakar giler time ni... Baby Nayli tak bergerak pun! Haha!
Peha dia yang bambam tu melekat2 sbb peluh
Baby Nayli kene duduk atas pangku Abang Zack baru bleh gerak, hehe


Senyum simpul jek Baby Nayli tu walaupun Abang Zack hempap kat kaki dia ;)


Zakwan merenung jauh! Hehe...
Sedap jek tongkat dagu kat kepala adik =p


Lepas main gelungsur, layan Baby Nayli main mende alah ni pulak


Dah penat, lepak2 jap
Zakwan jek yang masih aktif bermain lagi
Panjat sana panjat sini
Seronok die explore sume mainan, hehe
Almaklum, lama dah tak datang sini


Last sekali, layan main buai
Ni mak pak yang teringin, haha!


Seronok gak layan aktiviti camni
Aktiviti tanpa mengeluarkan ongkos yang banyak
Nak2 time pegi ni 'Harimau' tak mengaum lagi kan?
Hikhikhikhik =p


26 September 2012

Terbang! :)

Takde keje... ^_^
MamaZN lipat kain
PapaZN layan anak2
 Layan anak2 buat aksi terbang
Ni la dia kalu dah bosan sangat dok umah time hujung2 minggu
Hehe

Kelakar gaya Zakwan, heheeh
Dah macam mentadak mentadu la pulak MamaZN tengok! ;)
Suruh luruskan tangan dan kaki
Zakwan takmo
Asyik gelak, gelak je, hehhehe....




Ni pulak turn Baby Nayli, hehhe
Comel jek badan die ;)
Zakwan tu pantang...
Kalu time Baby Nayli ada je dia nak ngusik
Takleh Baby Nayli lebih sket dari dia
Mula la cemburu =p




Hasil Kemenangan Zakwan Thru Magazine Contest

Alhamdulillah
Rezeki Zakwan :)

Zakwan kan suka beli majalah CARS (from Voila)
Kebetulan dalam tu banyak contest
MamaZN saje2 je masukkan nama Zakwan
Tak sangka jugak la banyak kali sangkut nama Zakwan ni :)

Mula2 menang tiket wayang citer Men In Black 3
 Pastu menang tiket wayang citer The Amazing Spiderman

Pastu pulak
Tak sangka la nama Zakwan pun ada kluar kat majalah CARS tu
Sebab menang contest2 lain
 Rupanya bukan sekali nama Zakwan kluar dalam majalah
Bila MamaZN belek2 keluaran lepas2
Rupanya ada lagi!
Total ada 3 kemenangan
Semua2 pun dalam keluaran2 yang berlainan
Murah rezki Zakwan

Sepatutnya kena amik hadiah kat ofis Voila ni
Tapi memandangkan ofisnya jauh dan terpaksa amik time office hour je
MamaZN mintak diorg poskan je
(kos pos tanggungan kita sendri)
Staff Voila kata dah poskan sebelum raya aritu
Tapi minggu lepas baru la hadiah2 nya sampai, huhu!
Sabo je la.....


Ni la hadiah2 nya


Hadiah sebab menang contest Ice Age 4, Brave & The Avengers
Masa dapat ni
Seronok sangat2 la Zakwan tu
Dia ingat tu hadiah hepi bday to u, huhu!
Kesian Zakwan... ;)



Ada 1......! :)

Ha....! Ni baru la betul!
Yang aritu cam tipu2 jek, huhu!
Esok2nya tengok2 balik dah takde
Apa daa...!


Yang ni baru jek tumbuh 2-3minggu lepas
Alhamdulillah takde demam takde nanges
Tak macam Zakwan dulu
Siap demam2! ;(
Yang pasti, Baby Nayli nak menggigit jek kejenya...
 

Tomei2 Mama dah ada gigi ;)


Bila dah ada gigi ni
Bersedia la omaknya utk digigit time BF!
Huhu!
Nightmare betul! Haha!
Sakit wooooo...!
Alang takde gigi pun dia dah pandai tarik2 'N'
Ni kan pulak bila dah ada gigi ni
Lagi panjang la akalnya kot!
Harap2 Baby Nayli tak macam tu
Kan Baby kan..? 
Hehehehhehe...



Wordless Wednesday : KAN ELOK CAMNI...

Dok dendiam je sama2 kat seat belakang
Takde lompat sana lompat sini
Takde usik sana usik sini
Takde nanges sana jerit sini
Mak pun takde la penin pale, hehehhhe...




Ni time g Setia City Mall 
Ada yang tanya Setia City Mall ni kat mana?
Setia City Mall ni dekat area Setia Alam
Nak ke arah Kapar, Klang sana...
Best! Try la pegi, hehehhe

25 September 2012

Skema Dan POYO! =P

Kikikikikikiki...
Nak jugeeek ada gambar 1 famili
Padahal baru lepas main kat playground jek pun, haha!
Kamera pun sangkut kat dahan pokok yang dah mati ;)


Ni gambar skema
Elok jek sume2 pun berdiri tegak - agak semenggah jugak la kan...
Baby Nayli jek yang memandang 'semacam' ;)


Ha...!
Yang ni pulak ala2 poyo, haha!

Poyo pun poyo la...
Janji comelllllll ;)
Comel ke?
Haha!
(takde org nak puji, puji le sendrik, kikikiki =p)



Jalan-Jalan Cari Pasal @ JUSCO CHERAS MAHKOTA

 Hari Sabtu aritu
Sebelum sampai umah abang PapaZN
Sempat la jugak kitorang singgah Jusco Mahkota Cheras
Hehehhee
Takde tujuan pun
Saje jalan2 cari pasal, haha!

Sebab kalu nak gi umah abang PapaZN
Mesti akan lalu Jusco ni
Tu yang ajak PapaZN kejap
Saje nak tengok cemane keadaan dan suasana nye
Hehe
Sebelum2 ni asek lalu jek
Tak penah pun terpikir nak singgah




Hmmmmm...
Kalu dah niatnya nak jenjalan jek
Memang takde beli apa2 la, haha!
Round2 jek, pastu balik
Hihihiihi...
Tu pun untung la jugak ada rezki Zakwan dpt biskut Julies FREE =P


Melayan Zakwan :)


Biasa2 je dalamnya
Takde la sehebat Jusco2 lain yang penah MamaZN pegi
Tapi untung la orang2 sekitar Bandar Mahkota tu
Sebab ada Jusco, hehehehe

Macam Bandar Saujana Putra ni takde apa2 pun lagi
Akan2 datang tak pasti la pulak ;)
Kalu ada pun satu hari nanti...
Mesti harga rumah makin meningkat!
Konfem!


Syyyy... Tengok Apa Dia Buat?

Syyyyy....!

Ni la keje Baby Nayli masa MamaZN sebuk nak masak2
MamaZN perati kan aje...
Hehehehe...
Sekarang ni suka sangat nak menyelongkar perkakas dapur
Mainan 2nd hand punya banyak
Nak main 'mainan' Mama nya jugak ;)


Mula2 tak perasan =p


Haaa...! Buat apa tu..?!! =)

Kita sebuk masak, dia pun sebuk nak ke dapur jugak
 MamaZN tak halang
MamaZN biar je, tp kene pantau jugak la
Time nak menggoreng memang MamaZN tak kasi Baby Nayli dok dapur
Takut kang tak pasal2 kene minyak panas plak, huhu!
Kasik masuk dapur bukan apa...
Saje nak biasakan
Kata gegurl......
Hihiihihihihiih ^_^


BURUK Tapi SEDAP, Haha!

 Takleh lawan kek coklat famos amos Nana Ibu Damia =)

Yang MamaZN buat ni
Kalu tengok dari luaran
Memang buruk!
Macam tak lalu makan pun ada
Huhuhu!

Tangan tak berseni
Camni la jadiknya =p


Kek coklat ni MamaZN baking lepas balik dari Wangsa Maju
Naseb baek la sempat siap
Sebab lepas Asar dah kene kluar semula
Nak gi umah abang PapaZN pulak kat Bandar Mahkota Cheras

Kek ni pulak nak bawak ke sana jugak sbg buah tangan
Segan rasenya kalu datang tangan kosong
Walaupun tuan umah takde kata apa, kikikikiki...! =p
Tapi dalam hati segan pulak bawak kek yang tak semenggah rupanya tu, huhu!




Buruk pun buruk la...
Janji sedap
Skill masih boleh diperbaiki lagi, hehe

p/s:
Kena rajin2 mem'baking' la pasni nampak gayanya! =p


24 September 2012

BE Baru Daripada NUFFNANG :)

 Yeay!
Alhamdulillah...
Setelah sekian lama takde BE
Akhirnya ia muncul kembali
TQ Nuffnang! :)



Tapi dok kat blog lagi 1
Blog ni lama dah takde BE, huhu!
Takpela, janji ado...


p/s:
Tangan gatal2 nak click cash out
Tapi masih bleh bersabar....
Kekeekekke! =P



Kita Hanya Merancang Kan...? ;(

Tuhan yang tentukan segalanya...

Memang kena sangat la dengan kami 1 famili weekend baru ni
Planning macam2 sebelum tu
Bila sampai waktunya suma tak jadi ;(
Tapi insya-Allah, Allah jadikan sume tu mesti bersebab
Ada hikmahnya mungkin di sebalik planning yang tak jadi tu...

Sebenarnya
Sabtu baru2 ni kami ada nak buat famili photoshoot
Dah 2-3 hari sebelum tu dah Mr. PhotoG ingatkan...
Tapi last minute tak jadik pulak, huhu!
Ksian dia...
Dah banyak kali tangguh2 kot! ;(

Sebab tak jadi?
Last minute ada hal kat Wangsa Maju
Nak kena kejar office hour hari Sabtu
Maknanya sebelum tengah hari la kan?
Adoi, jenuh!
Kelam kabut dibuatnya...

Pastu nak dijadikan citer pulak
MamaZN dapat undangan ke majlis housewarming Kekda PnStoberi 
&
BBQ Mira
Cadangnya dah alang2 ada hal kat Wangsa Maju tu
Teringin jugak la nak memenuhi jemputan diorg
Hmmmmm, tak dpt jugak akhirnya

Sebab?
Sebab PapaZN ada family gathering 
Kat rumah abangnya @ Bandar Mahkota Cheras
Adik beradik PapaZN yang dok KL sume berkumpul 
Kebetulan pulak PapaZN memang tak 'beraya' pun lagi dgn abang nya tu
Sebulan Syawal tak berjumpa
Last jumpa time buka puasa kat kampung aritu
Kesian jugak kat PapaZN

Walaupun PapaZN ada tanya
Taknak join ke jumpa kawan2 baru?
Lenkali taktau lagi bila dapat jumpa...
Alahai terharu...
Tapi takpela, family first
Harap Kekda PnStoberi & Mira memahami
Apa2pun, terima kasih sbb sudi jemput kami sekeluarga :)
Insya-Allah ada rezki dapat jumpa lain kali...

Jadiknya
Pagi, pegi Wangsa Maju ikut MEX balik ikut DUKE
Sampai umah sebelum Zohor, baking kek coklat utk dijadikan buah tangan 
Petang pas Asar bertolak ke Bandar Mahkota Cheras
Balik umah semula kul 11 mlm

Hari Ahad?
Hmmm, nanti MamaZN share ^_^v


p/s:
Penat tapi seronok!
Itu la hikmahnya agaknya, Alhamdulillah :)

Melawat Baby Baru SUE SYAWALSIMPSONS ^__^

Hari Rabu baru2 ni
MamaZN ajak PapaZN pi melawat Sue SyawalSimpsons
Nak pi tengok baby baru la ni :)

Mula2 dah wassap Sue, kata nak dtg pas Maghrib
Tetibe wassap balik kata tak jadik sbb Baby Nayli dah tido
Tah cemane, bleh plak Baby Nayli jaga terus aktif main2
Zass terus ajak PapaZN pi jugak malam tu, hehe...

Sampai2 igtkan kami je tetamu yang ada
Rupa2nya ada tetamu lain jugak
Bersua muka lagi la kita CuteMum, hehe
Sebelum ni penah jumpa kejap time makan sate Willy :)
Masa tu Baby Nayli masih dalam perut lagi, hehe

Alhamdulillah
Sue & newborn baby sehat
Seronok dengar pengalaman Sue bersalin
Ye la, lain orang kan lain pengalamannya :)
  Mekaseh jugak la kat Encik Akob
Buat susah2 jek jamu kitorang milo panas dgn keropok, hehe


Pic taken by PapaZN :)
Tq Papa, sebab memahami, haha!


Elok tengah sembang2 tu Baby Nayli start meragam balik
Kena la gilir2 jaga dia, huhu!
Kalu tak, kasi lepas jek dia main mainan
Dah start meragam, memang kena ada yang pegang la, huhu!
Zakwan tak heran
Umah Syawal banyak mainan, hehehe...
Dapat mainan senyap la dia :)


Dania yang sangat keletah!
Suke giler dengar die sembang2
Cepat mesra plak tu :)


Tengok yang baju hijau tu :)
Rileks je dia melayan diri sengsorang
Kawan2 ada pun buat dek je dia, heheheeh
Bila sume dah balik umah, dah sunyi baru tercari2 ye Syawal, hehehe


Tak dapat nak amik gambo ngan baby baru
Baby baru syioook tido
Pastu Baby Nayli plak bila dah start enjin asyik nak berdukung jek dia
Memang tak kesampaian la, huhu!

Pagi2 esoknya
Bangun2 tido Zakwan cakap kat MamaZN
Mama, nanti kita pegi umah Syawal lagi ye...
Hehehe, tetibe jek dia.. Tah mimpi apa tah :)
Pastu lagi satu,
Mama, ni milo panas macam umah Syawal tu ek?
Ada2 je Zakwan ni, hehheeh...


Kenangan Mengusik QALBU :)

 Aritu entah dari mana angin kuskus mai
Bleh pulak terlebih rajin nak bersih & kemaskan bilik tido
Macam2 khazanah harta mat harun sume ada

Adeyh!
Kalu dah 2-3tahun barang tu tak berusik
Alamatnya mmg ke tong sampah la jawabnye, hehehe
Daripada menambah kan habuk je, bior le dibuang

Time mengemas2 tu
Terjumpa la pulak 1 kad ni
Haha, kad wish congrats daripada kawan2 skool SERATAS
Sempena kitorg selamat diijabqabulkan :)
6thn dah kad ni tersimpan, hehehe
Bila tengok balik cam lawak pulak, hehe



Dolu2, 
Kawan2 masih ramai yg stadi lagi
Masih ramai yang baru start keje
Kumpul2 duet reramai, dapat la kami microwave sebagai hadiah kawen
Sekarang ni, ramai yang dah keje hebat2
Collection nak kasi penganten pun dah cecah riban2
Takyah beli2 barang
Bank in cash jek trus pada penganten baru
Giler kentang!
Rasa cam nak kawen balik semula jek dgn PapaZN haha!
Buang tebiat! =p
Rezeki masing2 Nadia Irwani, igt tu..! ;) 
 
 

21 September 2012

1st Time Masak NASI BERIYANI

Ye...
Sila la percaya!
Baru 1st time, huhu!
Alkesahnya, PapaZN ngidam nak makan nasi beriyani
Jangan pikir apa2, haha!

Nak taknak, kena la belajar utk buat, huhu!

Cara paling senang - guna perencah jek, hehe
Pastu folo je instructions kat belakang peket tu, kikikikiki ;)


Jadilah...
Hasil air tangan bersama somi istri bersama ni ^___^
Moga kekal bahagia hendak-Nya...


Nasi beriyani paling sempoi
Masak lauk ayam tu sekali dalam nasi
Pastu sayurnya jelatah
Kuah dalca apa benda sume nan ado, haha!
Kenyang jugak, Alhamdulillah :)


Hepi wiken uols! :)

Lantak Kamu Le Labu...! ;)

 Hehehehe....
Tak pasal2 dah kena panggil labu plak
Apadaaiyappa..!

Bukan nak ngumpat bukan nak mengata
Cuma nak share citer je
Jiran kami ni tak penah nak bertegur sapa
Kalu kita senyum kat dia kan
Dan-dan dia paling muka tengok tmpt lain
Kecik ati, huhu! ;(

Tapi baru2 ni
Time kitorang balik kampung, rasanya depa ada buat open house
Mungkin house warming skali sbb depa baru jek pindah dok situ
Untuk mencantekkan rumah depa
Sekali dengan tema hari raya
Depa gantung la lampu liplap biar cantek warna warni
Tapi yang tak sedap dipandang tu
Pandai pulak dia sambung ke paku lampu lip lap kat umah kitorang
Haha! Kantoi!
Dalam dia takmo bertegur sapa, takmo senyum2 siap paling2 muka ni
Pandai jugak depa ye, hehehe
Nak tergelak pun ada ;P
Kasik cantek kan rumah punya pasal, hehehhehhe


Yang kelabu tu rumah jiran, yang buruk tu rumah kami ;)

Lantak korang la...
Kita dah 'memberi' tapi tak berbalas
Kang tengah sesak2 jiran juga yang dicari utk mintak tolong
Contoh depan mata dah ada dah kan?
Hehehee
Tu... takde paku nak sangkut lampu liplap tu...
Kan cari umah jiran ni (kitorang) jugak :)


Puas Bila Masakan Dihargai :)

 Suka la tengok Baby Nayli makan
Rasa puas bila dia habiskan makanan masakan kita
(walaupun bubur nasi jek pun, ehhehe)
Kawan2 pun boleh tengok kan cemane dia nganga nak makan?
Heheheheh

Kalau kita kasi nestum
Baby Nayli taknak abeskan
Kejap je... Pastu dia dah sebuk nak main
 Beza la kalau MamaZN suapkan bubur nasi

Makanya
Kalu nak pegi mana2
Kena la pagi2 sebelum tu MamaZN @ PapaZN masakkan bubur nasi
Supaya senang Baby Nayli nak makan :)


Opss..! Ni bukan utk Baby Nayli
Ni PapaZN yang punya! =p
Bukan MamaZN masak ni! Ni makan kat mamak, hehe


Ni bekalan Nayli Az-Zahraa


Eksen la anak2, takmo tgk kamera, huhu! =p


 Tapi sekarang ni MamaZN dalam dilema
Aritu dah utarakan dah kedilemaan ini
Harap2nya dapat la kami handle nanti
Insya-Allah :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...