18 Disember 2012

@ PKNS Bangi | PUSAT HOMEOPATI HASAN

MamaZN mengaku
MamaZN sangat tak suka nak berperang masa nak kasi ubat
Pada Zakwan & Baby Nayli
Dah la nak berperang kasi makan ubat 1 hal
Kita yang naik marah ni pun 1 hal jugak karang!

Alternatif lain yang MamaZN cari/guna
Kasi makan ubat homeopati
Alhamdulillah
Sangat serasi dengan budak2 ni, sangat senang nak bagi
Takde la berperang bagai
Hati pun takde geram2 :)

Selalunya, MamaZN pegi kat PKNS Bangi
Sbb kat situ paling dekat dgn umah
Tempat lain ada jugak
Tapi disebabkan Dr Hassan ni dah kenal lama dgn PapaZN
Makanya, mmg takde la pegi yg kt tmpt lain
Setia dengan yang satu, giteww, haha!
^_^

Baru2 ni ada pegi bawak Zakwan demam aritu, huhu
Pegi time weekend (Sabtu) memang kena bersabar la...
Sebab sangat ramai orang
Kalu datang dalam kul 10-11 pun dah dapat nombor utk sessi petang dah
Ramai kan?


Zakwan marah MamaZN amik gmbr die, hihihi =p



Baby Nayli plak sebuk nak berjalan ;)



Dapat tengok je dari kejauhan
MamaZN kena jaga Abang Zack lagi
Mana nak jaga Baby Nayli nak main plak nanti, huhu!
PapaZN dok dalam, tunggu giliran ;)
 


Seminggu sebelum Zakwan demam tu pun ada gak kitorang dtg sini
Sebab bawak Baby Nayli demam aritu
Macam biasa la kan?
Memang ramai orang punye la!

Biasanya lepas dah jumpe Ustaz Hasan ni
Mesti kitorang pi makan kat food court atas tu
Nyumnyum!
MamaZN suka makan kat atas tu
Sebab banyak pilihan dan sedap! :)
Alemak, terliur sudaa...haha!


Zakwan makan nasi ayam


MamaZN makan kuey teow goreng basah
Time ni MamaZN temankan Zakwan makan
PapaZN plak pi bawak Baby Nayli ke klinik tu, hehe


Kalau kawan2 nak tau
Kami dulu pun berubat kat sini
Masa nak dapat kan Zakwan
(MamaZN tggu dekat 1thn kot, huhu!)
Alhamdulillah lepas 2 bulan ada rezkinya, syukur sangat2!
Memang ada dalam list perubatan Ustaz Hasan ni
Pada mereka2 yang ingin dapatkan zuriat
Susah nak dapat zuriat
Nak dapatkan ubat semasa mengandung (asid folic)
Ubat selusuh
Ubat kuning baby
Ubat utk kanak2 yang demam tiba2 @ menanges tiba2
Memang sume ada la!

Pastu tengok jugak serasi atau tak dengan ubat nya
Cam kami 1 famili, Alhamdulillah sume pun serasi dgn ubat kat sini
Yang penting - jangan malas makan ubat!
Sebab ubat2 nya terdiri daripada butiran2 kecil yang kena makan ikut masa
Contoh :
Botol 1 - ubat dimakan setiap 1 jam
Botol 2 - ubat dimakan setiap 3jam
Botol 3 - ubat dimakan 1 hari 3 kali

So, kena pandai2 manage masa la
Kengkadang tu boleh terlupa...
Tu yang dah komplen kata ubat tu tak serasi la, homopati ni tak bagus la
Padahal, dah lama tak makan ubat sbb lupa!



Perubahan waktu rawatan :
Isnin - Sabtu : 9pg - 6ptg
Jumaat & Ahad : Tutup (kecuali ada appointment)

Tapi bukan la MamaZN cakap tmpt ni boleh ubati sume2 tu
At least kita berusaha, kan?
Cari alternatif lain
Selebihnya bergantung pada Allah SWT jua

12 comments:

Jue a.k.a Ibu 2F berkata...

tak pernah try berubat secara homeopati......nanti nak try jugaklah

Sidratul Muntaha berkata...

lagi satu
hemopati ni klu bancuh ubat dia takleh guna sudu besikan?kan?
lupa
tpi entahlah..
semenya kena istiqamah jugak
owh ye nad
ade satu ayu belajo dari prof dr muhaya
tak nak anak selalu sakit..
mak n ayah takleh emosi or bawak unsur negatif
sbb seme2 tu puna2nya
so
la ni budak2 tu nak tonggang terbalik..
lantak..
tak dan nak marah..
tpinya..
alahai..
nape seme manja dengan kami?!
aduh!
payoh..

Lynn Hamzah berkata...

betul tu...kita berusaha ALLAH yang menyembuhkan...

mummy_ayu berkata...

ooo..tak pernah cuba plak..
btw ..yg pasal goreng keaw teou u..yg air tu bukan air kerang tapi air udang..

Mama Likha berkata...

yg pnting kuew tiow kerang tu sdappp nmpk ....

Sue-Rya Qistina berkata...

klau kita inginkan sesuatu, kita jgn cpt mengalah. kena rajin berusaha, berdoa dan tawakkal padaNya

ALoNa CintamaniszLite berkata...

ha'ah..ubat hemeopathi ni mmg mcm tu..dh ler kecik2..kena ikut betoi sukatan dia. jangan nk culas orang kata, hehe...

~emmie marja~ berkata...

suka ubat homeopathy nih.. manis2.. anak2 sedara kite pun suka ubat homeopathy..
cuma kadang2 susah nak disiplinkan diri.. ehehe..
tq Nad sebab info nih.. memang tgh carik kinik homeopathy kat sini... :)

Myra Jay berkata...

Kalau akak tolong belikan boleh untuk dapatkan zuriat tu? Nak p jauh :)

ieyda berkata...

xpenah gi kat homopati bangi nie....kat kelantan penah sekali gi ambik ubat.

nnti nak try kat bangi nie lah plk...TQ nad sharing is caring

intanfirdaus247 berkata...

dulu kecik2 kalau demam ka sakit ka arwah ayah bawak g homopati..pasal kawan saya ayah dia doc homopati kat kg tu

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

owh wani xpernah lg try cara homeopati ni...boleh gak try

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...