10 Disember 2012

JJCM | Restoran Anje Beriani Gam Johor, Seksyen 15 Bangi


Nama je Johor, tapi jangan tersilap!
Sebab kedai ni ada kat Bangi - Seksyen 15 nun :)
Dah masuk Jalan-Jalan Cari Makan TV3 dah rupanya

MamaZN pegi minggu lepas
Time tu la baru tau restoran ni dah ada masuk JJCM 
Tu pun adik ipar yang bagitau, hihi

Dah lama dah MamaZN tau pasal kewujudan kedai ni
Tapi baru minggu lepas tu la dapat merasa
Sebabnya teringin sesangat plak nak makan Laksa Johor
Time google, ramai yang suggestkan Restoran Anje Beriani Gam ni

Lokasinya :
Landmark utama ialah Bangunan Niosh & Stesen Petronas berhampiran roundabout UKM
Kalau dari interchange Bangi, perlu buat U-turn di roundabout UKM ini
Sebaik sahaja selepas Stesen Petronas, belok kiri
Simpang pertama selepas kedai tayar belok kanan. 
Restoran Anje ini terletak di sebelah kiri jalan


Hujan yang lebat mengiringi kami :)


Baby Nayli tak sehat, jadik time kitorg makan, dia tido je


Kaedah meng'order' adalah layan diri
Patut la ramai jek yang ke kaunter makanan tu
Ingatkan ada yg serve kami, hihi


Sedih sangat-sangat-sangat :(
Sebab time kitorang sampai ni, Laksa Johor dah abes, huhu!
Hmmm, nak ubatkan hati yang lara
MamaZN order nasi briyani ayam masak merah
Haha! Ubat la sangat hati yang lara tu ye...hihi!


Nasi briyani ayam masak merah - RM6.90 kalu tak silap


PapaZN order nasi briyani daging kambing - RM8.90 kot! Lupa, huhu!


Harga memang murah, tak dinafikan
Sedap memang sedap, tak dinafikan jugak
Memang rekomen kawan2 utk cuba makan kat sini
MamaZN pun nak datang lagi - nak makan Laksa Johor!
^_^

Cuma 1 jek yang tak best
Pekerja2 dia tak mesra, sombong & tinggi suara pada customer
Buat keje macam nak tak nak je
Masa MamaZN datang tu, 
Ada sorang pekerjanya kemas meja macam marah2
Sampaikan terpelanting gelas-gelas!
Memang jadi tumpuan la kan...

Lagi 1
MamaZN beratur belakang sorang makcik ni
Dia nak tapau
Makcik tu tunjuk la nak peha ayam
Pekerja dia tengok makcik tu dengan pendangan yang saaaaangat menjengkelkan!
Pastu tanya dengan suara yg tinggi
Nak mana?! Peha ke kepak?!!

Mak aih! Terkejut mendengarnya!
Tak penah lagi jumpa orang yang serve customer camtu, huhu!

Kalau penat pun, jangan la tunjuk kan yang kita ni penaaatttt sangat!
Orang yang suka datang pun taknak jejak situ dah nanti
Apa lagi la yang 1st timer macam kami ni
Reputasi dah bagus, jangan la 'cacat'kan dengan sikap macam tu
Tak baik tau! Huhu!


p/s:
Laksa Johor punya pasal, MamaZN nak dtg lagi
(sbb dah abes masa dtg kali ni)
Ku pejam kan saja mata, 'takbest' yang 1 ini, huhu!
 Terpaksa! =/


10 comments:

Anje Mamy Balqis berkata...

teruknya cara layan customer...dengan orang tua2 pun nak marah2 jugak ke?dari nak makan terus leh hilang mood gini...nad kita dah pos barang tu...maybe rabu @ khamis leh dapat....pakai regitser post...TQ

MRS. K berkata...

slalu gak makan kat sini

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

memang mengancam nengok nasik beriyani tu hehehe

eima berkata...

rasa cam penah mkn tp tah la .... ingat2 lupa ....
komplen je kat boss die ...padan muka ...

lieyalatif berkata...

lieya mmg suke makan kat sini nad...nasi beriani die terbaikkk..dari dulu lieya suke makan kat sini...dulu kat putrajaya ade cawangan die kat food court presint 9 tu...tapi dah tutup skrang....nak pi bangi nun bercinta hah heheeheheh

syawalsimpsons berkata...

sue penah jumpe org camtu..mmg kena maki la jawapannyer ngan sue..amikkk...

ALoNa CintamaniszLite berkata...

amboi..mcm ngidam aje...ngee

BoNDa.... berkata...

ganasnyer pekerja dia.....huhuhuhu

ieyda berkata...

semalam baru makan lakssa johor masa kursus..sedap jgklah...

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY berkata...

rajin nad g JJCM,
k.eija ni suka jgk sbnrnya JJCM tp asben k.eija pulak jenis x minat, dia kalau suka satu tempat tu, tempat tu je la dia bawa kita, selalunya k.eija kalau nak JJCM dengan kawan2 je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...