02 November 2012

Dapat Daging Korban TAPI.... Huhu, Sedih!

 Alhamdulillah
Elok kami sampai umah lepas balik dari kampung aritu
Malam tu ada AJK Surau datang umah
Anta daging korban
Merasa la jugak kami daging korban ni
Dalam fikiran, dah macam2 menu daging ada dalam senarai dah ni ;)


Ni gambar raya korban tahun lepas... (sbg hiasan)


Pastu kelmarin MamaZN igt nak la masak kari daging
Feveret la katakan...
So, dalam senarai menu, kari 1st
Lepas kari, daging tu nak dimasak sup, black pepper, goreng kunyit

Tapi bila bukak je plastik
MamaZN cam pelik la pulak
Apsal daging2 ni sume dah tukar kaler hitam?!
Dah takde la kaler merah2
Pastu bau nye pulak dah semacam

Tapi MamaZN teruskan jugak je masak
Dah terniat nak kol PapaZN
 Nak tanya, kenapa daging tu camtu
Tapi tak tergerak plak nak capai phone
MamaZN teruskan je memasak
Dalam hati MamaZN, Insya-Allah tak apa-apa kot daging ni

 Pastu time makan
MamaZN sembang la dengan PapaZN pasal daging korban ni
Baru la PapaZN citer
Masa dia terima daging ni dariapda AJK Surau tu
Memang dia dah terbau lain macam
Pastu dia tanya la kat AJK Surau tu, kenapa berbau macam tu
AJK Surau tu jawab
Sembelihnya dibuat pagi tadi
Tapi daging yang dah siap2 diagihkan tu 
Tak disimpan kat dalam peti sejuk
Mungkin sebab tu la daging tu bau gitu
Lebih kurang gitu la AJK tu jawab

 Pastu kami dapat pun dah dalam kul 10 malam
Maknanya, 
Daging tu dah terdedah dalam jangka masa yang lama la jugak, kan?
 Hmmmmmm....


Ni gambar raya korban tahun lepas... (sbg hiasan) 


So, sekarang ni
Daging2 tu masih berbaki lagi
Ada dok dalam peti ais tu ha
Jadiknya cemane?
Boleh dimakan lagi atau tak?
Kalau tak boleh nak dibuat cemane?
Tanam kan aje la, kan?

Sedihnya...
Sayang pulak daging2 korban tu kalau tak bleh diselamatkan dah...
Banyak tu...!


p/s:
Alhamdulillah la kami tak sakit perut masa makan kari daging tu


 

11 comments:

suhaina laui. berkata...

syg nyer...daging korban ni yg best bl masak cepat je empuknyer xmcm daging biasa kita beli kan;)

Myra Jay berkata...

Alahai sayangnya...
Takdak rezeki la tu..
Kalau rasa ragu2 better tanam daging korban tu.

Norhaizan berkata...

Bila daging tu dah berbau lain macam, maknanya dah rosak,hmm..boleh tahan lama jugak daging tu terbiar Nad. Nasib baik Nad dan suami tak ape2. Kak zan rasa elok ditanam jer daging tu.

Salina@IbuAqil berkata...

Alahai!!!
Sayang nyer nad..
Kalo bnyk lg tu..

Sue-Rya Qistina berkata...

ishhh..nasib baiklah makan tu xde pape. bahaya tau daging dok terbiar lama. maybe diorg x peka ttg tu. huhuhu

Ya ALya berkata...

sayangnyer la......

Aisyah Husaini berkata...

sayangnyer MamaZn, suke masak daging korban ni sebab rasa dia fresh n manis2..daging korban kat umah tu dah nak habis dah hu hu hu

Lily@MamaZaraZareef berkata...

Sayang juga kan diorang x simpan daging tu elok2..dah membazir dah jadinye..huhu..nway,taun ni x merasa dpt daging korbn. Slalu harapkan dpd stok mak ngan mil..tp sbb aritu dpd kampung nk gerak melaka than ke ktn plak,so tkt susahlah kan nak simpan

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Salam Nad..kenapa la dibiarkn saje daging korban tanpa simpan lam esbok.Sayangnyaaaaa...
Klu Nad takot nk mkn...kot jd lain lak,sakit perut ke,baik ditanam jer.
Tp mmg sayangggggggggggg...:(

mama_umar_maryam berkata...

samelah kite nad..makcik zt yg kt kuching tu bekalkan kitorg daging korban yg dah masak ..tapi..dah xbaper elok plak lame sgt dlm fridge..mmg nk tanam esok

ALoNa CintamaniszLite berkata...

sayangnya....

Akak pun byk betul stok daging ni. Ayah akak bawak ari tu. Dh seminggu makan ada menu daging..semalam stop kejap. itu pun mcm tak luak aje stok daging dlm peti sejuk tu, huhu.
Takpe laa..letak kat tempat sejuk beku tu leh tahan lama..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...