27 September 2012

Beriadah @ Taman Tasek Cyber, Cyberjaya

 Ni la aktiviti kami ari Ahad pagi
Berpiknik & beriadah
Bangun pagi2
Dengan Zakwan & Baby Nayli tak mandi
Terus je gi Taman Tasek Cyber ni, haha!
Tapi sempat la jugak MamaZN masakkan bubur nasi utk Baby Nayli
Untuk kitorang beli nasi lemak jek, hihi...


Kami dah sampai! :) 
Zakwan siap bawak beskal


Sebelum Zakwan pi main
Kita breakfast dulu
Zakwan dah nampak playground, mana larat nak makan dah...
Jenuh nak paksa, huhu!




Dah lepas breakfast, baru la temankan Zakwan main playground :)
Mula2, Baby Nayli tengok je Abang Zack main gelungsur
Kesian dia..
Dalam hati dia mesti dia cakap
Bila la aku dapat main gelungsur tu...


 


Sebabkan MamaZN kesian kat Baby Nayli
MamaZN bawak Baby Nayli join Abang Zack main ;)



Kelakar giler time ni... Baby Nayli tak bergerak pun! Haha!
Peha dia yang bambam tu melekat2 sbb peluh
Baby Nayli kene duduk atas pangku Abang Zack baru bleh gerak, hehe


Senyum simpul jek Baby Nayli tu walaupun Abang Zack hempap kat kaki dia ;)


Zakwan merenung jauh! Hehe...
Sedap jek tongkat dagu kat kepala adik =p


Lepas main gelungsur, layan Baby Nayli main mende alah ni pulak


Dah penat, lepak2 jap
Zakwan jek yang masih aktif bermain lagi
Panjat sana panjat sini
Seronok die explore sume mainan, hehe
Almaklum, lama dah tak datang sini


Last sekali, layan main buai
Ni mak pak yang teringin, haha!


Seronok gak layan aktiviti camni
Aktiviti tanpa mengeluarkan ongkos yang banyak
Nak2 time pegi ni 'Harimau' tak mengaum lagi kan?
Hikhikhikhik =p


12 comments:

lia berkata...

Ni mesti awai nad kat cni sbb klu kol 10 ke ats da ramai org kat plyground ni...

Norhaizan berkata...

Kadang2 beriadah di tempat free cam ni memang menyeronokkan. Tapi anak2 kak zan dah besor,tak logik le pulak nak bawak dia orang kat tempat cam ni.

eima berkata...

harimau tu maybank ke ....

hmmm comey nye nayli tu senyum gitu ... hahahah

aku tak penah pegi lagi ke sini .... nk ke enpanjang tu ke sini ....

syawalsimpsons berkata...

seronok riadah pepagi ni kan..

Noli@Ibu Wafa berkata...

hepi femeli yeyyyy...

ieyda berkata...

hepinya nayli tu...sekaliskala kuar mcmnie bestkan...layan ank2 main kt taman...
comel zakwan riba nayli atas gelungsur tu...

MRS. K berkata...

syiok playground ni beso...

JaSSNaNi berkata...

besarnya playground dia... anak2 mmg teruja kalau nampak playground kan.. kecik ke besor ke.. diorang mana kesah.. asalkan namanya playground.. ehehehehe

mamalieyna berkata...

alolo..montel betul si nayli.. itu yg nmpk seiras hakeem tu, masing2 pipi bolatt.. tp kalau jumpa betul, nayli lg mantops ni..hehe..

happy2 anak2x.. lama tak beriadah camni, asal weekend ada je halnye..huu~ this weekend boleh ajak beriadah ni..hehe~

Zura@Iwan berkata...

bw anak2 pegi main playground ni..best la dorang kan....kita plak kuar peluh sm..pagi elok arr...hikss

#Nad..thks ye add akak kt blogslist...sorry k, nnti kata akak mcm pksa plak kan..hehe...

Sue-Rya Qistina berkata...

wah..bole thn besar gak playground kt sana ye. x pernah smpi lg kt cyberjaya. anak2 saya kalau nmpk, mmg x terlayan la. hehehe

fieda berkata...

wah..budak2 seronok la dapat beriadah camni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...