13 Julai 2012

INFO | Bilakah Bayi Boleh Minum Air Putih?

Aksi2 Baby Nayli dgn satu2 nya botol susu yang dia ada ;)
Itu pun sbb nak letak air masak ;)
Bambam, bambam...
Macam2 akal dah ye sekarang ni ;)







Ni MamaZN copypaste dr sini
MamaZN nak share dengan kengkawan pulak ;)

Salam
Nak tanya, bila masa yang sesuai untuk beri anak air masak. Bagaimana pula dgn kadar kekerapannya? Dengar2, lepas setahun baru ok beri air masak. Dengar2 jugak, kalau baby dah makan 3 meals sehari (bubur), dah kene bg air masak & dengar2 jugak, kalau dah ade gigi kene minum air masak (doktor gigi bgtau) sebab nak elak gigi rosak. 
Dari pandangan pakar laktasi pula bagaimana?

Maka jawapannya adalah,
Bayi berusia di bawah enam bulan tidak memerlukan apa-apa selain susu dan sebaiknya susu ibu. Menurut para ilmuwan di John Hopkins Children’s Center di Baltimore, Amerika Syarikat :
Air yang banyak dalam badan bayi ini boleh mengakibatkan penyahtoksin atau intoxication.
Menurut Dr. Jennifer Anders, dari John Hopkins Children’s Center, ginjal bayi belum matang. 
Memberi mereka banyak air akan menyebabkan tubuh bayi mengeluarkan natrium akibat kelebihan cairan. Kehilangan natrium akan mempengaruhi aktiviti otak.
Gejala awal dari intoksikasi air adalah merengek-rengek dan tidak selesa, mengantuk, suhu tubuh rendah, edema atau bengkak disekitar wajah, dan kejang.

Bayi boleh mula diberikan air setelah ibu memperkenalkan makanan tambahan pada usia 6 bulan. Itu pun seharusnya tidak banyak.

Bagi soalan minum air masak apabila sudah ada gigi, penjagaan gigi bayi adalah serupa seperti orang dewasa malah lebih lagi kerana penjagaan mulut mereka perlu bermula sedari lahir. 
Kesihatan mulut dan gigi mereka perlu dijaga kerana ia akan mempengaruhi mereka pabila dewasa kelak.
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil bagi menjaga kebersihan dan mulut anak-anak anda.
- Bersihkan gusi mereka dengan kain kasa yang dilembapkan, 
- Jangan biarkan bayi anda tidur sambil mengisap botol 
(jika menyusu badan, anda tidak perlu risau akan perkara ini kerana sewaktu bayi tidur, tiada susu yang keluar kerana tiada hisapan), 
- Jangan tambah manisan pada makanan bayi 
- Bawalah anak anda ke pemeriksaan gigi di doktor gigi seawal 6 bulan pertama selepas gigi pertama keluar atau pada usia setahun.


7 comments:

♥cikmOt♥ berkata...

iris dah minum air masak pakai cawan...ngada betul dia skang...eksen tau...

syawalsimpsons berkata...

oooo...baru acik tahu nayli...

syawalsimpsons berkata...

oooo...baru acik tahu nayli...

ch@ berkata...

kita pun tak ingat bila kita start bg air masak pd adli. hahaaa. tapi mmg ada terbaca satu artikel, air masak baik utk org dewasa tapi tidak bayi bawah 6 bulan. start solid bolehla beri,campur ngn mamam.
** eeee dak nayli ni kannn... haih, cam lbh bsr drpd adli je nmpknya ni.

Sue-Rya Qistina berkata...

dulu, saya pun bg my bam bam minum air putih masa dia dh start makan2. skang ni, abis sebotol dia minum air putih. bagus juga air putih ni. boleh bersihkan mulut dan putih susu di lidah n lelangit tu :D

eB berkata...

betol tuh. aerish n aed start minom air pn ms dh tmbh susu botol. :)

wan nurul hezrina berkata...

betul.kalau kat klinik2 banyak ditekankan ttg fakta nie.bahaya minum air masak bawah 6 bulan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...