17 Mei 2012

Tengok SEINDAH SAKURA Sebab FAHRIN AHMAD ^_^

Sape tgk SEINDAH SAKURA?
MamaZN ngaku, MamaZN tengok ;)
Walaupun takde la suka ngan FS tapi MamaZN suka tgk dia berlakon
Lagi 1 sebab ada Fahrin Ahmad, hahha!
Suka gilak ngan Fahrin Ahmad! :)

Lagi2 bila Zakwan pun kata PapaZN cam Fahrin Ahmad
Adakah...? Dan apakah...?
Hahahahha!
Tapi budak2 tak penah menipu kan? Ngee... =p
Link

Lagi 1 drama yang diapdatasi drp novel
Pengarahnya pulak Zul Huzaimy uolss!
Suke mak! =p


Menceritakan kisah sedih menyayat hati kehidupan shakira yang terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan bersama neneknya sejak mereka ditinggalkan ibunya sejak kecil. Walaupun shakira telah ditinggalkan oleh ibunya, dia terus tabah meneruskan kehidupan daifnya bersama nenek tersayang, nek kiah.

Shakira kini bakal menduduki peperiksaan spm. Kadang kala, shakira terpaksa ponteng sekolah kerana masalah kesihatan nek kiah yang memerlukan penjagaannya. Pada masa yang sama, sekolah shakira juga menerima kemasukan cikgu bar, airil. Shakira yang selalu tidak hadir ke kelas membuatkan airil tertanya-tanya. Tapi tanpa soal selidik, airil terus mendenda shakira.

Sehinggalah pada suatu hari pak jamil pergi berjumpa dengan pengetua sekolah untuk menceritakan tentang nenek shakira dimasukkan ke hospital. Sejak itu barulah airil mengetahui punca utama shakira sering tidak hadir ke sekolah. Sejak airil cuba memberi kata-kata perangsang dan menjadi peneman shakira semasa di hospital sehinggakan mereka mula menyimpan satu rasa di dalam hati masing-masing.

Datuk malik, bapa saudara kepada airil merupakan seorang pengusaha kaya yang selalu bersedekah kepada anak yatim dan fakir miskin termasuklah shakira. datuk malik jugak melayan shakira seperti anaknya sendiri. Enam bulan telah berlalu dan shakira telah selesai menduduki spm. Satu hari tu datuk malik kelihatan resah dan punya masalah. Apabila ditanya shakira, datuk malik sebenarnya mahu melamar shakira. Shakira amat terkejut.

Apa akan terjadi seterusnya? Adakah shakira akan berkahwin dengan datuk malik demi membalas jasa lelaki yang dianggap seperti ayahnya? Ataupun shakira akan menunggu kepulangan cinta pertamanya iaitu airil? Siapa yang menjadi pilihan shakira?

Sumber sinopsis : DISINI

Sebelum ni tgk Cinta Buat Emelda
Sebab ada ahbang Fizo Omar =p
(trus 'ahbang' okeh, bluek! haha!)

9 comments:

iizza berkata...

sy tengok..:)
memang sy pn x suka fs..tapi suka sangat tengok lakonan dia..pandai bawa watak..fahrin biasa-biasa jer la..kalau fizo hari tu..memang minat sangat..

Nana berkata...

ingt x 2 mgu lepas kot ada cite cerekarama fasya ngan fahrin blakin kat paris pengarah sama zul huzaimy ntah apa2:-) cite rasa dia shoot sambil2 wat drama seindah sakura ni tu cite cerekarama tu xbesy
tp seindah skura ni best

Adlin✿Kyra♥Kyreen Moms✿ berkata...

saya x suka fasha sendat !! tp jalan citer cam best tu yg layan kekkee

Delimasari berkata...

akak pun tgk tp part cikgu Fahrin garang gila tu gerammmmmmmmm

eima berkata...

ok la aku suka jg ..jrg aku tgk drama melayu kul 7 ni melain kan meikat hati aku

Myra Jay berkata...

Myra layan gak citer ni..heheee

mama tisya berkata...

mmg tgk sbb aa fahrin..hehe

MamaYatie berkata...

suka fahrin jugak...
akak tengok citer ni sbb fahrin & sebab berlakon kat pekan,tmpt kelahiranku...hahahaa

dont like cik pasha tooo...kekeee

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY berkata...

K.eija pun layan drama seindah sakura ni..mmg sedey kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...