17 Mei 2012

Birthday Bash ZaquanZiqry | Jumpa Rakan Alam Maya ^_^

Yup!
Memang saat2 ini la yg slalu MamaZN nanti2 kan
::: Jumpa Rakan Alam Maya :::

Sebelum2 ni ada je halangan
Bday bash Ruhil (IbuImaan), Ian (Mummy Ayu),
Zareef (Lily MamaZaraZareef), Adek2 Ayu SidratulMuntaha
Sume jemputan tak dpt ditunaikan, huhu! Ampun!
Betul la kan...
Kita hanya merancang, Tuhan yang tentukan segalanya...

Kali ni
MamaZN cuba gak la nak pegi
Puas gak la pujuk2 PapaZN, hehehe...
At last, dapat gak berjumpa dgn kawan2 alam maya
Alhamdulillah ;)

Lepas je balik dari
Kenduri kawen kat Taman Warisan yang penuh sesak iteww
Kami teruskan perjalanan ke Bangi plak ;)
Jam baru kul 2.30ptg time tu
Majlis start kul 3
Memula cam riso plak sampai awal2
Tapi sebab pusing2 mencari umah
Sampai la kat tmpt dituju jam 3.30ptg, hehe

Bday Bash ZaquanZiqry
Anak2 Kak Eija@Sweetmama ^_^

Owh, antara yang terawal jugak rupenya kami ni, hehe

Ni time nak balik dah..
Sampai dah awal, balik pun awal la jugak ;)
Sempat gak la jumpe Ch@ HijauCantik
Kawan2 pun sure dapat agak kan
Cemane aksi Zakwan kalu nampak kek ini?
^_~

Ya...!!!
Zakwan buat birthday party tu cam dia punya!
Sangat la mak pak nye malu, huhu!

Dah bagi hadiah kat Zaquan
Zakwan pi amik balik sbb nak bukak sendrik
Cett!

Birthday boy nak tiup lilin
Zakwan pun nak tiup lilin jugak!
Tak pasal2 kene pasang api lilin semula
Adoi!

Rekues macam2
Nak kek bahagian mulut la..
Nak naik moto letrik Zaquan la..
Nak itu nak ini
Tensi mak jadiknye, huhu!

Ni la... Budak yg buat perangai tu! =p
Muka ngantuk... Sebab mmg time utk Zakwan tido masa tu

Ni plak time Kak Eija tolong potongkan kek ZaquanZiqry

Birthday boys with mama & papa :)

Takde geng, hehe...
Kak Eija sebuk layan tetamu
Tetibe, Ch@ plak baru sampai!
Bersama Oni & Aie nya!
Dupdapdupdap MamaZN jadiknya, haha!
Almaklum, selama ni jumpa di alam maya saja
Tak penah bersua muka ;)
Sekali dah jumpa cam dah kenal lama plak, hikhik =p

Last but not least
Terima kasih banyak2 Kak Eija
Sebab sudi jemput kami :)
Dah la rupe kami cam dah tak semenggah dah
Sebab baru balik dr kenduri yang panas dan sesak2 tu

Pastu dengan perangai Zakwan yang macam2 plak
Harap2 nya tak jemu jemput kami lagi pasni, hikhikhik =p

Bergambar dgn tuan umah ;)

Pada birthday boys
Happy Birthday Zaquan (4y) & Ziqry (1y)! :)

Masing2 tak sehat, ksian depa!


p/s:
Segan makcik, depa tegur makcik tinggi bebeno, heheheeh

11 comments:

Masya berkata...

owhhh pg bestday boboi adik beradik yer.. anank eija.. sweetnya.. mesti seronokkan jumpe kawan² blogg...

ch@ berkata...

haaa tu la, tak sompek makcik nak posing, nak borak lelama. baru je makcik letak punggong kak nad nak balik dah. hahahaaa. tapi kak nad, i tak sempat nak mengorat baby nayli u tu. dah sama besar dgn adli gamaknya. gebu kemain. eija paling rendah. wakakaka...

kak nad, kita minta izin ambil gmbr ni ek? hihiii.

Cute Mum berkata...

tak dpaat nak jumpa nayli..
:(

eima berkata...

wahhhh syok...comey la nayli pakai gitu ...sweet

cik Jue Aka Ibu Farisyah berkata...

seronoknya dapat jumpa alam mayakan..dari alam maya ke dunia sebenar

iizza berkata...

wah sudah silaturahim..

cantik kek tu..

syawalsimpsons berkata...

akhirnyer dapat G jugakkkan...

Gieyana berkata...

mmg meriah..x pernah agattend birthday party dr kengkwn alam maya..:-)

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY berkata...

Terima kasih sgt2 Nad sudi dtg,
msti la x kn jemu jemput..
lgpun x dapat nak borak2 sgt dgn nad time ni..
masig2 dok melayan kerenah anak2..hehe

yup btol tu dua2 x sihat,
tp nasib baik Ziqry behave jerk w/pun demam, abgnya yg over..hehe

Pasal Zakwan nak tiup lilin tu biasala bdk2 lg2pun mmg dpt tgk dr muka Zakwan dia pun sama teruja tgk kek Cars tu..Zakwan kan mmg lg peminat tegar CARS dr Zaquan..hehe
sweet jerk eija tgk dia & dgr dia ckp 'Saya pun nak tiup lilin'..hehehe

Mmg nad tinggi pun..

Lelord berkata...

seronoknya dpt jumpa kengkawan

Myra Jay berkata...

Best kan bila dapat jumpa rakan blogger ni kan ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...