26 Ogos 2011

::: SALAM AIDILFITRI Istimewa Buat Kawan2 Tersayang :::


25 Ogos 2011

::: Khusyuknya..... ZAKWAN! =D :::

Ni la kerenah anak2 sekarang :)
Kita dolu2 main masak2, kejar2, polis sentri
Tapi diorg skrg makin advance!
Kasik la ipad ke, galaxy tab ke, iphone ke, laptop pun jadik la
Kengkadang diorg lagi terror drp kita, huhu!

Tak yah cakap anak org lain
Anak sendrik pun cenggitu jugak
^___^




Punya la khusyuk dan tawadduk nya
Melayan pebenda ntah kat galaxy tab Aunty Wawa tu
MamaZakwan pun tak reti melayan menda alah tu
Tapi memang kalu Zakwan dapat
Dia akan senyap melayan sengsorang
Baru terasa aman
Kalu idak, kita bersembang, dia pun sebuk nak bersembang jugak
=)

Zakwan, Zakwan....

p/s :
Pinjam Aunty Wawa punya jek...
Jangan pandai2 mintak kt Papa soh beli menda tu
=P





Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

:: Berbuka dgn SIZZLING MEE Buatan Sendrik, Nyum2! ::


Kelmarin MamaZakwan 'ter' rajin sket
Teringin sesangat nak makan Sizzling Mee
Kena la rajin sket masak memasak
Nak ajak PapaZakwan gi makan kat luar
Cam ksian plak
Sebab PapaZakwan balik keje sampai umah dah kul 6
Pastu kena siap2 kluar balik
Takpe la, MamaZakwan masakkan aje ;)

* Nampak cam tak baper menyelerakan, tapi skali dah rasa........ fuhh! ;) *


Tu la berkat tengok Ketuk2 Ramadhan
Rancangan No.1 si Shiela Rusly tu, hehehe
Tu yang MamaZakwan berjaya mendapatkan resipinya

Pergghhh..!!
Memang sedap! (Hahaha, puji diri sendrik! =p)
Kalau gi kedai konfem2 kena RM5 @ lebih
Tapi kalu masak sendrik
Baper kali nak tambah pun bleh
Bezanya takde guna hot plate jek, hehe

See...! Tengok PapaZakwan pun dah tau
Cemana kesedapan Sizzling Mee MamaZakwan ni, haha!


Nak resipi tak?
Heheheheh..
Meh MamaZakwan kongsi ngan kengkawan
Sangat2 la mudah, cepat dan sedap ;)

Kuah Sizzling
1~ Panaskan minyak sket
2~ Tumiskan bawang putih (kisar), cili kering, sos tiram, kicap pekat
3~ Masukkan ayam (potong2 dadu) & air
4~ Masukkan cendawan hitam (cendawan yg biasa dlm sizzling tu..)
5~ Masukkan tepung jagung yg dah dicairkan
6~ Letak garam & gula sket

Mi Sizzling
1~ Celurkan aje mi kuning ;)


Dah siap! :)
Selamat mencuba, hehe..
(konfem dh ramai yg gantung kuali.. nak dekat raya katakan =p)


Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

:: Memperkenalkan.. AHLI BARU Kami =) ::

Opps..!
MamaZakwan blum bersalin lagi tau! ;)
Baru nak masuk 6 bulan
Ni anak buah MamaZakwan yang baru
Anak Aunty Yaya & Baba Yeop
Adik Adib Rayyan
Sepupu baru Zakwan
^__^

Namanya Nur Aeisya Humaira
Lahir 12 Jun 2011 kat Klinik Umra, Shah Alam
Berat masa lahir 3.57kg

Mama lambat perkenalkan la...
Almaklum, masa baby ni lahir
Mama tgh uweekk2 lagi, huhu!



Baby Maira & Abang Adib


MamaZakwan panggil Baby Maira
Atok, Nenek, Aunty Wawa n lain2 sume panggil Baby Aeisya
Nak tau Zakwan panggil apa?
^_^

Zakwan panggil Baby Maisya
Hehhehehe...
Gabungan Maira + Aeisya
Memandai2 jek Abang Zack ni

Dengan Baby Maira sgt la dia sayang
Harap2 nanti Abang Zack cenggini jugak kt adik sendrik ;)
Ameen.....


Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

24 Ogos 2011

Wordless Wednesday ~ Jom Buat Kuih Bersama CHEF WAN :)




* rajin tulun nenek ni, hehe *

::: Tada...!!! Ini La BUKTINYA! =D :::

Ye.... Ini la buktinya!
Yang MamaZakwan dah jumpa blogger tegar itu, hehe
Kelmarin MamaZakwan ada kasik up ini crita
http://zakwan-afif-najmi.blogspot.com/2011/08/jumpa-blogger-tegar-teruja.html

Semalam Nana pun ada wat entry pasal ni
Dan seperti biasa, sbb MamaZakwan takde gambar
MamaZakwan telah meminjam gambar tersebut
Sebagai bukti, hehehe
Nana punya entry :
http://ibudamia.blogspot.com/2011/08/jumpe-kawan2-blogger-yg-oder-kuih.html


MamaZakwan mmg tinggi
Tinggi MamaZakwan 165cm
So, pasni kalu ada sessi beramah mesra gini
Jom la kita pakat2 duduk kat memana..
Hehehehe
^__^


p/s :
serius suka jumpa2 gini, tapi ai ni pemalu bebeno!
sengih bleh la, haha!



IFTAR wif LUVLY FAMILY @ De Palma Hotel







Lepas berbuka dgn kawan2
http://zakwan-afif-najmi.blogspot.com/2011/08/iftar-geng-seratas-cyberjaya.html
Wajib la ada sessi berbuka bersama keluarga tercinta plak ;)

Sabtu dah ke Cyberjaya
So, Ahad kami berbuka di Shah Alam plak
Kat Hotel De Palma
Sorang RM50

Tahun lepas pun penah berbuka kat sini
Tu sebab tahun ni pun nak kat sini jugak
Tapi tersangat la....................... tak best!
Sebab pihak hotel gi menyempitkan keadaan dewan
Dengan tambah meja2 panjang cam kat kenduri kawen umah orang
Tahun lepas sume pakai meja bulat
So nak gerak pun senang
Kali ni......... Hemmm payah!
Tak teratur, padat, sempit!
Takpe la, janji dapat makan dgn famili tercintun! Hehe

Kalau masa buke kat Cyberjaya
MamaZakwan asek makan bihun goreng & mi goreng
Sebab takde selera makan nasi
Tapi kali ni, mmg nasi la yg MamaZakwan cari
Sebabnya?
Sebab ada sambal belacan sedap! Hahaha!!





Setiap malam ada artis yang buat persembahan
Kebetulan malam tu ada Faiz dan Salleh drp kumpulan Brothers
Pastu yang lagi menyemarakkan keadaan dewan
Ada Jay Jay!! Heehhehe...



Tu je la kot
Gambar tak banyak..
Cam biasa gambar makanan nan ado
Sebab sume sebuk nak makan, hehe
Ada kat Aunty Wawa
Aunty Wawa lambat upload..
Maleh teman nak nunggu, hheeheh...
^__^

23 Ogos 2011

IFTAR ~ Geng SERATAS @ Cyberjaya

Ni citer masa hari Sabtu
Buka pose reramai ngan geng SERATAS
Mama suka sangat2!
Sebab dah lama tak together - gether ngan member2
^__^

Tapi bape kerat la sangat yg dpt join, huhu!
Masing2 ada komitmen
Tapi takpe, walaupun sket
Lagi elok drp takde buat langsung
Alhamdulillah

Kami berbuka kat Pusat Komuniti Cyberjaya
Kat taman tasik tu
Sorang RM39
Ok la...
Tapi tak tau nape tak lalu nak makan nasi masa ni
MamaZakwan amik bihun goreng+mi goreng jek
Ala, takpe la.. Janji dpt kumpul reramai
Hehe...

Sori la, gambar makanan pun takde..
Sebuk bersembang jek, huhu!
Gambar kengkawan MamaZakwan ada la ;)


* Zakwan ni gerak la! *

* Dari Kiri : Uncle Zaim, Uncle Meor, Uncle Matdek & Uncle Loped *

* Dari kiri : Uncle Bidu, Uncle Meor, PapaZakwan & Zakwan, Uncle Loped & famili, MamaZakwan, Uncle Matdek *

* See......! Tengok perut Mama...tak nampak langsung boyotnya, haha! *





:: DIALOG Zakwan & Papa ~ Buat Mama SEBAK... ::

Thanks
Utk semua wishes kawan2 dalam entry ini
http://zakwan-afif-najmi.blogspot.com/2011/08/zakwan-bakal-dapat-adikboy-girl.html
Thanks jugak pada kawan2 yg kasik idea nama baby girl tu ;)
Jasamu dikenang la! Muah2x

Tapi ramai yg kasik start Nur utk huruf N
Memang elok, maksud pun cantek Nur - Cahaya
Tapi kalu bleh
Mama nak cari nama selain Nur tapi still start dgn N
^___^
Takpe2, lama lagi..
Banyak idea bleh kasik lagi, hehe...
Mari kita tengok siapa yang kena...! =p


Sebenarnya,
Masa kat dalam bilik doktor aritu
MamaZakwan terdengar Zakwan sembang ngan Papa
Zakwan dok kat meja doktor dengan Papa
Tengok baby dari screen tv yang disangkut kat dinding
MamaZakwan pulak of koz la tgh terbaring sbb doktor nak check
So, dapat curik2 dengar je la....

Rasa terharu, sedih, sebak dan seangkatan dengannya
Masa dengar Zakwan sembang ngan Papa tu

Zakwan : Papa, gambar apa tu?
(merujuk kt gmbr baby)
PapaZakwan : Tu gambar baby...

Zakwan : Mana Papa dengan Mama dia?
PapaZakwan : PapaMama Zakwan, PapaMama dia jugak la..

Lama Zakwan terdiam
Lepas dengar PapaZakwan cakap camtu
Tiba2..
Zakwan cakap dalam nada sedih

Papa, jom kluar.. Wawan taknak tgk baby lagi

Huhuhu...!
Sebak MamaZakwan dengar
Mungkin Zakwan terasa sedih
Bila dengar dia kongsi Papa&Mama yg sama dengan baby
Mana tak nya,
Selama 2 Tahun 9 Bulan dia sengsorang je berkepit dgn Papa&Mama



Zakwan sayang...
Mama tak penah beza2 kan antara Zakwan dgn baby
Mama tetap sayangkan Zakwan sampai bebila
Zakwan jangan la risau
Mama percaya Papa pun rasa cam Mama jugak
Sayang Zakwan!




Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

22 Ogos 2011

:: Zakwan Bakal DAPAT ADIK...Boy @ Girl? ^_^ ::

Semalam (Ahad)
Sebelum jumpa Nana a.k.a Ibu Damia
MamaZakwan, PapaZakwan & Zakwan
Pi Klinik UMRA
Kat Seksyen 13 Shah Alam tu

Memang dah 2-3 minggu MamaZakwan ternanti2 kan saat2 ini
Hehehehehe
Nape ye?
Sebab kami nak pi scan baby ;)
Excited!

Ni 1st time scan 3D/4D
So excited nya terlebih sket la
Sepanjang masa scan, baby tak berenti2 gerak
Aktif!

So, apa keputusannya? ;)
Bagi MamaZakwan mana2 jantina pun tak kesah
Apa yang penting
Baby sehat tubuh badan, cukup sifat dan selamat sumenya

Alhamdulillah
Doktor kata sume OK
Uri kat atas, air ketuban cukup, baby pun dalam keadaan sehat
Cumanya doktor cakap saiz baby kecik
Ala, doktor.. bulan pose ni tak larat nak makan byk la, hehe
Tunggu lepas raya.... Konfem! ;p


So, cemane........? Hehehe ;)
Insya Allah, kalau diizinkan Allah SWT
Zakwan a.k.a Abang Zack bakal dapat adik...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


^_______^
Tersengih lebar! :D
Alhamdulillah, bakal dapat sepasang, Insya-Allah

Masa Zakwan lahir dulu
Sebab boy, kami kasik nama
Zakwan Afif Najmi
Z-A-N ~Pangkal nama kami Zaini And Nadia

So, kalu betul dapat girl
Terbalik la pulak
N-A-Z ~Pangkal nama Nadia And Zaini
^__^


Kawan2 ada cadangan tak?
Ngeee...~

Cadangan anda amatlah dialu2kan ;)



p/s : Tak sabar, tak sabar, tak sabar ;)




Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

:: Jumpa BLOGGER TEGAR ~ T.E.R.U.J.A! ^_^ ::

Ya betul!
Memang sangat teruja! :)

Petang semalam (Ahad)
MamaZakwan & PapaZakwan pi Giant Shah Alam
Semata2 nak pi amik biskut sarang semut yang MamaZakwan order
Order kat sapa?
Sapa lagi kalu bukan blogger tegar a.k.a tokey biskut sarang semut ^_^
Nana @ ibudamia.blogspot.com


* saya cilok kejap! ^_^ *

* dah rasa dah..nyum2! :) * cilok lagik! *


Sori la Nana,
MamaZakwan sampai lambat 15minit
Pastu MamaZakwan ni tak reti nak menyembang
MamaZakwan ni penyegan orangnye, haha! ;p
Gambar pun tak de, huhu!
Nanti kalu Nana ada kasik up ini crita
MamaZakwan pinjam sat gambar ek sbg bukti, hehehe...
^___^

Nanti bebila bleh jumpa lagi ek
Tak sempat pun jumpa Damia
Tido plak dia ;)


p/s : terasa cam mimpi plak, haha! =p

p/s : teringin bebeno nak jumpa kengkawan blog yg lain ;) jejom!! =p

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

21 Ogos 2011

:: Weekend Yang Sangat BZ! ::

Lama tak jenguk blog
Terasa nak dekat2 raya ni lagi bertambah bz
Nak kemas umah,
Nak cukup kan ape yg tak cukup
Nak pasang itu, nak pasang ini

Ksian kat PapaZakwan
PapaZakwan la yg terpaksa ikut cakap isterinya ini
Huhu!
MamaZakwan nak buat sendrik, PapaZakwan tak kasik
Alasan PapaZakwan
"Nanti MamaZakwan tak pose bila dah penat.."
Terpaksa la.. Heheh

Semalam (Sabtu)
Alhamdulillah dapat berbuka dgn sahabat2 lama
Geng SERATAS
Makan buffet kat Pusat Komuniti Cyberjaya
Sorang RM39
Ok la..
MamaZakwan tak kesah sgt pun
Janji dapat berkumpul dengan kengkawan
Dapat bertukar2 citer
Walaupun yg dapat join ada la bape kerat jek
Takpe, takpe.. Janji ada drpd takde langsung

Malam ni pulak (Ahad)
Iftar bersama keluarga tersayang
Kat Hotel De Palma Shah Alam
Sorang RM55
Quite OK
Tahun lepas dah penah pegi
Tahun ni taktau cemane keadaannya
Maybe sama..

Ok la..
Jumpa lagi!
Esok MamaZakwan nak kongsi 2 citer best!
MamaZakwan excited sangat nak kongsi ni, hehe
Tunggu tau!
Daaa....







Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

17 Ogos 2011

:: Kira SHOPPING RAYA Gak La Ek, Hehehe ::

Cantek tak?
Hehehehehehe ^_^

Orang lain sebuk beli persiapan nak raya
(Baju raya, kuih raya, etc..)
MamaZakwan sebuk tempah gambar ni pulak :)
Kira shopping raya gak la ni kot, hehehe

Ni saiz Saiz 16x24 inch (Full Wrap)
Saje gatai tangan lagi nak shopping, hehe
Dah lama dah teringin nak tempah
Baru kali ni terbuka hati nak email tokey tu
Mama tempah kat Canvas Photo's
Servis pun ok, cepat pulak tu siapnya! Dalam 3 hari je kot

Lepas ni bleh la tempah lagi, hikhikhik
Pasni gambar berempat la pulak kot =)

Ok kawan2..
Kami nak balik BSP dah, yeay!
Ikut Atok & Nenek & Aunty Yaya
Hari Khamis nak gi shopping kat IKEA
Bleh la beli shelf nak letak gambar ni, hehehe ^__^


p/s :
takleh jadik ni..kene wat photoshoot, baru gmbr nampak cantek sket! =p

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

16 Ogos 2011

:: Takde Keje... Cari Keje ::



Heheehehe...
Gatai tangan namanya =P

Perasan seswatu tak?
Hehehheeh
Ticker Cuti2 Malaysia dah bertukar pada ticker preknen ^_^

Tu la namanya takde keje cari keje
;)

ok, off tu Tesco Kampar
Atok & Nenek ajak gi beli barang2 raya, yeeeha!


p/s :
Oh ye..
Thanks pada komen & doa kawan2 kat entry ini
http://zakwan-afif-najmi.blogspot.com/2011/08/papazakwan-accident.html


Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

15 Ogos 2011

::: PapaZakwan ACCIDENT! =( :::


*Persona ~ kete PapaZakwan*


Setiap yang berlaku tu pasti ada hikmah di sebaliknya kan?
Dugaan datang bertimpa2
Balik kampung sebab adik ipar MamaZakwan accident Jumaat lepas
Sekali tgk PapaZakwan pulak yang accident ptg semalam

Kami kene tinggal kat Teluk Intan
http://zakwan-afif-najmi.blogspot.com/2011/08/kena-tinggal-uwaaa.html
Last minute punya plan
PapaZakwan terpaksa bawak adik ipar dan kakak ipar & famili balik KL
Sebab kete tak muat, Papazakwan tinggalkan kami kat Teluk Intan dulu
Tapi ini pulak yang terjadik

Alhamdulillah
PapaZakwan, adik ipar dan kakak ipar & famili tak alami kecederaan teruk
Cuma masing2 masih dalam keadaan trauma lagi
Ya Allah, sedih rasanya bila tgk keadaan camni
Lagi bertambah sedih sebab ada melibatkan kematian di sebelah pihak sana
Moga segala yang berlaku menjadikan kita sama ada yang mengalami @ tidak mengalami
Lebih tabah, sabar dan redha dalam segala ketentuan Allah



p/s :
Tak leh nak citer lebih2, sebab MamaZakwan & Zakwan tak berada di tempat kejadian
PapaZakwan pun kami tak sempat jumpa lagi ni
Apa2pun, doakan kami selamat dalam segala urusan...







Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

::: Duit Raya ~ CashOut NUFFNANG ^_^ :::



Salam
Selamat Hari Isnin! :)
Mesti semalam memasing sebuk bershopping - shoppingan kan?
Huhuhu...
Bestnya!

Owh ye, MamaZakwan bersiaran dari kampung ni
Kene tinggal! =(
So, kalu nak update tak dpt la upload gambar
MamaZakwan pinjam lappy Atok je ni, huhu!

Pepagi ni MamaZakwan nak citer mende best sket la, hehe
(Pada MamaZakwan best la kot =p)
Sepanjang tak berupdate 3 bulan lepas
Rupa2nya iklan Nuffnang still berdansa jugak
Thanks la pada kengkawan yg sentiasa bagi support ;)

Kali terakhir MamaZakwan check Nuffnang aritu
Ada la RM60++
3 bulan tanpa update apa2 dpt RM60++ sapa tak gumbira, hikhik =p
Tak tahan punya pasal
MamaZakwan klik je la butang cash out, hahah!!
So skrg ni tgh tggu cek je la..
Merasa la jugak konon2nya duit raya drp Nuffnang, hehe


Ok tu je..
Stop kejap, sakit pinggang dok lelama atas krusi ni



Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

14 Ogos 2011

::: KENA TINGGAL.... Uwaaa!! :::

Salam
Selamat Hari Ahad

Boring...
Kene tinggal ngan PapaZakwan, huhu!

Ari Jumaat pas buke kami balik kampung
Walaupun takde dlm plan pun nak balik
Disebabkan kejadian yang tak diingini dah terjadik kat salah sorg ahli kluarga PapaZakwan
Terpaksa la balik jugak
Cadangnya nak balik BSP semula pas buke ari Sabtu
Tapi tak jadik, isk, isk....

Kalu idak, macam2 plan nak buat weekend ni
Nak gi Shah Alam amik gambar yg dah siap
Nak gi cari baju melayu Zakwan
Nak gi Banting beli kerepek
Nak gi makan kerang rebus yg dah lama MamaZakwan ngidam!!!!!

Akhirnya
MamaZakwan & Zakwan kene tinggal kat umah Nenek & Atok
Huhuhu...!
Papa sorang jek balik BSP
Sedih tak terkata
Tapi takpe la.. Terpaksa la berkorban sket..

MamaZakwan & Zakwan balik BSP ari Rabu
Ikut Atok & Nenek & Aunty Yaya nanti
Ala....... Lama la lagi nak jumpa PapaZakwan!!!

;(


p/s : bleh jek bebile nak makan kerang rebus tu (lepas waktu buke la..)
tapi nak buat cemana, dah ngidam nak makan ngan PapaZakwan kt Banting, huhu!


Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

11 Ogos 2011

:: Jelesnya Tgk Orang SHOPPING RAYA.... ::



Umang umang ai...
Tengah ari baru berkesempatan nak update blog
Sebuk bukak email n FB je dulu
Pastu gi jenjalan blog kawan2 lain
Pastu stop jap layan Zakwan
Baru la ni ada masa nak menaip

Sana sini ramai dah citer pasal shopping raya
Sangat jeles, huhu!
Yela, kalu shopping skrg sure lagi byk sale
Lagi banyak harga runtuh, lagi banyak pilihan

Tapi..
MamaZakwan dah shopping awal2
Shopping sebelum pose aritu lagi
Shopping ala kadar je
Mana yg bleh pakai tahun lepas punya, pakai je la..
Lagipun lagi rasa excited nak sambut baby baru banding ngan nak raya
^_____^

Nape MamaZakwan shopping awal2 sangat?
Sebabnya...
Macam dah dapat rase cam tak larat je
Kalu nak shopping time pose2, huhu!

Naseb baik btul!
Memang tak larat nak jalan siang2
Time tgh2 pose
Rase nak pitam, rase berpeluh walaupun tmpt tu ber aircond
Kalau jalan malam lepas berbuka ok sket
Tapi mana cukup masa, huhu!
Tengok je la orang lain sebuk bershopping

Shopping tu shopping jugak..
Jangan membazir tau! =p

Zakwan releks jek sbb Mama nya tak shopping sakan thn ni, huhu!



Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

10 Ogos 2011

:: JANJI Harus DITEPATI... So, MamaZakwan Nak Tunaikan Janji ::



See...!
Dah mula la ni, haha! ^__^
Baru je start menulis pg tadi setelah 3 bulan bertapa
Dah ada next entry waktu ptg =p
Kemaruk... Lama sangat tak bercerita, haha!

Pagi tadi gmbr Zakwan je enterprem
Kali ni mak pak nye pun nak enterprem sama, hehe
Nak citer pasal Cuti2 Malaysia PD ngan Sabah
Cam dah lama sangat
So, gambar2 yang ada jadik selingan je la masa bercerita
Takde la kawan2 boring ;)

Tapi yang pastinya
MamaZakwan nak tunaikan janji 3 bulan lepas
Pasal nak kuarkan result utk Pop Kuiz ~ Cuti2 Malaysia
Lama giler terperap.. Tak senonoh perangai! Huhu..
Mesti ada yang dah lupa pun
Ntah2 ada yang dah nyampah dah sbb tunggu result lama sangat
Sori ye kawan2...


So jangan risau
Kali ni MamaZakwan dah bersemangat dah ni
Dan pemenangnye pun dah ada
Walaupun markah sipi2
Tapi yang bertuah tetap bertuah ;)

Tahniah Eily & MamaTisya!

So, nanti bleh la inform kat MamaZakwan no akaun ye
MamaZakwan nak kasi duit raya pada yang menang ni
nadyaewani@gmail.com







Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

::: RINDU GILER KAT KORANG!!!!!!! :::

RINDU SANGAT2!!!!!

Kat blog ni
Lama dah tak menulis
Memang dah bersawang giler
Nak menulis balik ni pun kene pikir perah2 otak
Sebabnya otak pun dah tepu, huhu!
Sori sangat2 sebab amik masa terlalu lama utk update entry terbaru
Tak tau la kenapa, rasa cam malas jek
Walaupun dalam hati ni membuak2 rasa nak menulis, huhu!

Kat kawan2 blog
Giler lama tak dengar citer sume
Lebih 2 bulan kot!
Ada yang dah ada baby baru
Ada yang dah dpt keje baru
Aisey....
Memang rugi giler la sbb lama tak dgr citer kawan2
Tapi nak buat cemane...
Keadaan tak mengizinkan, uwaaaa...!!!!

Alhamdulillah
MamaZakwan dah sehat
Kaki yang kene air panas pun dah sembuh
Cuma terasa sengal2 sket la kengkadang tu
Dah takde alah2 lagi dah
Makan pun kemain berselera, haha!
^___^
Kandungan pun dah nak masuk 6 bulan dah
Kejap giler rasenya!!
Tapi perut tak nampak lagi, hehe
Sebab badan MamaZakwan besar kot, hehe
Tapi gerak2 baby kemain lagi aktif!
Boy @ Girl? Hehehe... MamaZakwan tak scan lagi
Surprise!
Nanti dah scan, jangan risau...
MamaZakwan akan heboh2kan punye, hehehe

Zakwan pulak makin lasak
Tapi bila dah tau nak dapat adik
Dia makin manja!!!
Sangat manja!
Letih nak layan kengkadang tu, huhu!
Dah besar dah anak bujang Mama sorang ni, hehe....

Special thanks
Pada kawan2 yang masih ingat kat MamaZakwan
Walaupun blog tak berupdate
Ada gak yang sudi datang jengah
Sangat2 menghargai kawan2 sume!
Apatah lagi pada MamiUyun, siap buat entry lagi! ;)
(Ada lagi ke yg buat entry pasal MamaZakwan, tapi Mama tak tau? Bagitau la...)
Apa2pun thanks sgt2!
Pada yang bertanya khabar masa MamaZakwan terbaring lesu dulu
Tak sangka ada gak yang sudi nak berSMS
Sangat2 terharu
Thanks jugak atas doa2 kalian
Hanya Allah SWT dapat membalas kebaikan kalian sume

Insya Allah, kalau ada masa terluang
MamaZakwan nak start tulis2 balik
Tapi takde la citer menarik sgt pun
Banyak yg tertangguh
Nak citer menda dah lama dah basi pulak, huhu!
Yang penting
Result tekateki (sblm Mama tumbang dulu)
Akan MamaZakwan settlekan cepat2
Sure ramai yang tertanya2
Maaf sangat2 tau!



Letak gambar Zakwan je la ek..
Hehe.. Mamanye malu nak enteprem! =P


p/s:
Tak sangka sangat2.. Ramai rindukan MamaZakwan jugak ;)




Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...