31 Januari 2011

:: Dalam Sedih2, Zakwan Buat Lawak! :::

Zakwan, Zakwan....
Orang tengah sedih2, dia bleh buat lawak!
Adoiyai, anak Mama sorang ni.....

Kisah [1]

Lepas kenduri tahlil malam ke-2
Kami 1 famili ambil masa la nak beramah mesra
Lama tak jumpa la katakan..


Budak2 yang baya2 Zakwan pun ramai
Tu yg Zakwan cam seronok + happy + aktif jek
Almaklum tak pernah merasa ramai kawan2 :P

Bila dah ramai2 tu
Zakwan bleh pulak buat konsert free! ^_^
Zakwan amik pebenda ntah utk dijadikan mikrofon
Pastu dia start nyanyi

Buai yaju - yaju
Sampai tutuk shena
Apa dayam baju.......


Tetibe Zakwan terdiam
Pastu dia sengih2 sengsorang
Orang lain sume dah senyap sunyi tunggu sambungan lagu tu

Nak tau apa sambungan nya?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Zakwan sambung.......

" Eh, eh.. yupa puyak... "
(Eh, eh.. lupa pulak)

Orang sekeliling sume dah pakat gelak!
Hahaha!
Hampeh jek Zakwan ni!



Kisah [2]

Satu lagi ni antara Mama dgn Zakwan jek
Yang ni baru jek terjadi semalam

Mama baca surah Yaasin utk sedekahkan pada arwah Opah
Tetibe Mama terasa cam laju jek air mata mengalir
Sebab terlalu rindukan arwah, mungkin....

Zakwan yg tengah khusyuk tgk tv
Boleh pulak datang depan Mama
Tengok je Mama baca Yaasin sambil tersedu2 tu

Tetibe ada satu menda yg Zakwan buat
Sampai Mama terasa nak tergelak dalam nanges2 tu
Nak tau apa dia...?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Zakwan pi amik kerepek pisang
Dia suakan ke mulut Mama!

Konon2nya nak pujuk Mama kasi diam...
Adeyh la, anak....
Memang penawar segala kedukaan la budak ni, huhu!







Lagi SENARAI PESERTA Giveaway....

Mama dah update senarai peserta yg join
Aku Rindu Sayang Kamu Giveaway
Sehingga 31 Januari 2011
Ada 91 orang kesemuanya
Thanks guys!

Tapi.....
Pada yang syarat2 nya tidak lengkap
Harap sangat2 dapat perbetulkan ye..

Untuk check nama peserta
BOLEH KLIK SINI

Pastikan nama kawan2 ada ya!
Tara kalu, kasi tau sama saya cepat2 juga... :)

Makluman kepada semua yang join GA Mama ni
Plz take note ya, yang Mama dah jenguk semua entry
Cuma disebabkan kekangan masa & penggunaan broadband yg terhad
Mama tak dpt nak tinggalkan jejak
Mama hanya tinggalkan jejak pada mereka2 yang
Belum lengkapkan syarat2
Harap maaf ya, kawan2~

p/s : masih ada 12 hari lagi! :)

:: Berita GEMBIRA Di Sebalik Kesedihan... ::

Sejibik cam lagu Shahir
Kebahagiaan Dalam Perpisahan
^_^

Balik2 dr kampung semalam
PapaZakwan check peti surat
Ada surat utk Mama

Bila tgk dalamnya,
Buat Mama tersenyum :)

Rupa2nya FM hadiah Syilasyira 1st Giveaway
http://syilasyira.blogspot.com/2011/01/pemenang-bertuah-itu-milik.html

Suka sangat la Mama!
Bertambah koleksi, hehe...



http://zakwan-afif-najmi.blogspot.com/2011/01/alhamdulillah-masih-ada-rezki.html

Mode : Suka, suka, suka! :)

::: Mode ~ S.E.D.I.H :::

Alhamdulillah
Selamat sampai Bandar Saujana Putra kul 6.30 ptg smlm
Bertolak dari Teluk Intan pukul 3
Hujan lebat sepanjang jalan!

Sedih sebab tak dapat join
Kenduri tahlil malam ke-3
Sedih jugak tak dpt ziarah pusara arwah Opah sebelum balik (hujan)
Insya-Allah,
Akan ziarah pusara arwah Opah setiap kali balik kampung
(Rindu.....!!!!!)

Kenduri tahlil malam pertama
Masing2 diselubungi dgn rasa teramat sedih
Sangat2 terasa kehilangan arwah Opah
(sampai skrg masih terasa)

Malam kedua,
Alhamdulillah majlis berjalan lancar
Walaupun hujan

Mama bersyukur jugak sebenarnya
Sebab kami dapat berkumpul 1 famili
Anak2, cucu2, cicit2 arwah Opah dapat berkumpul sekali
Kalu ikutkan,
Memang susah kami nak cari masa utk kumpul kan sume
Walaupun masa hari raya

** ada juga yg tak dpt join sbb ada yang exam & keje **

Insya-Allah
Kami akan terus mengeratkan tali persaudaraan
Sesama keluarga
Walaupun arwah Opah dah takde

Insya-Allah.......

Arwah Opah dalam kenangan
20-01-1931 ~ 28-01-2011
Al-Fatihah.....

http://zakwan-afif-najmi.blogspot.com/2011/01/tak-sempatsangat-terkilan.html

Gambar kenang-kenangan.....
(arwah Opah & arwah Atok serta sebahagian anak2)

29 Januari 2011

:: Sejuk Perut Mama.... ::


Hemmmm
Zakwan, Zakwan...
Sejuk mata Mama tengok Zakwan
Lagi terasa sejuk perut Mama yang ngandung kan Zakwan
Alhamdulillah...
Rajin2 lagi pasni ye..
Moga jadi anak yang soleh....



Selamat ber weekend kawan2! :)
Malam ni Mama balik Teluk Intan
Ada masa Mama update blog k! :)
Gonna miss u all!

Tak Sempat.....SANGAT TERKILAN!....

1st of all,
Thanks to Anje sbb bertanyakan khabar
Yup! Semalam sempat buat 1 entry jek sbb rushing balik kg

Mama penah citer pasal Opah Mama sblm ni
http://zakwan-afif-najmi.blogspot.com/2010/12/isk-isk-opah-cepat2-sembuh-ya.html

Hari Isnin aritu Mama baru je update pasal Opah
http://zakwan-afif-najmi.blogspot.com/2011/01/opah-tunggu-nadia-tau.html

Sepatutnya Mama balik kampung lepas Maghrib smlm
Memang sangat2 berhajat nak jumpa & jenguk Opah
Dah 2-3 hari asek teringatkan Opah

Tapi Allah sangat2 menyayangi Opah
Opah menghembuskan nafasnya yg terakhir tepat 10.35 pagi 28/01/2011
Abah Mama @ Atok Zakwan called utk bgtau tentang ni
Mama terkejut sangat2!!

Al Fatihah utk Opah
Moga Opah di tempatkan di kalangan mereka yang beriman.....

Hajat Mama tak tercapai......

Opah, Nadia rindu kan Opah............. :(
Sangat2 terkilan sebab tak dapat jumpa Opah buat kali terakhir
Tapi takpe
Nadia sempat tengok Opah dimandikan
Sempat tengok Opah dikafankan
Dan Nadia sempat cium dahi Opah
Semoga Opah tenang di sana...




28 Januari 2011

::: SENARAI PESERTA Giveaway :) :::


Salam Jumaat! :)

Arini Mama nak update nama2 peserta yg dh join
Giveaway ~ Aku Rindu Sayang Kamu
So, kawan2 yg dah join
Please check nama kalian ya!
Pada yang belum join ~ KLIK SINI EK! :)

1
EiJa ZaQuaN
2
Jieda
3
Aimi Razman
4
N@di@
5
SyUhAdA
6
amiey lee
7
puan nina
8
nana
9
Myra Jay
10
Anje @ Mama Balqis
11
ummiaqeef
12
eima
13
BIONIC WOMEN
14
Ibu Ayra
15
gewecun
16
shera haifa
17
LiSsA
18
cempakakuning
19
kak yong
20
~ MayraAzra~
21
***** azleen *****
22
MamaRifqy
23
~~@lyci@~~
24
Keluargaku Syurgaku
25
Adyshariz
26
ShAfiEYkA
27
Nur Ezzat
28
zaikulim
29
..m@m@ T0meLL..
30
Axieda'great
31
YanaNuar
32
eb ezrin2
33
Adlin a.k.a Kyra MomS
34
CuTe MuM
35
MRS K
36
Zue AnnaLeeya
37
ctnurkhijah
38
The Giveawaystuff
39
miza yusof
40
fadzillah kamarudin
41
mama eza
42
MiMi PeONy
43
bintangku
44
cyda acme
45
::anithabilchan::
46
ayuselalu
47
***** fa 10 *****
48
huda
49
taufidris
50
Mrs Asida
51
Nurul Aima Hj Kaim
52
nadratul
53
syakila
54
tiefazatie
55
Nadiah Sidek
56
nanakimie
57
ibuayahdamia
58
ajumohit
59
rosilah
60
sharifah athirah izyan
61
Mama AminAzim
62
leen
63
Nisa' Azman
64
dilazfamily
65
Miss Mucuk !
66
trasnformed housewife
67
sarah
68
LYA m@m@ ASYA
69
NuReeN
70
MahaMahu
71
Farhana
72
Imaan09
73
SuNsuRiA
74
ironmax
75
Cik Jue
76
slumberznani
77
mellow
78
Um!3 4n!$
79
eITA
80
cikpuanhady
81
vanilla ice
82
мιƨƨ ℓαℓα
83
teratai
84
hani syahida
85
mummy_ayu
86
***** kak ngah *****
87
shieydah-shidah
88
Mama Balqis
89
amyeryn
90
AshAnas
91
aeyiin
92
Ogy
93
Mama Rayyan
94
Qieranna
95
cikbedahlaser
96
aNiM
97
Nafisa81
98
AkmaFaizal
99
Misz L0vely
100
Qard91
101
inasepi
102
♥CuteMummy ♥
103
segalanyakuterima…
104
Rapunzil Özil
105
miera momo chan
106
NOOR FATIN
107
myshaizharblogcontest
108
elleyayah
109
HONEY
110
fadwa
111
Izzatul Iman
112
@e_da
113
Nu'Nu Safia
114
Mama Zharfan
115
rafolian ::::~
116
zura@zari
117
ekinashikin
118
deqlis
119
*****.izzatul.hazwani. *****
120
kehelan



Nama yang bertanda ***** , harap semak balik penyertaan ya!
Mungkin ada syarat2 yang belum kawan2 penuhi lagi
Sila KLIK Sini
So, cepat2 betulkan ye..
Untuk mengelakkan nama anda di 'disqualify' drp cabutan undi nnt
Harap maklum

If ada nama yang Mama tertinggal
Inform semula ya..! :)
Sekian terima kasih

27 Januari 2011

:: Papa Pun Menang Jugak (1st Prize) ~ Hepi Tak Terkata Dah!! :) ::


Mula2 dapat tau Zakwan Top 15
~ Mama dah hepi mepi!
Pastu tau Zakwan dpt 3rd Prize utk Happy Baby Contest
~ Mama dah hepi mepi 2x ganda!!

Ni dapat tau Papa pun menang jugak!
1st prize pulak tu utk Cake Moment Contest!!!
Mama dah happy tak terkata..!!!!!!
Syukur Alhamdulillah...! :)

Berita ni Mama dpt tau daripada
Tokey Crabstick Popia yang mabeles ~ Kak Ejan@Mamalyna
Thanks kak!
Saya tak dpt nak reply mesej kt FB tu, huhu! Sori ek!
Kenal gak akak ngan incik somi saya ye kak, hikhihkikhik... ^_^v

Walaupun hadiahnya bukan kereta
Tapi kemenangan berganda sangat2 menggembirakan Mama
Melibatkan 1 famili plak tu!
Zakwan menang, Papa pun ada menang
Mama pulak yg tolong joinkan diorang, haha!

Sangat2 menaikkan semangat utk trus join contest @ giveaway! :)
(Tapi tggu broadband OK la baru bleh marathon join! Hehe..)

:: Terima Kasih Duta Hotel Legend... :) ::

Ada sape2 penah ke sini? :)
Citer la sket kat Mama ek!


Mama teruja betul tgk gambar2 ni
Korang cam Mama tak? =P
Ke.... Cam biasa jek? Hehehe...






Mama GILER TERINGIN nak stay 1mlm pun jadik la kat
The Legend Water Chalet, PD
Selama ni berangan je la
Sebab tgk harga pun 'bleh tahan' jugak...

Tapi dengan bantuan Duta Hotel Legend
Impian Mama bakal tercapai!
Thanks dear! :)
Syukur Alhamdulillah...

Nak tau lebih lanjut, kena la tanya Duta Hotel Legend
For sure la ada Terms & Conditions apply
So, kena la plan Cuti2 Malaysia sebaik2nya :)
Thanks jugak kat PapaZakwan yg tukang membayornya, hikhikhik =p


KLIK SINI UTK KE BLOG DUTA HOTEL LEGEND
http://imaan09.blogspot.com/2011/01/dapatkan-percutian-lebih-murah.html
KLIK SINI UTK KE WEBSITE HOTEL IDAMAN MAMA :)
http://www.legendwaterchalets.com.my/


Ya Allah, moga sumenya berjalan lancar.... ^_^

:: Zakwan Menang 3rd Prize ~ Hepi 2X Ganda! :) ::


Tadi Zakwan berjaya ke peringkat Top 15
Mama dah hepi mepi...

Kali ni dapat tau dr Kak Ina Hashim
Zakwan menang 3rd Prize utk Happy Baby Contest!
Ya Allah... Mama dah happy 2x ganda! :)

Syukur Alhamdulillah
Masih ada rezki Zakwan
Mekaseh pada penganjur dan juga para juri
Sebab sudi pilih Zakwan sebagai salah seorang pemenang! :)

Tahniah pada pemenang2 yang lain jugak ye :)
Ini link Senarai Pemenang utk Happy Baby Contest

:: Jangan TERSILAP Follow, Ye..! ^_^ ::



Sila KLIK SINI utk keterangan lanjut
http://zakwanafifnajmi.blogspot.com/2011/01/jangan-tersilap-follow-ye.html

Terima Kasih

p/s : Mama dah jalan2 usya2 blog kawan2 dah malam tadi
So, petang2 sket, Mama listkan para peserta
Tunggu ya!

:: Zakwan @ Top 15 ~ Hepi Mepi! :) ::


Alhamdulillah... Rezki Zakwan! :)
Zakwan antara Top 15 utk Contest Baby Blurr
Walaupun baru Top 15
Mama dah rasa sgt2 hepi!

Thanks pada Eima yang bagitau
Congrats jugak ek Eima utk Fahim :)
Congrats jugak pada anak2 yg lain

Ini link utk Senarai Top 15 Contest Baby Blurr

Gud lux sume utk peringkat seterusnya! :)

25 Januari 2011

:: TAHNIAH Kepada................ ::

http://zakwan-afif-najmi.blogspot.com/2011/01/meh-teka2-meh-hehehehe.html
&
http://zakwan-afif-najmi.blogspot.com/2011/01/sebenarnya-mama-zakwan-bercuti2-ke.html

Merujuk pada main teka2 kat atas tu
Mekaseh pada yg sudi teka2 :)
Macam2 jawapan ada
Seronok Mama baca, hehehe...
Thanks kawan sekalian! :)

Ramai gak yg teka btul
Tapi seperti yg diberitau
Mama pilih yang tepat dan cepat la ye..

So,
TAHNIAH!
Mama AminAzim & Fadzillah Kamaruddin

Nanti antar details pada MamaZakwan ek ~ nadyaewani@gmail.com

Syok jugak main teka2 gini ek! :)
Menceriakan hati yg sedang gundah gulana ^_^

p/s : Tentang GA ~ Aku Rindu Sayang Kamu
Ada update.. Nanti Mama informkan kemudian ye!
:)

:: Opah, Tunggu Nadia Tau...! ::

Salam sume!!
Mama kembali, haha! :)
Rindu giler kat kawan2.. Tak terkata!

Malam tadi sampai umah dah pukul 10 mlm
Capek banget!
Pagi ni pulak, igtkan nak update blog
Tapi Maxis broadband yang sangat2 kusayangi ni wat hal pulak
Nyampahs!
(nyampah2 pun, guna jugak, huhu!)
Masih dlm proses pujuk PapaZakwan nak tuka streamyx!

Pastu tambah kelam kabut
Bila Atok & Nenek Zakwan terpaksa balik Teluk Intan pagi2 tadi
Sepatutnya Atok & Nenek Zakwan nak stay lagi kat sini
Sebab ada macam2 hal nak disettlekan
Tapi disebabkan yang 1 ini, terpaksa jugak balik!

Sebelum ni Mama penah citer pasal Opah Mama kan?
http://zakwan-afif-najmi.blogspot.com/2010/12/isk-isk-opah-cepat2-sembuh-ya.html
Pagi tadi Opah dimasukkan ke hospital semula
Sebab tak sedarkan diri dah..
Mama nak ikut Atok & Nenek Zakwan balik
Nak tengok Opah, tapi Atok Zakwan tak bagi
Sebab ksian kat PapaZakwan katanya...
Adui, sebak+sedih+risau sume ada

Baru jek SMS Atok Zakwan tadi
Katanya,
Opah masih belum kluar dr Wad Kecemasan lagi dr pukul 10pg
So, memang kena bersedia dari segi mental dan emosi

Kalu diikutkan, Jumaat ni kami balik kampung
Tak sabarnya nak jumpa Opah....

Opah,
Tunggu Nadia balik ek!
Tak sabar nak jumpa Opah ni!

24 Januari 2011

:: Sebenarnya Mama & Zakwan Bercuti2 Ke..... ::

Sebenarnya,
Mama & Zakwan ikut Atok, Nenek & Aunty Wawa ke.....

Negeri PAHANG (lebih tepat ~ KUANTAN)
Ada yang teka betul tak? :)

Untuk Extra Mark pulak
Jawapannya :

Sungai Terpanjang di Semenanjung Malaysia
~ Sungai Pahang (475km) ~
Gunung Tertinggi di Semenanjung Malaysia
~ Gunung Tahan (2187m) ~
Negeri Terbesar di Semenanjung Malaysia

Ada yg tepat? :P

Sape pemenang nye ye?
Tunggu esok k! :)

:: Bila Zakwan & Papa... ::




Bila Papa sebuk2 nak naik moto
Zakwan pun sebuk jugak nak ikut

Bila Papa sebuk2 baca paper
Zakwan pun suka suki dia jek menyelit nak join sekaki

Zakwan ni memang
Pantang tgk org baca paper, dia pun nak nyebuk!
Maybe sebab dia terasa keseorangan kot
Ye la, Papa & Mama khusyuk baca paper, Zakwan kene main sengsorang
Baek dia join skali, hehe!

Tapi yg tak best nye tu la..
Sekejap je Zakwan behave....
Pastu, habes senaskhah paper tu dia yg punya!

::: Gambir Sarawak ~ Pernah Dengar Tak? :::

Ke...... Ada yg penah guna? =P

Masa gi bercuti ke Kuching thn 2003
(time belajar kt UTM dulu)
Kawan2 lelaki sume sebuk nak cari Gambir Sarawak
Kami yg tak reti pape ni pelik la tgk diorg

Ada sorg member baik Mama ni
Sangat la lurus
Disebabkan ada pesanan dari kawannya
Dia selamba badak jek gi beli Gambir Sarawak ni
Banyak tau jual kat tepi2 jalan!
Pas dah beli baru dia tau apa gunanya
Dan nape bebudak laki sebuk bebeno nak membelinya, haha! :)
Malu la...!

Kawan2 tau ke apa gunanya? :)

Actually,
Gambir Sarawak ni adalah sejenis pokok kat Marudi, Sarawak
Habuk daripada kulit kayunya yg diambil
Untuk legakan @ hilangkan rasa sakit atau kebas2
Contohnya masa berkhatan, cabut gigi, tindik telinga
Ataupun kalau disengat unggas @ ikan sembilang

Yang membuatkan dia glamour di kalangan lelaki
Sebab ia melambatkan ejakulasi masa bersetubuh
^_^

Tapi sgt2 la TIDAK DIGALAKKAN tau!!
Sebab sangat dikhuatiri akan kebersihan semasa proses penghasilan
Takut tercemar dek kuman @ bahan kimia
Tak pasal2 karang boleh jejaskan tahap kesihatan si lelaki
Lagi parah! ^_^


p/s :
Mama sekadar nak berkongsi info & pengalaman
Info oleh Dr Mohd Ismail Tamby
Kenal kan? Hehehehe...



~ entry autopublish, harap maklum~

:: Kesiannya Zakwan..!! ::


Sebelum ni Mama penah bgtau
Yang Mama dlm proses nak putuskan susu ngan Zakwan
So, hasilnya??

Masih belum berhasil lagi, huhu!
Nape? Sebab Mama tak cukup kuat, uwaaa...!!!
Susah la...
Dok umah berdua jek ngan dia setiap masa 24 jam
Cemane nak elak?


Tapi takdelah 100% tak berjaya
Sebabnya kalu siang tu
Memang Zakwan tak nyusu langsung la
Kalu tido pun, Mama kena buaikan dia

Tapi bile bab tido malam yg susah sket..
Sebab peel Zakwan ni pelik sket, haha!
Suke bebeno menggentel2!! Pecah rahsia Zakwan, haha! :)

Kadang2 tu rasa ksian pun ada
Sebab kadang2 Zakwan nak nyusu
Mama cakap la, ha meh rasa...
Sebelum Zakwan nak rasa tu, Zakwan cakap

'Ma-seh Mama!! Syusyu Mama dap..! Wawan uke..!'
(Mekasih Mama!! Susu Mama sedap..! Zakwan suke..!'

Alahai, ksian sgt2!!!!!
Sebab bila dia dah betul2 rasa, trus dia taknak
Terus Zakwan cakap tak sedap!
Ye la, mana nak sedap...
Mama dah tenyeh2 dgn bawang putih @ halia!

Ada sekali tu,
Cam biasa, Mama dah siap2 sapu bawang putih @ halia
Zakwan pulak nak menyusu
Dia ngantuk sangat2 tapi takmo tido buai
Susu botol pun Zakwan taknak
Bila disua kan susu Mama,
Dia nyusu je dgn rasa2 tak sedap tu sampai tertido!!
Huhu, tersentuh rasa naluri keibuan Mama ni.. :(

23 Januari 2011

:: Mekaseh Nuffnang! :) ::

Setelah surat ku utus kan Setelah lagu ku ciptakan

Akhirnya kau dengar jugak rintihan hati ini ya..!!
Hehehehhe...
Suka, suka, suka...
Mekaseh Nuffnang!! :)


Walaupun baru 2 ketul utk 2011
Tapi ku hargai nya jua...
^_^
Psst, nanti jgn lupa tambah lagi ek! =p



** Mama masih ternanti2 2 cek dari Nuffnang ni... Adoiyai! Bila nak sampai! **

:: Anak Sakit ~ Menu Apa Yang Korang Sediakan? ::

Mama just nak kongsi info sket
Sebab ada terbaca tentang hal ini
Tak salah kot rasanya nak kongsi dgn kawan2 :)

Biasanya kalau anak2 kurang sehat
Sure diorg takde selera makan, kan
Macam Zakwan jugak la...
Kadang2 tu takmo makan langsung
Nak nyusu jek.. Tu pun kadang2 kurang

Kat sini ada info sket yg Mama nak kongsi
Cuba la sediakan kalau anak2 kita sakit
Tak rugi kot kalu kita cuba
Demi kesihatan anak2 sendrik jugak...

- kalau anak DEMAM -
* biasanya diorg tak lapar masa demam ni.. so jgn dipaksa2
* elok dibagi minum air suam yang banyak
(sbb diorg dah hilang banyak cecair dlm badan)

- kalau anak SELESEMA -
* makanan yg sesuai ~ sup ataupun dadih
* minuman pulak cam biasa air suam @ jus buah-buahan

- kalau anak MUNTAH2 -
* jgn paksa anak makan @ minum sampaila satu ketika perut anak2 ni rasa selesa
* jgn lupa bagi minum air masak utk basahkan tekak
(kasik sket dulu.. dlm beberapa jam pastu baru kasik minum lagi)
* bila dah rasa ok sket, buatkan la makanan yg lembut
(bubur nasi, sup ayam @ sup kentang & lobak merah)

- kalau anak CIRIT BIRIT -
* sediakan air larutan garam utk gantikan cecair dan garam yg hilang dlm badan
(seeloknya 1/2 @ 1 cawan setiap jam dalam tempoh 24 jam sehingga reda)
* bila rasa anak2 dah berselra baru sediakan makanan yg berkhasiat
* ELAKKAN anak2 dari meminum susu, jus epal @ makanan yg tinggi kandungan garam dan gula (at least utk sehari dua, kasi perut anak2 reda dulu...)

- kalau anak SAKIT TEKAK -
* boleh bagi makanan yg suam ~ coklat suam, sup pasta & roti putih
* boleh jugak bagi makanan yg sejuk ~ dadih, pisang lecek dgn aiskrim @ jus buah2an


-sumber : Majalah Pa&Ma Julai 2008



- entry auto publish -

:: Zakwan Top 10 ~ Suka, suka..! :)




Suka, suka..! :)
Walaupun baru Top 10
Tapi nak suka jugak! :)

Untuk contest ~ Happy Baby Contest
Zakwan berjaya menempatkan diri dalam Top 10
Untuk kategori B
Seronok! :)
Sekali dgn Aleesya, Balqis, Asha
Utk Kategori A, Mama tengok Ariff, Iqy & Aed pun ada..
Tahniah utk korang jugak!

Oopss! perjuangan belum selesai..!
Gud lux sume2! :)

p/s:
Mama perasan Zakwan jek yg baby boy kat kategori B tu..yeke?
Sori la kalu Mama silap ;)





22 Januari 2011

::: Ish, Ish, Ish.. Papa Merajuk.... :::

Merajuk awatnya pulak ni, haha!

Yang ni yang terbaru
Apa kes pulak ni, huhu! ^_^
Aritu dah gado da...
Sorang pandang barat, sorang pandang timur


Hemmmm,
Apa lagi...
Zakwan takmo kongsi kopok ROTA ngan Papa la
Dah Papa majuk..
Tapi bila takut burung merak, pandai pulak cari Papa, hehe...

Dah la Papa....
Buruk la Papa merajuk2 ni, heheh..
Ngan anak sendrik pulak tu! =P

:: Rotavirus ~ Apa Tu? ::

Hari ada singgah blog Mama Cyda
Mama Cyda ada bgtau Baby Arif demam
Pastu kena cirit birit pulak tu
Pastu entry berikutnya Mama Cyda bgtau
Baby Arif kena Rotavirus

Kebetulan Mama belek2 Majalan Pa&Ma yg lama2
Ada pulak 1 artikel citer pasal Rotavirus ni

Rotavirus ni sbnrnya jangkitan virus kepada baby2 bawah 5 thn
Dan 70% daripadanya adalah baby2 yang umur 2 thn ke bawah
Simptom2 nya :
Baby2 akan demam, muntah2 & cirit birit antara 10 - 20 kali sehari
Sangat2 bahaya! Sebab ia boleh bawak maut!!
Ye la, baby tu akan mengalami dehidrasi @ kurang air dalam badan

Rotavirus ni sangat2 la mudah utk berjangkit
Dan ia boleh hidup beberapa hari (sampai seminggu pun ada!)
Sehinggalah ia dpt perumah baru

So, kalu anak kawan2 mengalami simptom2 sepertimana yg diberitau
Cepat2 bawak pi hospital ok!

:: Meh Teka2 Meh.. Hehehehe... =) ::

Sebenarnya,
Mama & Zakwan nak gi ikut Atok, Nenek & Aunty Wawa gi jalan2
Ksian kat Papa kena tinggal, hehehe..
Tapi kejap je.. Isnin kami balik la
So, Mama dah siap2kan bahan bacaan utk kawan2 sekalian
Takde la tertinggal sepi jek 'umah' Mama ni :)

Disebabkan senang sesangat
Mama akan pilih siapa yg paling pantas dan tepat ye
(GA yg masih berlangsung tu pun tak abes due lagi, dh sebuk nak wat teka2 ni, hehe)

So, mula2 Mama kasik hint nya :

Pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi
Dalam subjek Geografi terkenal sekali
Terpanjang, tertinggi, terbesar ada di sini
Mama & famili pernah ke negeri ini

[1] Apakah nama negeri itu?
** 1 kali tekaan sahaja dibenarkan ya! :) **


Ni ada extra mark
Nak jawab boleh, taknak jawab pun takpe
Tapi kalau betul, Mama (+) hadiahnya :)

[2] Agak2nya la... apa yg terpanjang, tertinggi dan terbesar tu ye?
** 2 kali tekaan sahaja dibenarkan ya! :) **


Mama tutup teka2 ni sampai entry yg berikutnya ya..!
~ Selamat mencuba! :) ~

21 Januari 2011

::: Posing2 ~ Aktiviti WAJIB! ^_^ :::

Yup!
Memang wajib!
Kalu takde sape nak tolong amik kan gambar,
Self timer suda... Hahah! :)

Mama & Zakwan dlm bas :)
Buku tak tinggal tu.. Bila ntah nak baca, huhu!

Cak! :)



Mana Zakwan?? Zakwan mana? Hahaha..!

Lagi skali...Papa kena dok sblh Mama
Posing lain plak! =P

Zakwan jumpa Mr Snowman yg tak penah cair2, haha! :)

Zakwan tgk ape tu...? :)

Mama & Zakwan :)

Like Father Like Son :)

Gaya ape ni Papa? Haha! :)

Lepas dah jalan2 kat setiap tmpt yg dilawati
Memang kene ade aktiviti posing2 ni
Walaupun tau hasilnya tak seberapa
Tapi utk kenang2an pun dah ok, kan?
^_^

p/s : Errr... Papa, esok dah Sabtu
Kita nak pi mana ek? =P

:: Burung Merak Kejar Zakwan??!! =) ::

Ini sambungan citer kami @ Bukit Cerakah :)


Lepas kami jalan2 kat area rumah bermusim tu
Kami tunggu bas utk ke Taman Haiwan pulak
Tak lama nak tunggu
Sebab sentiasa jek ada bas nya
Kalu tunggu pun tak terasa sbb cuaca redup, hehe..
Sama ada bas penuh @ tak aje

Dah sampai kat Taman Haiwan
Kami gi sangkar burung merak dulu
Zakwan takut!!!
Sebab sampai2 jek,
Burung merak tu mmg dah aim Zakwan dr jauh
Ke mana Zakwan pegi,
Dia kejar dgn ekornye yg kembang tu!
Mama pun ikut jadi takut jugak, haha!


Sebab apa burung merak suka kat Zakwan????
Sebab Zakwan pegang keropok ROTA, hahha!!!!
Burung merak nak sket rupanya...
Tapi kami idak le bagi..
Karang tak pasal2 burung merak tu sakit ke, mati tercekik ke
Kami pulak yg susah, haha!

Lepas tu kami ke kandang rusa pulak
Ada 1 rusa tu pun sama
Memang dari jauh tgk je kami nk dtg dekat
Sangat la jinak...


Dengan rusa2 ni Zakwan tak takut pulak!
Siap nak pegang lagi, haha! :)
Zakwan, Zakwan...

Ada byk lagi binatang2 kat sini
Ada kuda padi, burung kakak tua yg pandai bercakap
Ada landak jugak, kura2, lembu besar punyaaa pun ada, haha!
Eh, macam2 la..! Heheh..
Zakwan la paling teruja tengok binatang2 ni
Bising jek mulut nya pok pek pok pek.. Hehehe..

Burung kakak tua yg pandai bagi salam :)

Kuda padi ni namanya Sheila, hehe...

Zakwan yg nak amik gambar ngan kuda batu ni
Apa tah yg dia suke, hehe...

Depan bas.. nak balik dah :)

Daaa...!! Kami berjaya menamatkan perjalanan! :)
Masa utk isi perut! :)

2 jam setengah kami jalan2 kat dlm tu
Penat memang la penat
Tapi hilang penat bila tengok anak teruja dgn suasana baru tu
Papa tak puas hati, dia kata nak dtg lagi nnt
Pasni nak sewa basikal pulak..
Jangan risau, basikal tu ada sediakan bangku kecik jugak utk budak ^_^

Alhamdulillah...
1 hari yg penuh dgn aktiviti! :)
Thanks Papa...!

:: Zakwan Dah Pegang Salji ~ Teruja! :) ::

Syukur!
Percutian sehari jek, tapi sangat BEST! :)
Cuti Am sempena Thaipusam smlm
Kami ke......
Bukit Cahaya Seri Alam (Bukit Cerakah) Shah Alam
^_^

Mama pun kalu bleh nak syorkan kawan2 bawak famili dtg sini jugak
Dengan harga yang SANGAT MURAH
Kawan2 dapat menikmati keindahan flora dan fauna
Secara tak langsung dpt la didik anak2 tentang betapa pentingnya alam sekitar
Dan yang paling best, aktiviti dapat dilakukan 1 famili
Tu yang paling penting ~ mengeratkan hubungan kekeluargaan! :)

Zakwan sgt la teruja!
Seronok kami tgk Zakwan
Sebab ni la 1st time dia dapat jalan2
Dalam suasana redup, segar & nyaman di kelilingi pokok2
:)

Harga tiket utk dewasa ~ RM3 shj! (seorg)
Harga tiket utk kanak2 (4thn-12thn) ~ RM1 shj! (seorg)
Bawah 4 thn ~ FREE!
Harga tiket utk rumah bermusim ~ sama seperti di atas
Nak sewa basikal pun boleh ~ RM5/jam pertama, RM1/jam berikutnya


Mula2 sampai, lepas dah byr tiket
Kami naik bas yg disediakan free
Singgah rumah 4 musim
Kebetulan sekarang ni tgh musim salji
Merasa la Zakwan pegang salji! :)
Seronok kemain lagi si Zakwan, hehe
(Mak pak nye pun sama, haha! =p)


KAMI! :) ~ of coz la... selftimer! :)

Motif ~ bukan nak tunjuk 'muntut' tau! Haha!!
Nak tunjuk Mama & Zakwan pakai baju yg sama, hehe.. :)

Sampai dah, yeay! :)

Tu dia... betapa teruja nya Zakwan! :)
Tak pakai baju sejuk plak tu, hehe...

Papa & Zakwan pulak! :)

Hahahaha...! Paling lawak! :)
Papa nak ajak wat aksi lompat2
Tak sempat, wakaka!!! =)

Papa! :)

Zakwan nampak playground ~ Wajib singgah!
Karang ngamuk budak tecit tu, hehe... :)


Insya Allah nnt Zakwan belajar kat oversea,
Dapat la Mama n Papa gi tgk2 Zakwan kt sana, huhu!
Main salji betul2 pulak :)
(berangan saje, takde kene bayar, hehe... =P)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...