08 Disember 2011

:: MamaZakwan SHARE | TIPS MUDAH BERSALIN ::

MamaZakwan just nak share
Apa yang MamaZakwan cari dan jumpa masa googling
Moga MamaZakwan dan kawan2 dapat amalkan demi kebaikan bersama ;)



http://petuasejagat.blogspot.com/2009/05/bagaimana-cara-melahirkan-anak-tanpa.html

1. Sewaktu kandungan anda berusia 6 bulan, mula amalkan meminum 1 sudu minyak kelapa. Minum sebanyak 3 kali dalam seminggu.

Apabila kandungan anda mencecah 9 bulan, tukar kekerapan pengambilan minyak kelapa tadi. Dos nya tetap sama iaitu 1 sudu dan minumlah setiap hari sehingga tiba hari kelahiran anak anda.

Di samping itu, janganlah anda lupa untuk selalu berdoa kepada-Nya agar segala urusan melahirkan anak berjalan lancar serta dijauhi daripada segala perkara yang tak diingini. Amin.

3. Amalan memakan bendi boleh membantu memudahkan proses bersalin.


http://dukeamienerev.blogspot.com/2007/05/tanda-tanda-bersalin-dan-petua-mudah.html

Petua Mudah Bersalin : Minum Minyak Tanak
Semasa kandungan berusia 6 bulan minum minyak tanak ( santan kelapa tua yang ditanak sehingga menjadi minyak) sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Bila kandungan mencapai 9 bulan amalkan meminum setiap hari. Kadar minyak satu sudu teh. Boleh juga membeli ubat mudah bersalin yang dijual di Homeopathy.

Petua Mudah Melahirkan Anak : Telan Telur Ayam
Supaya mudah bersalin, telanlah sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum waktu untuk melahirkan anak.

Petua Selepas Bersalin : Ubati Luka Bersalin
Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti berikut :-

  1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
  2. Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.
  3. Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
  4. Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
  5. Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.

Membanyakkan Air Susu Badan Selepas Bersalin
Jika anda mengalami masalah kekurangan air susu badan terutama selepas bersalin, amalkan petua ini:

  1. Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setaip hari.
  2. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
  3. Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari.
  4. Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam dengan nasi.

http://sayangislam.com/2009/08/02/tip-hamil-doa-agar-mudah-melahirkan-anak/

Ya Allah, Peliharalah anakku selama dia berada dalam kandunganku | Dan sembuhkanlah ia | Engkaulah Maha Penyembuh, tiada penawar melainkan penawar Engkau, penawar yang tidak lagi mengundang sebarang penyakit | Ya Allah, keluarkanlah dia dari kandunganku pada hari kelahirannya secara mudah dan selamat | Ya Allah, jadikanlah bayiku sihat, sempurna, pintar, berakal, berpengetahuan, cerdik, beriman serta soleh | Ya Allah, perelokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, merdukanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan al-Hadith dengan berkat Muhammad S.A.W




p/s:
Lagi berapa hari jek lagi nak bersalin
Baru nak kongsikan ngan kengkawan, huhu!
Apa da.... isk, isk!
Takpela...
Daripada takde langsung ye dak?
^_^

4 comments:

Nigina berkata...

thanks nad for sharing... tapi gina mmg selalu amalkan ayat ikan nun apa saja masalah atau kekadang duduk pun suka baca ayat tu... pernah dulu termimpi baca ayat tu masa tu gina pernah ditimpa malang... alhamdulillah tetiba dapat mimpi baca ayat tu... sampai skearang gina sentiasa baca ayat tu....

amiey lee berkata...

insyaAllah dipermudahkan segalanya..

doa nad bersalin 23 dec..heee besday kita :p

lia berkata...

nad, tiap kali contraction masa nak bersalin, mmg mulut dok baca doa nabi yunus t'perangkap dlm perut ikan tu.... Alhmdlh d permudahkanNYA

MamaYatie berkata...

surah maryam semetinya la kan..

doa Yunus -tu la selalu akak amalkan, time sakit nak bersalin, time susah ati, time sedih... :)

time preggy selalu bila balik kg, akak suh bidan buatkan minyak selusuh, pakai minyak tanak tu la..Alhamdulillah, mmg berkesan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...