02 Disember 2011

::: Fakta Baby Baru Lahir | Nak SHARE :::

16 FAKTA TENTANG BAYI BARU LAHIR
YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU



# Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia
6 bulan


# Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar
tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu


# Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan
bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa
bayi membesar


# Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir

# Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

# Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan

# Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur
ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan

# Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat.
Boleh membezakan bunyi-bunyian dan boleh mengenali suara ibu
serta merta semasa dilahirkan


# Deria rasa bayi masih tidak berbentuk sepenuhnya semasa lahir.
Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik

# Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit
berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit


# Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan
orang dewasa 16-20 nafas seminit

# Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan

# Mendengarkan muzik klasikal menambah kepintaran bayi

# Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari

# Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah
dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar,
gigitan serangga dan sebagainya

# Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan
tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya




Ni gmbr selingan
Zakwan Afif Najmi @ 2 months (5.4kg)


*share from FB
*



Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

6 comments:

amiey lee berkata...

huhu suka baca..mcm terbayang2 masa bersalinkan sarah n ashraf huhuhu

mamalieyna berkata...

ada pun n3..hee~

good info, baru tau..^_^

Keyphochee berkata...

info yg sangat menarik...thanx mama..

eB ezrin berkata...

dear, ms dlm nicu, eB tgk ader baby yg menangis mleleh2 air mater. tuh aper eh?

ch@ berkata...

ahaaa kita ada baca smlm si FB.
wowiii, tembamnya abg zack. hope adik dia ikut jejak.

Zue AnnaLeeya berkata...

bagus info nih nad...
akak mtk izin share yer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...