25 September 2011

Bayi 9 Bulan Maut Dalam Gumpalan Toto

Ni MamaZakwan share link dr Berita Harian
Mood ~ Sedih btul dgn berita2 camni...
(Nape slalu terjadik kt umah pengasuh jek? Umah sendrik takde plak..)

PUTRAJAYA: Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan maut selepas ditemui tergumpal dalam gebar kapas atau lebih dikenali sebagai selimut toto dalam kejadian di rumah pengasuhnya di Presint 8 di sini, kelmarin.

Dalam kejadian itu, bayi berkenaan, Nur Harisya Miasarah Haizam atau panggilan manjanya, Mia berada di bawah jagaan pengasuh selepas dihantar ibunya, Hayati Idris, 28, bersama abang mangsa yang berusia empat tahun.
Mia disahkan meninggal dunia pada jam 9.15 malam kelmarin selepas lebih 11 jam menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya, di sini.
Difahamkan, mangsa dibawa pengasuh ke ICU hospital itu kira-kira jam 10.30 pagi selepas mendapati bayi berkenaan lesu, biru dan tidak bergerak ketika ditemui bergumpal dalam selimut toto.

Hayati berkata, beliau menerima panggilan daripada pengasuh anaknya kira-kira jam 10.30 pagi yang memaklumkan Mia lemas dalam selimut toto serta dibawa ke hospital.

Pengasuh memberitahu ketika kejadian, Mia berada di ruang tamu bersama abangnya dan beberapa kanak-kanak lain, manakala pengasuh membawa seorang anaknya ke tandas.

Sebaik keluar ke ruang tamu, pengasuh melihat Mia berada di bawah selimut toto nipis dalam keadaan yang sudah tidak bermaya, lesu, sedikit biru dan tidak bernafas.
Pengasuh kemudian segera membawa Mia ke unit kecemasan hospital untuk rawatan lanjut kerana tidak tahu melakukan bantuan nafas mulut ke mulut, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Hayati berkata, anaknya berada dalam keadaan kritikal sepanjang menerima rawatan di ICU dan tidak menunjukkan sebarang reaksi positif kecuali menggerakkan jari tangan beberapa kali.

Selepas itu, Mia langsung tidak menunjukkan reaksi positif hingga saat akhir anak saya meninggalkan kami kira-kira jam 10 malam.

Saya dan suami, Haizam Sharif, 32, reda dengan pemergian Mia. Sudah ditakdirkan ajalnya sudah tiba, kita tidak boleh menghalang takdir, sebaliknya terima dengan reda dan rela hati, katanya yang mempunyai seorang lagi anak lelaki berusia enam tahun.

Hayati berkata, jenazah Mia dibawa pulang ke kampungnya di Kampung Pasir Gajah, Kampung Gajah, Perak dan sudah selamat dikebumikan pada jam 11 pagi semalam.

Berikutan kejadian itu, Hayati membuat laporan di Balai Polis Daerah (IPD) Putrajaya, bagaimanapun beliau tidak bercadang mengambil tindakan terhadap pengasuh terbabit

6 comments:

Aisy Nasiha berkata...

ni yang buat jd takut nak tggl anak di rumah orang...entah orang tu jg baik ke tidak..tapi sebabkan nak bekerja, tpaksalah juga serahkan kepada pengasuh...tawakal aje lah, kes2 yang tak baik macam ni takkan berlaku kepada anak kita dan orang-orang lain lain...dh masuk dlm tv dan surat kbr ni, arapnya yang jd pengasuh anak orang akan lebih bertanggungjawab pada anak orang yang diamanahkan padanya...

Zakiyah Zainon berkata...

Minta dijauhi kejadian macam ni. Saya pernah terfikir hal mcm ni boleh berlaku pada anak-anak, sebab tu toto ke, bantal ke, masuk dalam bilik then tutup pintu. Takut depa main then terhempap, tak kuat nak tolak toto yang besar dan berat tu....

mama rifQy berkata...

Ya ALLAH...benci dengar citer kalo melibatkan kanak2 kat umah babysitter.kesian baby yang tidak bersalah..adoiii...

MamaYatie berkata...

9 bulan kecik lagi..mana leh tinggal mcm tu ajer..nak plak kan kanak2 yg besar..huhu..

Al Fatihah tuk si kecil..

mamalieyna berkata...

Ya Allah...seramnye...terus rasa mcm nak jaga sendiri anak..huu~ camna ni Nad..huuu~

ni mgkn pengasuh jaga terlalu ramai kanak2 ni...aduuuh..seram..mintak simpang~

ummiaqeef berkata...

ish, kat putrajaya lagi.. risau betul la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...