02 Februari 2011

Kenapa Hari Valentine HARAM Disambut Oleh Orang Islam?

Tau tak kenapa kita dilarang sambut Valentine's Day tu?
Mama saje nak kongsi apa yang Mama baca
Harap kita dapat iktibar
Supaya dapat menjadi muslim dan muslimah yang diredhai
Insya-Allah....


[Asal-usul Hari Valentine]

Sejarah bermula apabila seorang Paderi Kristian (St. Valentine) yang merupakan seorang tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup mati dlm keadaan tragis kerana dibunuh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II (268-270M )

Sejak itulah tarikh 14 Februari diambil dan dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine dan sekaligus dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat Kristian


Tu sebab la kita dilarang sambut Hari Valentine ni..
Cuba pikir, kalu kita sambut, maknanya kita pun merai hari kematian Paderi Kristian


[Firman Allah SWT]

Dalam erti lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain.

Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”
(Surah Al-Kafirun ayat 1-6 )


Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.”



[Antara Sikap2 Yang Perlu Dielakkan]


1- Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.
2- Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.
3- Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.
4- Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.
5- Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.


info :
http://www.islam.gov.my/


Harap dapat menjadi iktibar dan pedoman
Info ni utk Mama jugak sebenarnya
Kalau Mama silap, harap perbetulkan ya
Tak salah kita saling tegur menegur...

3 comments:

ytekecik berkata...

betul tu
sebagai umat islam jgn la kita mengikut ajaran yang salah.. ingtlah Allah itu lebih berkuasa..
kalau pun nak berkasih sayang, tak perlulah sambut pada 14feb tu..
berkasih sayang lah setiap hari & pada yang muhrim sahaja..

[-suziey-] berkata...

tu la..budaya remaja yg suka mengikut ni..haihh

.::NiK's WiFeY n MoMmY::. berkata...

tak yah la sambut valentine.. mcm terpesong je rasa nya.. hari2 pun boleh je bercinta kasih dgn yg tersyg kan.. dah byk artikel kluar pasal vaelntine's day.. tp ade je yg terikut2 jugak! sama2 la ingat mengingati kan nad.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...