28 Februari 2011

:: Ada Ke Yang Nak Anak Jadi PENCURI?! ::

Confirm!
Sume orang akan cakap TAK NAK!


Semua orang nak yang terbaik untuk anak2
Kalau nak anak yang baik
Mak bapak pun kena la baik jugak

Ni tak,
Mak bapak sendri kasi contoh yang tak baik pada anak2
Anak2 pulak yang naik confuse
"Betul ke idak mak bapak aku buat ni..?"
"Kalau salah, kenapa diorg buat jugak..?"

Bila anak2 ikut cara mak bapak
Tau pulak diorang marah2 kan anak!

Emo kejap
Baca kes beras tumpah atas jalan raya baru2 ni
Mangsa kemalangan tak ditolong
Sume sebuk berpesta kutip beras!

Apa,
Diorang yang mengutip ni tak pikir ke
Kalu dah amik barang yang bukan hak kita tanpa mintak izin
Dah kira mencuri..?!!

Pastu nanti beras yang dikutip tu nak buat apa?
Confirm2 la jadik sajian untuk makan seisi keluarga, kan?
Takpun nak dibuat jual?
Atau dah berniat nak kongsi2 dengan jiran sebelah rumah?
Konon2 dapat beras free

Kalau yang mengutipnya tu mak @ bapak
Kasik pulak anak2 makan nasi hasil dari beras curi tu
Apa jadi..?
Kalau yang mengutipnya tu gi jual pulak beras2 tu
Hasil jualan tu dibuat belanja anak beranak
Apa jadi..?
Menjawab la korang kat 'sana' nanti

Ya Allah, pikir2 la dulu baik buruknya sebelum buat sesuatu
Ni la jadiknya kalau 'ada benda' yang dah rasuk dalam badan
HALAL HARAM ditolak ke tepi
Ingat tau... anak2 tu ibarat kain putih
Suci bersih jek
Yang mewarnakan kain tu..
Kita ni la.. Mak bapaknya sendrik

p/s :
Moga Allah melindungi kita semua sekeluarga

** entry emo pada si pengutip beras **
sama je kesnya dengan pengutip2 syiling dulu




'Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...