31 Januari 2011

:: Dalam Sedih2, Zakwan Buat Lawak! :::

Zakwan, Zakwan....
Orang tengah sedih2, dia bleh buat lawak!
Adoiyai, anak Mama sorang ni.....

Kisah [1]

Lepas kenduri tahlil malam ke-2
Kami 1 famili ambil masa la nak beramah mesra
Lama tak jumpa la katakan..


Budak2 yang baya2 Zakwan pun ramai
Tu yg Zakwan cam seronok + happy + aktif jek
Almaklum tak pernah merasa ramai kawan2 :P

Bila dah ramai2 tu
Zakwan bleh pulak buat konsert free! ^_^
Zakwan amik pebenda ntah utk dijadikan mikrofon
Pastu dia start nyanyi

Buai yaju - yaju
Sampai tutuk shena
Apa dayam baju.......


Tetibe Zakwan terdiam
Pastu dia sengih2 sengsorang
Orang lain sume dah senyap sunyi tunggu sambungan lagu tu

Nak tau apa sambungan nya?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Zakwan sambung.......

" Eh, eh.. yupa puyak... "
(Eh, eh.. lupa pulak)

Orang sekeliling sume dah pakat gelak!
Hahaha!
Hampeh jek Zakwan ni!



Kisah [2]

Satu lagi ni antara Mama dgn Zakwan jek
Yang ni baru jek terjadi semalam

Mama baca surah Yaasin utk sedekahkan pada arwah Opah
Tetibe Mama terasa cam laju jek air mata mengalir
Sebab terlalu rindukan arwah, mungkin....

Zakwan yg tengah khusyuk tgk tv
Boleh pulak datang depan Mama
Tengok je Mama baca Yaasin sambil tersedu2 tu

Tetibe ada satu menda yg Zakwan buat
Sampai Mama terasa nak tergelak dalam nanges2 tu
Nak tau apa dia...?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Zakwan pi amik kerepek pisang
Dia suakan ke mulut Mama!

Konon2nya nak pujuk Mama kasi diam...
Adeyh la, anak....
Memang penawar segala kedukaan la budak ni, huhu!







4 comments:

Adyshariz berkata...

al-fatihah tuk opah nad..

@e_da berkata...

hehehhe mama nak feeling sedih pun tak jadi kena paksa mkn kerepek pisang..lawakla zakwan...

Cik Jue berkata...

aduh..dalam sedih sempat zakuan buat lawak ye....

adda berkata...

alfatihah utk arwah opah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...