23 Januari 2011

:: Anak Sakit ~ Menu Apa Yang Korang Sediakan? ::

Mama just nak kongsi info sket
Sebab ada terbaca tentang hal ini
Tak salah kot rasanya nak kongsi dgn kawan2 :)

Biasanya kalau anak2 kurang sehat
Sure diorg takde selera makan, kan
Macam Zakwan jugak la...
Kadang2 tu takmo makan langsung
Nak nyusu jek.. Tu pun kadang2 kurang

Kat sini ada info sket yg Mama nak kongsi
Cuba la sediakan kalau anak2 kita sakit
Tak rugi kot kalu kita cuba
Demi kesihatan anak2 sendrik jugak...

- kalau anak DEMAM -
* biasanya diorg tak lapar masa demam ni.. so jgn dipaksa2
* elok dibagi minum air suam yang banyak
(sbb diorg dah hilang banyak cecair dlm badan)

- kalau anak SELESEMA -
* makanan yg sesuai ~ sup ataupun dadih
* minuman pulak cam biasa air suam @ jus buah-buahan

- kalau anak MUNTAH2 -
* jgn paksa anak makan @ minum sampaila satu ketika perut anak2 ni rasa selesa
* jgn lupa bagi minum air masak utk basahkan tekak
(kasik sket dulu.. dlm beberapa jam pastu baru kasik minum lagi)
* bila dah rasa ok sket, buatkan la makanan yg lembut
(bubur nasi, sup ayam @ sup kentang & lobak merah)

- kalau anak CIRIT BIRIT -
* sediakan air larutan garam utk gantikan cecair dan garam yg hilang dlm badan
(seeloknya 1/2 @ 1 cawan setiap jam dalam tempoh 24 jam sehingga reda)
* bila rasa anak2 dah berselra baru sediakan makanan yg berkhasiat
* ELAKKAN anak2 dari meminum susu, jus epal @ makanan yg tinggi kandungan garam dan gula (at least utk sehari dua, kasi perut anak2 reda dulu...)

- kalau anak SAKIT TEKAK -
* boleh bagi makanan yg suam ~ coklat suam, sup pasta & roti putih
* boleh jugak bagi makanan yg sejuk ~ dadih, pisang lecek dgn aiskrim @ jus buah2an


-sumber : Majalah Pa&Ma Julai 2008



- entry auto publish -

3 comments:

eima berkata...

good info...

bun_nee berkata...

best info.. thanks ye

BIONIC WOMEN berkata...

good info laaaa...
tapi kalau anak sakit tekak atau batuk, doc kata jgn bagi banyak sangat buah sebab nnti buah macam pisang atau mangga tu ada getah, lagi sakit tekak..mungkin boleh buat jusss..macam apple..
hehe..xperkan Nad tambah skit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...