29 September 2010

::: yeeehaaa...yeay!!! :::

Sangat suka!
Sangat gembira!
=D

Tu la yg Mama dpt rasa bile tgk Zakwan main
Aritu gi Giant Putra Heights
Kat sana ada playground
Mmg selalu la kami transit kt playground tu dulu
Sblm shopping dlm Giant, huhu!

Dan kenapa Zakwan bertambah gembira dan suka?
Sebab ni kali pertama
Zakwan main gelongsor tu tanpa bantuan Papa @ Mama
Sebab sblm ni sure kena pegang dia setiap masa
Kali ni dah bleh lepas kan
And Zakwan gelongsor sendrik! :)
Suka Mama tgk Zakwan, hehe...



Jajarkan ke Tengah

28 September 2010

::: santai... ;) :::

Ahad aritu,
Papa ajak gi kedai perabot kat Balakong
Papa nak belikan hadiah anniversary, hehe
(Awal giler..! lagi 3 bulan la Papa..)

Papa cakap takpe..
Rezki ada ni..
Apa dia???? Hehehehehe...
Nanti barang dah sampai Mama citer ek..Hehe
Teruja gak ni.. =p

Jalan2, pusing2 dalam kedai tu,
Zakwan jumpe la sofa comel ni
Takyah tolong angkatkan,
Dia sendrik dah pandai duduk..
Siap bersandar lagi..

Mama nak belikan utk Zakwan
Tapi Papa tak bagi, huhu!
Papa cakap mahal (RM99)
Nanti Zakwan cepat besar..

Sedih gak Mama,
Sebab tgk Zakwan cambest jek dok atas sofa tu..

cun.. ;)

::: mama tak payah tolong, biar zakwan buat sendrik, ye.. :::

Mama sempat snap gmbr2 ni
Masa Zakwan sebuk pakaikan bear kesayangannya diaper, huhu!
Sangat comel! :)

Step by step
Btul pulak tu!
Cuma Zakwan tak lekat betul2 la gam nya..

Senang la Mama
Andaikata Zakwan dapat adik nanti ;)
Sebab Mama dah ada......
Handy Manny ~ Little Helper! :)


Mula2......

Lepas tu......

Tara....!!!!! ;)
Good Job Dear..!

::: imam kecik ranggi :::

Hari ni lambat bersiaran, huhu!
Tak suka, tak suka..!
Zakwan pantang tgk Mama dok dgn lappy,
Mula la merengek2

Ni pun curi2 masa
Sbb die sebuk dok tgk Special Agent OSO, hehe..

Papa sempat snap gmbr ni
Imam kecik yg ranggi
Siap spek itam lagi
Tu yg tak tahan tu, haha!

Zakwan, Zakwan...
Skrg mmg suke la follow Papa @ Mama solat

Nak tau,
Wudhuk pun Zakwan dah pandai :)
Sgt berbesar hati..! =D
Walaupun tak ikut turutan
Tapi Zakwan tau..
Takpe, bleh diperbaiki..
Alhamdulillah... ;)

Gotcha..! =p

27 September 2010

::: perasan tak..? mama baru perasan ni, hehe.. :::

Sebelum ni asek guna Touch n Go jek..
Bile dah asek kuar masuk Bandar Saujana Putra
yang mmg sentiasa kena tol ni
Sedar tak sedar, kredit T&Go dah susut
Lupa nak top-up, hehe...

So, tadi nak balik dr Bangi
Lalu SKVE
(sgt suke lalu hiway ni..sbb cpt sket nk smpi umah, hehe)
Guna la laluan tunai
Rupa2nya dah diorg dah tak guna tiket transit dah
Ala, tiket kertas yg ada printed tarikh dan masa atasnye tu

Rupa2nya dah guna kad transit cam kt bawah ni
Ala2 smart card
Mama baru tau..
Ke dah lama diorg guna ek?
Hehe...
Saje nak kongsi citer ;)


::: zakwan dah pandai.... (part-2) :::

Ni sambungan entry tadi
Jgn jemu baca kesah2 Zakwan ye, hehe..
=p

Kalu tadi sepupu Zakwan belah Papa
Ni pulak yg belah Mama
Tapi bukan pangkat sepupu dah kot..
Dah pangkat 2 pupu! ;)
Sebab anak kepada sepupu2 Mama =p

Zakwan n Kak Qilah

Zakwan n Kak Aleeya :)
Sgt sweet!

With Kak Aleeya n Abg Danish

Tangan tak lepas, ok! :)

Ni pulak masa beraya ke rumah Kak Aleeya..
See...tgn tak lepas!
:)

::: zakwan dah pandai.... :::

BERKAWAN..!!!
:)
Suka Mama tgk Zakwan time balik kg aritu
Zakwan dah bleh main2 ngan sepupu dah..

Kalu idak...
Jgn harap!!
Asek nak berkepit ngan Mama jek!

Tapi aritu
Zakwan dah mula nak main2 ngan kakak2 sepupu nya
Yong n Yang
Diorang ni anak sedara Papa
Yong ni umur 6thn n Yang 3thn

:)
Lega.....






::: kalau la .... :::


Kete Shahir AF8 ni, kome..!
Cam tak percaya jek, huhu!

Mama cite kt Papa..
Papa ckp,
Papa pun nak join Akademi Fantasia la camni
Sebab kete Nissan Fairlady ni
Kiranya kete idaman Papa la jugak..

Apa taknya,
Baru jek kuar AF
Dah dpt beli kete dgn harga RM180K!!!!
Senang2 jek...huhu!

Tu la dia..
Tuah badan namanya tu, huhu
Rezeki masing2... ;)

::: SeMBeLiH, JaNgAn TaK SeMBeLiH..!!! =p :::

Ye...
Mama bukan asal dari kampung
Macam tagline Kumpulan Kecik Raja Lawak tu, huhu!
Mama cuba biasakan diri dgn suasana kampung pun
Sbb dah kawen ngan Papa ;)

So, just nak kongsi...
Selepas 28 tahun,
Ni la 1st time Mama tgk depan mata

~ Papa tangkap ayam kampung
(pakai kain pelekat je, senang tangkap..haha!)
~ Atok Zakwan n Papa sembelih ayam
(teruk,kan!huhu...)
~ Mama makan ayam kampung!!!
(sgt memalukan...!)

Tapi mmg betul...
Sume2 tu adalah pengalaman 1st time Mama
Tak malu betul!

Nak buat cemana..
Umah Atok n Nenek Zakwan belah Mama
Rumah Semi-D kt taman perumahan
Umah Onyang Zakwan belah Mama pun..
Rumah teres kt taman perumahan jugak
Nak tgk org bela ayam pun payah..
Apatah lagi nak tgk orang sembelih ayam dpn mata

Bertuah Zakwan
Sbb kecik2 lagi dah dpt pengalaman yg berharga camni
:)

Ayam yg berjaya ditangkap..
Menunggu masa je ni, huhu!

Zakwan rilek je tgk ayam tu kena sembelih
Sebelah tu Mbah Zakwan.. Zakwan panggil 'Mak'

Selamat dah....

5 ekor berjaya ditangkap...
Terror kn PapaZakwan, heheeh... =p

::: dh tgk ke anak dia....? :::

Assalamualaikum...
Selamat pagi Isnin!!!!! :)
Mesti penat kn weekend aritu
Memenuhi jemputan open house yg byk, huhu!
Kami pun sama..
Walaupun tak banyak,
Tp masa yg diabeskan dlm kete dgn jammed nye lagi..
Buat kami sgt2 penat, huhu!

Saje je nak tnye,
Dah tfk ke anak Ashraf Singlair dgn Bunga Citra Lestari?
Comelkan!!!!!!?????
Alhamdulillah diorg dpt baby boy..


p/s : x sbr nye nak ada baby lagi, huhu! ;)




25 September 2010

::: NaK SeRiKaN MaJLiS OpEn HoUsE AnDa??!! ::::

Hahahah..!
Jangan risau, Mama ada penyelesaiannya
Ni la die kumpulan agogo yg baru ditubuhkan
Ahli2 kumpulan sumenya terdiri drpd kaum keluarga sendrik, haha!
InsyaAllah, takde masalah punye ar!
;D

umang ai, gulap gulitanya doonia!haha! :)

penyanyi latar 1 - aunty yaya! :)

penyanyi latar 2 - aunty wawa =p

penyanyi utama ~ suara iras2 herman tino ni..jgn memain!haha!
yang pasti, ada identiti sendrik.. =p

ha, malu2 plak penyanyi bersuara paling lantang ni, hehe... ;)


psst.. nak booking utk kenduri2 open house bleh lagi ni, hikhikhik! =p

::: PaPa, ZaKwAn NaK Gi SkOLaH!!!!! :::

Tengah godek2 gmbo kt lappy ni td
Saje2 nak cari gmbo2 utk contest
Tetibe terperasan gmbo2 Zakwan ni
Ni masa Zakwan botak, hehe...

Sgt comel tgk Zakwan dgn beg kesayangannya tu, huhu!
Tak sabar nak gi skolah ye, sayang.. :)
Sampai camtu skali cara Zakwan dgn begnya, hehehe... ;-p


24 September 2010

::: PaPa LepAs GiaN..! :::

Perhatian ye...
Jangan tiru perbuatan ini
Sangat berbahaya, huhu!

Balik kampung aritu,
Papa lepaskan gian!
Sanggup tinggalkan anak bini
Sebab menatang ni, huhu!

Ksian kat Zakwan
Terkejut je semedang
Sebab bunyi nye sgt la kuat!

Papa mmg gitu,
Bile dah cukup korum
Adik beradik lakinye sume ada,
Dibantainye main menda alah ni
Main la menda lain yg lagi berfaedah.......
Hemmmm....

Tak leh nak kata apa dah..
Sbb masing2 dah beso
;(

ini la MERIAM TANAH

ni nak bagi padat kot rasanya


sedia nak letupkan...!!!

::: ghAu,GhAu BaU DiA, HeHe... ;) :::

Syok sungguh semalam, hehe..
Posmen dtg bawak perkhabaran yg sangat gumbira
Hadiah Saguhati dah selamat sampai
(Contest by Adyshariz & Salldan)
TQ Aisha & Sall!! :)

Wangi sungguh One Drop Perfume ni ;)





:-: PerHaTiAn KePaDa Yang berKeNaan... :-:

Huh, bertimbun2..!!
Sape punye ni??
Man Belon yang punya....! =D
Hahahahaha!!!

Bukan, bukan..
Bukan Man Belon yang punya..
Tapi PEMENANG2 SAGUHATI
"MAMAZAKWAN BUAT CONTEST"

Yang Punya..! :)

So, tunggu ye...
InsyaAllah, arini @ esok sampai la pd kalian
Hadiahnya tak seberapa,
Tapi sangat bermakna (bg Mama la..)
Lagi2 la lepas2 raya ni, hehe...




23 September 2010

::: MeMaLukaN OrAnG KaMPuNg Je BeBuDaK Nie!! :::

Time sebuk2 raya aritu....
Ada terbaca pasal
Kembar larikan diri dari umah?
Ala bebudak yang asal dari Kampar tu...
Huhu...
Sangat memalukan dan menyusahkan orang, kan?
Orang sebuk2 nak beraya,
Dema sebuk nak ikut boypren!
Rupa2nya dah sampai ke Penang dah diorg ni
Apa nak jadik la....

Yang lagi sakit hati dan tambah malunya tu...
Boypren tu orang kampung PapaZakwan!!!
(Papa orang Kota Setia, Teluk Intan)
Raya baru aritu,
Ada mak budak ni datang umah

Kesian mak nya..
Keje potong sawit je
Raya ke berapa ntah dah start keje semula
Yang anaknya pulak
Buat hal!
Sgt geram..!


Bebudak laki 2 org ni la org kg Papa! Huh..!


PULAU PINANG 21 Sept. – Pasangan kembar, Nurul Ain Kamarazmi dan Nurul Ashiqin, 14, bersama teman sebaya, Suhaili Abd. Razak yang dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar membeli pakaian di pekan Kampar, Perak 11 September lalu, akhirnya ditemui di sebuah rumah flat di sini hari ini.

Ketiga-tiga pelajar tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sentosa, Taman Bandar Baru, Kampar itu dikatakan bersembunyi di sebuah flat Green Garden kira-kira pada pukul 8.20 pagi.

Polis yang mendapat maklumat mengenai tiga remaja itu daripada orang awam turut menahan dua lelaki dipercayai teman kepada dua remaja perempuan terlibat, seorang dari Kampung Hujung Rintis, Kota Setia, Kampung Gajah sementara seorang lagi beralamat di Sungai Nibong, Kota Setia, Kampung Gajah.

Difahamkan, ketika serbuan, pasangan kembar dan rakan mereka sedang tidur di atas sofa di ruang tamu rumah, manakala dua lelaki terbabit sedang tidur di atas lantai di bilik hadapan kediaman itu.

Kelima-lima mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Ayer Itam untuk tindakan lanjut sebelum tiga remaja perempuan itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk menjalani pemeriksaan, manakala dua lelaki itu pula ditahan di lokap balai tersebut.

Ketua Balai Polis Ayer Itam, Cif Inspektor Mohd. Fadzli Mohd. Napiah berkata, siasatan awal mendapati, kelima-lima remaja itu menaiki bas ekspres dari Batu Gajah, Perak ke Pulau Pinang 14 September lalu.

Setibanya di negeri ini, mereka menginap di sebuah hotel di Jalan Pintal Tali selama tiga malam sebelum menumpang rumah kenalan salah seorang lelaki berkenaan di Green Garden sejak Sabtu lalu, katanya.

Beliau berkata, difahamkan, pada hari mereka dilaporkan hilang, remaja terbabit bersembunyi di sebuah ladang sawit di Perak dan tidur di sebuah rumah kosong di situ sebelum ke negeri ini.

“Siasatan sedang dijalankan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di balai polis.

Mohd. Fadzil berkata, hasil siasatan awal juga mendapati, remaja lelaki yang berusia 19 tahun itu terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan masih berada di bawah pengawasan Balai Polis Jejawi di Kampar, Perak.

Sehubungan itu, jelasnya, kedua-dua lelaki itu kini ditahan di lokap dan polis akan menjalankan ujian air kencing dan jika didapati positif mengambil dadah, mereka boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, ibu kepada Suhaili, Che Norliah Che Mat, 48, pula memberitahu, dia terkejut selepas mendapat tahu anaknya ditemui di Pulau Pinang.

“Sebagai ibu, tentu saya rasa lega dan gembira sangat kerana anak saya ditemui dan kini selamat dalam jagaan polis,” katanya.

Sumber : utusan.com

~ uNtuK MaSa DepAn YanG LeBiH CeMerLanG, GeMiLanG & TerBiLang! ;) ~

Tajuk panjang tak hengat, hehe...
Semalam baru selesai bukak akaun ASD Zakwan
Setelah tertangguh2 berapa byk kali ntah...
Ada peluang semalam, terus tak dilepaskan!

Yang SSPN dgn kad Prudential BSN Takaful tu
PapaZakwan dah buat sejak Zakwan lahir lagi..

Orang lain dah beriban-riban dah kot
Zakwan baru buat buku, huhu..!
Takpe2, Mama tekad nak masuk2kan sikit
InsyaAllah lama2 jadik byk jugak, ye x? ;)



::: HaLLu.........1 MaLaySia!! :) :::

Setelah 2 minggu tak ber update,
Blog ini sangat lah bersawangnya, haha!
Orang lain dah update ber entry2 dah, huhu..
Takpe2 ;)

Kelmarin baru balik dari kampung
2 minggu beraya kat sana :)
Seminggu pertama tanpa Papa Zakwan
Seminggu lagi beraya sakan dengan Papa Zakwan sekali ;)

Orang lain dah post gambar2 raya dah
Mama baru terkedek2 nk post gambar raya, hehehe...
Harap2nya, idak le menjemukan anda2 semua! =P


Salah tema warna da... ;)

With Atok n Nenek ;)

Aunty Wawa keseorangan (kongsi Adib sebagai teman ;p)

Aunty Yaya & Famili with Atok n Nenek

Atok n Nenek :)
*Baju sepasang yg Zakwan hadiahkan, hehe*

17 September 2010

::: Salam Lebaran ::: (sticky mode)

MamaZakwan + PapaZakwan + Zakwan
mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
& MAAF ZAHIR DAN BATIN

Jika ada sebarang tersalah kata terkasar bahasa
Sepanjang ber'BLOG' ini,
Ampun dan maaf dipinta
Dari hujung rambut hingga hujung kaki

Moga kawan2 bergembira di Syawal yg mulia ini
Hati2 di jalan raya! :)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...