31 Ogos 2010

Selamat Hari Merdeka!!

SELAMAT HARI MERDEKA!!!
~ Saya Bangga Jadi Anak Malaysia ~
YEAY..!!

30 Ogos 2010

::: mood raya sudah mari...haha! =p :::

Haha..!
Nak tergelak Mama dibuatnya dengan perangai Zakwan ni tau! :)
Sekarang ni, nak gi mana2
Tak kesah la gi Alamanda ke,
Gi makan kt kedai makan dpn tu ke,
Hatta dok kt umah je ke..
MESTI nak pakai SONGKOK!! =p

Kalau di ambik songkok nye tu,
Pandai dah merajuk sampai guling2
Adeyh....!
;)

Jajarkan ke Tengah



::: dah nak bercerai? huhu, sedihnye..isk,isk.. ;( :::

Jangkaan waktunya lagi sebulan jek, huhu!
Bila terpikir pasal ni, sure Mama rasa sayu & hiba...
Ops...!
Jgn pikir yg bukan2 ye kawan2... :)
Mama runsing sbnrnye,
Nak pilih waktu yg seswai utk BERCERAI SUSU dgn Zakwan
Jajarkan ke Tengah
4 Oktober ni Zakwan genap dah 2 tahun
So, bila dah 2 thn mmg sepatutnya la bercerai susu ngan Mama, kn?

Ada org ckp,
Kalu anak lelaki, mmg kena bercerai susu umur 2thn..
Sbb kalu diminum jugak walaupun dah lebih 2thn, susu tu dah jd kuman pd anak tu
Tapi kalu anak perempuan takpe...

Ada pulak info yg kata,
Takde istilah bercerai-berai susu ni
Anak tu sendrik akan tunjuk kn rasa tak minat dh nak nyusu
Mungkin disebabkan faktor usia yg makin membesar (malu, kot!)
Mungkin jugak minat dia dah berubah pd benda lain
Biar anak tu sendrik yg berenti menyusu
(Tapi takde la sampai umur 5-6 tahun, kot! :P)

Musykil la pulak Mama dibuatnya...

Alhamdulillah, aritu Mama ada terbaca kisah ni kt paper
Mungkin boleh dipraktikkan ;)

INFO : Harian Metro - Pakar Kanak2

Memberhentikan penyusuan badan kadang kala boleh menyebabkan perubahan besar kepada ibu dan anak. Selain kesan fizikal, anda juga akan mengalami kesan emosi. Sesetengah wanita berasa sedih kehilangan keakraban antara ibu dan anak ketika menyusukan bayi mereka.

Tetapi anda akan berasa lebih bebas kerana ada ‘pihak’ lain yang akan menyusukan bayi mereka. Jangan terkejut jika anda berasa sedih dan gembira; anak anda akan belajar untuk berdikari.

Bagaimana anda tahu adakah anak anda bersedia untuk bercerai susu? Tanda seseorang bayi sudah sedia bercerai susu biasanya datang apabila mereka mula belajar merangkak atau berjalan. Bayi yang menyusu badan akan mula menunjukkan tanda hilang minat untuk menyusu.

Bayi yang menyusu botol pula bersedia untuk bercerai susu apabila mereka mula buat perangai, tidak lagi mahu mengemam puting susu atau menyorokkan botol sebelum habis. Bayi anda akan mula menunjukkan minat untuk minum menggunakan cawan.

Bila masa terbaik untuk bercerai susu?

Tiada masa yang betul atau salah. Malah, bayi anda mungkin mengambil masa lebih lama berbanding kanak-kanak sebayanya; ia bergantung kepada kesediaan anda dan bayi untuk melalui proses ini.

Ada ibu menunggu sehingga anak mereka lebih besar kerana tidak bersedia melepaskan keakraban dengan anak ketika proses penyusuan. Sebaliknya, ada ibu mahu proses berkenaan lebih cepat kerana tanggungjawab lain.

Untuk proses ini, andalah yang perlu membuat keputusan dan menentukan masanya. Jangan cuba memberhentikan penyusuan ketika anak atau keluarga mengalami tekanan. Tekanan ini ada pelbagai bentuk, termasuklah ketika bayi tumbuh gigi, berpindah ke rumah baru atau anda mula menghantar anak ke pusat jagaan.

Apakah cara terbaik untuk bercerai susu?

Cara terbaik untuk ibu dan anak ialah dengan melakukan proses ini secara berperingkat atau perlahan-lahan. Perhatikan tanda-tanda jika anak anda sudah sedia. Apabila sampai masanya, cuba berhentikan satu langkah dalam masa lima hingga tujuh hari.

Ini akan memberikan anda dan bayi masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Jika anda menyusukan badan, bercerai susu secara perlahan-lahan akan membantu mengelakkan buah dada anda daripada menjadi terlalu 'penuh' yang boleh membuatkan ia bengkak.

Dalam tempoh ini bagaimana anda boleh memenuhi keperluan pemakanan bayi?


Berikan susu badan kepada bayi anda sekurang-kurangnya setahun atau selama mana anak mahu. Perkenalkan makanan pejal yang diperkaya dengan zat besi apabila bayi berumur enam bulan untuk melengkapkan susu badan.

Bagi bayi yang diceraikan-susu badan atau botol sebelum berumur 12 tahun, berikan susu formula yang diperkaya dengan zat besi bukannya susu lembu atau kambing. Malah, anda juga boleh memberikan susu badan (diperah) melalui botol susu atau cawan; mengikut kesesuaian.

Apa yang boleh dilakukan jika bayi tidak mahu bercerai susu?

Masalah ini memang kerap berlaku. Kadang kala si ibu mahu memberhentikan penyusuan tetapi bayi masih belum bersedia. Jika boleh, teruskan pemberian susu untuk sedikit masa lagi. Cuba tawarkan susu dalam cawan sebelum anda memberikan susu badan. Atau anda juga boleh cuba menukar puting susu.

Sesetengah bayi sukar untuk ‘berpisah’ dengan botol susu mereka. Untuk keadaan ini, jangan biarkan anak anda merangkak, berjalan atau tidur bersama botol susu mereka. Namun, penyusuan ketika tidur malam adalah saat paling sukar untuk tidak memberikan anak anda susu. Cuba gantikan waktu menyusu ini dengan tabiat baru seperti membacakan mereka buku atau melihat bintang bersama-sama.



::: owh, please...saya tak mau bergambar...! :::

Mcm artis pulak, hehe... :)
Zakwan mmg suka buat perangai!
Dah elok2 comel tu.. Bila nak amik gmbr jek,
Pejam mata la, pandang tmpt lain la..
Saje je bikin Mama panas, huhu!

Tgk la ni,
Dah elok2 bergaya spek itam kt atas kepala,
Saje la Mama nak amik gmbr tunjuk kt Papa,
Die wat hal pulak...
Hem...Zakwan,




::: ni ape citer ratah2 macam nk ratah ayam KFC jek ni? :::

Gilo ko apo ni?
Saudara kandung yg dianggap sebagai pembela, penyelamat & pembimbing,
Tapi dia pulak yg buat hal!
Sampai 5 org adik2 nya dirogol sedangkan umur si abang baru jek 18 thn!!!
Dah merogol, kes dadah pun ada jugak...!
Sakit hati betul la dgn budak2 mcm ni

Geram nya bukan main!
Ada ke patut camtu pulak jadinya?
Adik2 pulak jadi mangsa pemuas nafsu
Termasuk adiknya yg 5 TAHUN!!!!
Apa la budak tu tau sangat dlm usia muda camtu?
Huhu, Sedih, sedih...

Ada x baca kisah ni?
Buat malu je..
Dah la Melayu, sah2 la Islam!
Bapaknye pulak 2 x 5, Kaki botol!
Hemmm....
Memang mcm ketam ajar berjalan la...
Byk kali ajar jalan straight, mengiring jugak yg lagi selesa......

Moga 5 beradik perempuan tu selamat dunia akhirat........


-TAK TAHAN DI RATAH ABANG-

KOTA BHARU: Akibat tidak sanggup lagi menjadi mangsa kerakusan abang kandung yang meratah tubuh mereka, tiga beradik nekad melarikan diri dari rumah di Kampung Saador, Pantai Senok, dekat sini, petang kelmarin.

Ketika umat Islam sibuk bersiap menyediakan juadah berbuka puasa, tiga beradik terbabit yang berusia 5, 14 dan 16 tahun itu melarikan diri sebelum mencari perlindungan sementara di Masjid Kota Jembal, dekat sini.

Seorang ahli kariah masjid itu, Abdullah Harun ternampak tiga beradik terbabit termasuk seorang daripada mereka yang berpakaian seragam sekolah dalam keadaan kepenatan ketika berjalan berhampiran kawasan masjid itu kira-kira jam 8 malam.

Simpati nasib tiga beradik itu, Abdullah membawa mereka ke rumahnya untuk berbuka puasa sebelum ke rumah Penghulu Kampung Tok Ku, Mat Rani@Abdul Ghani Ibrahim, 61, dekat sini, bagi mencari jalan penyelesaian selepas mendengar kisah sedih mereka.

Tiga beradik itu memberitahu mereka lari dari rumah kerana tidak sanggup dirogol berulang kali oleh abang kandung berusia 18 tahun. Mereka kematian ibu sejak lima tahun lalu dan tinggal bersama ayah yang menagih dadah dan pemabuk. Abang yang merogol mereka turut menagih dadah.

Selepas lima jam mendapatkan perlindungan di rumah penghulu kampung itu, tiga beradik terbabit dibawa seorang anggota polis wanita ke balai polis untuk direkodkan kenyataan.

28 Ogos 2010

Dah bertudung ~ sukanya tgk diorang!! Alhamdulillah.. :)

Manis~Ayu~Sopan...
Suka sgt!
Lagi2 la bila diorg dah bertudung ni..
Nampak lagi sweet :)

Alhamdulillah...
Dah terbuka hati diorg utk berhijrah ;)
Moga menjadi pendorong pd yang lain2 jugak la harap2 nya

Jgn guna alasan takde 'job' sbb dah bertudung sudah la...
Rezeki Allah ada di mana2 ;)




Penyanyi Nora, Pelakon Safura pun dah betudung gak, kan?
Sukanya..! :)

p/s: suka sgt tgk ayu raudhah bertudung :)

::: tiap2 ari mesti ada atas meja! :) :::

Dalam bulan2 pose ni,
Makanan ni mesti ADA
Sebagai salah satu juadah nak berbuka :)
Tak tau la nape..
Bulan2 lain takde pulak terasa nk makan sampai ber'ari2' =p

Sampaikan Zakwan pun dah terkena penangan nya, hehe...
Mama makan jek, Zakwan pun sibuk nak jugak..
Tapi Zakwan pandai.. Bawang letak tepi ;)



Gmbr cilok kt google jek.. (TQ google!)
Nak amik gmbr sendrik, slalu tak sempat
Sbbnya dah 'ngap' dulu, hikhikhik... ;p

::: Mati Hidup Semula ~ Subhanallah... Maha Suci Allah :::

Itulah Kuasa Allah.....
Mama baca suratkhabar semalam
Baca tentang bayi pramatang yg mati hidup semula
Lepas dipeluk selama 2 jam oleh ibu tersayang
Ya Allah, betapa besar kebesaran Yang Esa.....

Meruntun rasa hati keibuan Mama ni
Sampai bergenang air mata, huhu
Cubalah agak apa yg ibu tu rasa, kan...?
Terkejut+Gembira+Bersyukur..... Macam2!

Berita penuh :
KOSMO ONLINE

SYDNEY - Seorang bayi lelaki pramatang yang telah disahkan meninggal dunia di Australia hidup kembali selepas dia dipeluk oleh ibunya selama dua jam, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam kejadian pada Mac lalu yang disifatkan sebagai keajaiban Tuhan, doktor-doktor memberitahu, bayi berkenaan yang diberi nama Jamie Ogg, tidak berpeluang untuk hidup setelah dia dilahirkan pada minggu ke-27 dengan berat badannya hanya 600 gram di sebuah hospital di sini.

Bagaimanapun, kembar Jamie iaitu Emily berjaya diselamatkan selepas dia diberikan bantuan pernafasan selama 20 minit.

Doktor kemudian menyerahkan Jamie yang disahkan telah meninggal dunia kepada ibunya Kate dan pasangannya David untuk penghormatan terakhir.

Sedih dan sukar menerima hakikat bahawa anaknya telah mati, Kate meletakkan Jamie di atas dadanya dan mengusap-usap anakya sambil menceritakan mengenai apa yang mereka ingin lakukan bersama jika dia dapat membesar bersama adik kembarnya, Emily.

Selepas dua jam dipeluk, tubuh Jamie kembali hangat dan dia mula menunjukkan tanda-tanda bernafas.

Kate kemudian memberikannya susu dengan menggunakan jari.

"Saya berasa sangat sedih apabila doktor memberitahu dia tidak dapat diselamatkan. Tanpa berfikir panjang saya terus memeluknya. Dia kemudian mula bernafas dan membuka mata. Sungguh ajaib," kata Kate.



26 Ogos 2010

::: mereka yg CUTE & ENSEM itu... :) :::

Terasa mcm dah nak beraya esok
Bila tgk anak2
Comel lote, cute miut ni bergaya ngan baju melayu :)

Ni senarai utk boboy pulak.. :)
Kalu ada yg terkeluar dr senarai tu
Habaq mai la na.... =p
Mana la tau kalu2 terlepas pandang, hehe...





p/s : berpinar la mata juri nak memilih nye, huhu! ;)

::: mereka yg CUTE & AYU itu... :) :::

Siapa bilang gadis Melayu tak menawan,
Tak menarik hati tiada memikat.....

Ni ha, buktinya, hehe.. ;)
Sumenye cute miut, comel lote, ayu2 gitu..

Ni peserta yg join utk
MAMAZAKWAN BUAT CONTEST! - Bergaya di Pagi Raya
Ada yg Mama tertinggal anak2 mereka?
Bgtau cepat2 ek..!

Tggu senarai peserta utk yg emsem2 pulak jap lagi..ek!
Da......!





25 Ogos 2010

::: MamaZakwan Buat C.O.N.T.E.S.T! =) :::

Uncle Penyimpan Mohor Besar pun dah umumkan yg hari ni start puasa...
Selamat Berpuasa! :)

Seperti yg dijanjikan..
Mama pun nak umumkan la jugak yg contest dah mula! :)
Yeay!
(Mama pulak yg hepi mepi ;p)

Ok,
Mama nak cari
2 org boboy yg encem & cute BERBAJU MELAYU
&
2 org gegirl yg cute & manis BERBAJU KURUNG

Kalu gmbr tu di'snap' di pagi raya, sgt la moleknya..
Tapi andaikata bukan pagi raya pun diterima jugak...
Don't worry ;)

Harap2nya, ramai la yg sudi men'join'kan diri ye, hehe! =p




Syarat2 Contest
1 - FOLLOW http://zakwan-afif-najmi.blogspot.com & http://papamamazakwan.blogspot.com
2 - COPY & PASTE BANNER (berserta link contest) di sidebar dan entry
3 - BUAT Tajuk Entry : 'MAMAZAKWAN BUAT CONTEST!'
(Tajuk ini sahaja, ye :p)
4 - UPLOAD 1 gambar anak sendiri yg bergaya dengan
BAJU MELAYU (Boy) & BAJU KURUNG (Girl)

(Umur : 6 Bulan ~ 4 Tahun)
5 - Sertakan Nama / Tarikh Lahir anak
6 - TINGGALKAN Entry Contest di entry ini
7 - Tarikh tutup : 25 OGOS 2010 (10 Malam)

Hadiahnya :
Duit Raya! =)
Takde la byk..
Mama ni pun bukan nye berkerjaya profesional pun nk bg byk2, huhu..! ;)

Keputusan :
30 OGOS 2010 (Malam Merdeka, Insya-Allah...)

::: SENARAI PESERTA CONTEST :) :::

'MAMAZAKWAN BUAT CONTEST' - Bergaya di Pagi Raya
Dah nak sampai ke penghujung dah ni
Tinggal lagi 3 hari jek lagi
25 OGOS 2010 Jam 10 Malam contest ni tutup la..

So, sape yg bercadang nak join tu, moh le.. :)
Hadiah nye idak le best sangat pun.. Hehe..
Tapi syok tau, tambah ramai kawan! :)
Lagi2 bulan pose ni ha...
Moga diberi keberkatan... =p

Sebelum terlupa,
Mama nak umumkan hadiahnya semula la ye..
Mana la tau kalu2 ada yg terlepas pandang

Hadiah2nya ialah :

Pemenang Pertama : Duit Raya RM35
Pemenang Kedua : Duit Raya RM20
Pemenang Ketiga : RM15

(Untuk kategori boboy & gegurl.. So, ada 6 pemenang la, total sume skali)

OK, ni list terbaru..
Tolong check nama masing2 ye..
Kalu takde, komen kt entry ni tau! :)
Sorry sgt2 pada yg Mama tak sempat nak inform yg Mama dah terjah..
Tapi jgn risau, I-Allah, Mama dah jengah dah sume2nye, hehe..
Tu la, kalu takde tu..bgtau cepat2 ek! :)

ahmad afif hakim
nur damia batrisyia
muhamad adib fahim
adam khalish
ruhil imaan
muhammad arif haidar
nurin qasrina
dhiya khairina
imran hazim
nur dania allysa
muhammad ukail zhafran
muhammad adrian zikri
iris nur delisha
ellesya afreena
hadif adam
muhammad rizki
nurul damia amnan
adief syarir
nor eryna raisya
muhammad rayyan syahmie
hadwan huwaidi
puteri eryna khairunnisa
hadif syahmi
muhammad danish mikhail
kyra adriana
uwais amzar
muhammad khair zaquan
airis mia darwisyah
nik rifdhi baihaqy
nik nurfadlin ardhini
isa ibrisam
adam zikry
ahmad ariff shah
khairin zahin
airel zafri
muhammad haziq irsyad
muhammad adli zakwan
muhammad zaquan syafiq
damia nurin balqis
nur hanisah
mohammad amirul hisham
dalia amana
nur aleeya
nur anesya qistina
muhammad ziqri raziq
nur mikhail daniel
Nur Ismahani Alya
Damia Ayyunie
Damia Aleesya
Muhammad Emir Rasyid
Muhammad Aqil Naim
Nur Alya Afiqah
Ahmad Iman Bukhari
Nureen Nafeesa
Afiqah Umairah
Muhammad Rafiz Naufal
Muhammad Hadif Khumaini
Muhammad Erfan Ismail
Nur Atikah Maisarah
Muhammad Hadif Imran
Putri Irdina Qaisara
Nur Fasya Afrina
Nur Amirah Farhanah

::: 1 minit dari sekarang............. :::

Berakhir la
'MAMAZAKWAN BUAT CONTEST! - Bergaya Di Pagi Raya'
Esok Mama senaraikan mereka2 yg cute+ensem+ayu itu, ya!
Jgn lupa.....!

*kalu takde dlm senarai nanti... habaq mai awai2 na....*

THANKS SEMUA YANG MENJOINKAN DIRI! :)

::: zakwan rasa, besar nanti zakwan nak jadi.....:::

Zakwan :
Mama, mama...
Zakwan rasa, besar nnt Zakwan nak jadi org yg 'tit-tit' gmbr la..

Mama :
'Tit-tit' gmbr? OOo... Tukang amik gmbr? Zakwan pandai ke?



Zakwan :
Mesti la pandai.. Zakwan dah ada portfolio...
(ceh, kemain lagi..kecik2 dh ada portfolio, haha!)

Mama :
Meh Mama nak tengok....

Zakwan :
Nah... Aunty2 pun bleh tgk sama... Cantek..!!!! =)


tajuk gambar : MICKEY & MINNIE

tajuk gambar : MISTERI....

Zakwan :
Yang terkahir ni special sket...

Mama :
Kenapa..?!

Zakwan :
Sebab Zakwan dedikasikan khas utk Papa.... ;)

Nak tengok tak?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

tajuk gambar : PAPA KU SEORANG FOTOGENIK! :)

Adeyh, tergelak Mama sengsorang, haha!
Ni la keje Zakwan kalu dpt kamera
Pantang leka sket,
Ada je yg nak diabadikan sebagai kenangan

Walaupun kengkadang, jarinya aje yg nampak kt dlm gmbr tu
(sebab tutup lens, =p)

::: dulu lain, sekarang lain... =p :::

(Baca ikut nada lagu Tan Sri S.M Salim ye.. =p)

Dulu lain, sekarang lain...
Dahulu panjang, sekarang dah pendek
Dulu lain, sekarang dah lain...

rambut korea-jepun zakwan dah selamat dipotong dah..huhu!

Dulu lain, sekarang lain...
Dahulu senyap, sekarang dah bising
Dulu lain, sekarang dah lain...

dulu sopan jek bila kena potong rambut
sekarang ni meraung macam nak kena tinggal!
Uncle tu pun dah cam fed-up dah
kejap Papa pegang, kejap beralih kat Mama pulak..




rambut ala korea zakwan, hehe..


papa sedih rambut zakwan nk dipotong...

saat-saat terakhir bila nak sampai turn zakwan ;p

rambut raya zakwan ;)

**pusar kt depan..tetap me'maintain'kan jambul, haha!**

::: zakwan dpt hadiah :) :::

Pon-pon, Pin-pin, Pon-pin-pon!
Tah sape la pulak ber'pin-pin, pon-pon'
Dah la Mama tgh sebuk memasak utk berbuka
Tangan penuh kunyit sbb menggaul ikan nk digoreng
Zakwan pulak terus terjaga dr tido sbb terkejut

Cepat2 kluar,
Rupa2nya Uncle Posmen
Pikir2, sape pulak yg bg bungkusan ni
Rupa2nya Aunty Bengelina-Mama Alya :)
Hehe..
Hadiah sbb menang My Daddy Super Cool Contest tu rupanya


Gmbr kemenangan - 'merempit ke playground!' ;p

utk kontes ini...

muka blur2 jek.. tp tgn menggodek2 nak bukak bungkusan ;)

tanda2 masih mamai =p

jeng, jeng, jeng.....

hik,hik,hik... =p

tara.....! voleh wat tambah koleksi baju raya zakwan ;)

TQ Aunty Alina n family! :)

::: sana sini citer sembelih... mcm nak raya korban pulak ;( :::

Lebih kurang 2 mggu lagi nak raya
Hari kebesaran yg disambut gembira oleh semua
Especially budak2 la kan..
Sape tak happy bila nak raya, huhu!

Tapi sedih sgt2 bila time2 nak raya ni
Citer sembelih sana, sembelih sini pulak yg kita dgr & baca
Bila 1 kes kluar, ada je yg menyusul lepas tu..
Macam musim pulak
Beberapa mggu lepas, kes buang bayi jek..
Kali ni kes sembelih2 jek

Tp yg tak sedap di dengar tu,
Sembelih anak bini sendrik tu...!
Kalu sembelih lembu ke, takde la kesah sgt pun kn?

Rasa2 nya mula2 kes kat Teluk Intan
(kampung halamanku, wa...!!!)
Bapak sembelih isterinya masa nak sahur

Lepas tu berlarutan pulak
Kat Kangar, mak sembelih anak
Malam tadi kt berita,
Anak disembelih bapak kt Kota Bharu

Kejam+Sedih+Ngeri+Kesian
Sume ada..
:(




24 Ogos 2010

::: 30 jam lagi ;) :::

Ada lebih kurang 30 jam lagi..!!!!
Nampak mcm lama jek lagi sbb angka 30 tu, hehe..
Masih sempat kpd yang masih ber pk2 nak join ;)
Lepas 30 jam ni, contest ni pun tutup lah ye..

Kepada yg dah join, Mama sgt2 berterima kasih
Dan menghargai masa yang dah diluangkan utk wat entry utk contest ni, huhu!

Apa2 pun,
Bagi Mama semua yg dah join ni, sumenya pemenang ;)
Sumenya cute2, sumenya ayu2, sumenya ensem2 =p

Kalah menang tu adat lah ye..
Riso jugak kalu ada yg tak berpuas hati, hehe..
Bak kata org, keputusan juri adalah muktamad ;)

Tapi Mama masih berpk2 ni,
Cemane cara yg paling senang Mama nak bg hadiah ni?
Mama ter pk nak bank in kn terus ke akaun..

Tapi berdasarkan pengalaman Mama yg berbisnes scr online ni,
Ada jugak segelintir yg susah nak bg no akaun diorg
Jangan risau, Mama tak simpan no akaun anda ;)

Atau ada cara lain yg lebih anda suka?
Bgtau la ye..
Mama nak mudahkan & senangkan kedua2 belah pihak ;)


::: together~gather with happy family! :::

Alhamdulillah, Sabtu lepas Mama & famili berpeluang berbuka sama2 :)
Sangat seronok!
Balik kampung aritu pun, tak dpt nak buka sama2 camni, huhu! ;p
Kali ni sume ada... Tapi kesian kt Atok & Nenek yg terpaksa travel ke KL dr Tlk Intan :(
Jajarkan ke Tengah
Aunty Yaya yg suggestkan utk buka posa ni
Kami makan kt Hotel De Palma Shah Alam
1 kepala RM45!
Bagi org yang tak pernah buka posa kt hotel cam Mama ni,
Terasa jugak la mahalnye, huhu!
Tapi sangat berbaloi...
Bukan sbb makanan nya..
Sebab moment utk bersama famili itu sangat berharga... ;)

Model cilik ;)

K.A.M.I ~ Babah Yeop takde, sbb jd photographer, huhu!

Zakwan with Atok! :)

Mama with beloved Bonda! :)

Tersengih sbb dpt makan byk! ;P

Papa + Zakwan + Mama =)

Meja No. 72 Port Baeekkk Punya..! (blkg skali, hehe..)

Mama & Aunty Yaya

Meja kami, huhu ;p

Atok & Konco2 =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...