24 Februari 2010

Yeay, Zakwan Dapat 1st Prize!! ;))

Setelah berbelas contest dan giveaway yang Mama join, akhirnya Zakwan menang jugak contest yang dianjurkan oleh Aunty Pretty Zaza : Baby Face Contest.

Mama sangat la teruja! Mama tak kesah org lain nak kata apa.. Mama memang patut pun rasa teruja dan gembira!! Hahahaha...!! Sebabnya baru 1st time menang dalam apa2 jugak contest n giveaway sejak berblogging ni.. (kesian saya..huhu!) dan paling best, Zakwan dapat 1st PRIZE!!!!
Papa pun siap ucap congrats lagi, hikhikhik... ;p
Gambar ni la yang Mama pertaruhkan utk Baby yg Babyface ;)

Tq Zaza, nanti anjurkan lagi ek.. Mama takkan serik nak bercontest n bergiveaway kalu ada sape2 yg anjurkan lagi, hehe.. Sangat gumbira tak terkata ni, hehe..
Tapi kesian, Zakwan demam ;(

Rumah Mama Berwajah Baru! :)

Cara2 Nak Tukar Template Tanpa Ganggu Widget!

Malam tadi, jalan2 ke blog2 lain.. Singgah sat kat blog Mommy Qastalani : Peminat Karipap Sayur ;) Memang mende alah ni yang Mama cari selama ni dan Mommy Qastalani ada jawapannya :) TQ ya! Mommy Qastalani link kan pulak kepada Mama E-ein : Our Bundle Of Joy. Memang berguna sungguh jalan2 blog malam tadi. Thanks to both of them! :)

So, pagi ni Mama cuba la pilih mana yg berkenan. At last, Mama pilih hitam+pink ni.. Cantik ke idak, lantak pi la.. Janji x putih cam sblm ni, huhu! Ni baru 1st time buat, kira ok la kot ek.. Nanti2 bleh try lagi.. :) Ambil masa sket la.. Dgn keypad yg semakin comel ni membataskan sket kelajuan utk menaip, haha!

p/s : Dah terror nanti, mau tiap2 minggu tukar cat rumah ni..hahahaha! Naseb baek bukan rumah btul..harus pokai jawabnye ;P

23 Februari 2010

Bila Zakwan Berjubah..



Macam ni la rupe Zakwan sebelum gi kenduri.. Memang la ceria, suci, bersih.. Bile dah lepas kenduri, Sangat berlengas, comot n jubah pun dah di tarik2 suruh bukak! :)
Tak sempat nak amik gambar anak Mama yang comot.. haha!! ;)

Actually jubah ni Mummy Berry (kawan Mama) bawakkan dari Arab Saudi utk Zakwan masa dia balik Malaysia awal Januari aritu.

To mamalieyna, khas utk mamalieyna ni, hehe ;p

Naik Buai - Baby Adib - Part 2

Mama nak share gambar2 yg sikit ni. Ni masa kenduri cukur jambul baby Adib. Memang sikit jek gambar yg ada.. Semua bz dgn kerja masing2 termasuk Mama yg kena jaga Zakwan, huhu! Kalau tak dijaga, abes sume benda die nak kacau kat rumah Aunty Lala tu ;)


** Zakwan pakai jubah **



** Baby Adib a.k.a Baby Muharram ;) **



** Baby Adib dalam buai **


** Masa marhaban **

21 Februari 2010

Lappy Baru! :))

** :)) **

Hari ni Mama sangat gumbira! :)) Pagi2 Aunty Wawa dh dtg umah (Aunty Wawa marah kat Mama, sori ye Aunty Wawa..hehe :P) bawak sarapan dan juga 1 plastik besar.. Mama tertanya2 la jugak, hehe.. Selidik punya selidik, rupa - rupanya Aunty Wawa bawakkan lappy baru yang Papa pesan semalam. Sebab semalam Aunty Wawa n Uncle Najjib gi Lowyat - Jalan Jalan Cari Lappy :)

Papa mintak tolong Aunty Wawa carikan DELL Inspiron Mini 10 kaler hijau. Canteknya!! Comel lote plak tu! Aunty Wawa cakap, kalu gi kt kedai die tu rambang mata nak pilih sbb kaler sume cantek2,hehe.. Hai, bersemangat la Mama camni nak update blog selalu, haha! TQ Papa!! :))

**ACER yang banyak berjasa :) **

Zakwan yg Emosi

Jumaat malam Sabtu aritu, Papa ajak temankan die gi main futsal.. Memang Papa selalu gi main futsal, tp kali ni baru Mama & Zakwan ikut sbb Papa selalu main 2 jam.. Kali ni main sejam dn start awal, so rase2 bleh la follow.. Bukan apa, kesian kat Zakwan jek.

Dari dlm kereta Zakwan dh tdo dh.. Lama pulak tu! Sampai Papa main 1st half baru terjaga. Tu pun sebab bunyi org gelak2 yg tetibe lalu kat sebelah kami, huhu! Jaga2 terus cari Papa. Terus nanges teresak2 sebab ingat Papa tinggalkan die.. Zakwan, Zakwan..

Sejak 2 menjak ni, Mama perasan yang Zakwan sgt emosi. Kalau tgk gambar Papa peluk Zakwan jek pun dh meleleh air mata die.. Tu kalau Papa takde kat umah la.. Cuba masa Papa ada kat umah.. takde pulak nak main2 ngan Papa.. Ngan Mama jugak.. Hemmm...



** sebelum & selepas **
(muka Papa penat main, haha!)

Saaaa...yang Baby! :)

Zakwan pantang tgk ada gambar baby. Kat TV masa iklan ke, kat majalah ke, mesti nak diciumnya.. Masa lepak kat kedai makan mamak Hameed Tesco Extra Shah Alam, tggu order yg lambat sampai, saja2 la Mama belek2 majalah PaMa yg baru dibeli (smpi skrg masih belum dibaca! :P) Belum sempat belek, Zakwan dah tarik dulu dh.. Tgk la ni, apa die buat... :)






p/s : Zakwan bagi 'hint' pada Mama yg Zakwan nk adik ke? kekekekek ;p

Nape Rumah Mama ni Kaler Putih?

Hari2 sempat jenguk je.. Tak sempat langsung update blog, huhu! Hari2 jugak terase pelik, tp tak terluah dek kata2.. haha!Ayat tak hengat!

Pelik bukan apa.. Bila jenguk rumah Mama ni, cam pelik pulak..Awat sumenya kaler putih jek ni? Mana pegi background @ template blog Mama ni? Dah cun2 (perasan sendrik!) tibe2 ilang pulak.. Ni mesti masa Papa godek2 nk letak nuffnang aritu kot..huhu! Takpe2 esok jek Mama tanya Papa.. :(

17 Februari 2010

Handy Manny!!

Hello, Handy Manny..anda rosakkan, kami baiki!! :)



Zakwan kalu tak tgk kartun ni sehari mmg tak sah! Tapi kali ni bukan la nak citer pasal kartun ni.. Just nak kongsi citer pasal Papa yang jadi Handy Manny semalam =P

Semalam, sebelum gi celebrate kat Secret Recipe tu, Papa berangan nak jadi Handy Manny :) Sebabnya? Sebabnya kelmarin kami pegi IKEA yang best! Dah lama dah bercadang nak membarukan meja makan kami ni. Tapi kali ni baru kesampaian. Sebelum ni dok bersila je, makan kat meja jepun. Disebabkan Zakwan pun dah pandai nak usik2 makanan tu, Papa & Mama bercadang nak beli meja makan baru. Tapi macam membazir pulak sebab, meja jepun ni nanti nak letak mana.. Rumah bukannya besar, hehe.. So, kami decide tambah kaki pada meja & dan beli kerusi je :)


** Ni la meja jepun kami yg Zakwan dh pandai panjat tu **


** Ni pulak bila dah + kaki meja & kerusi :) **

Mama terpikir la jugak, dah lama tak pakai microwave sejak pindah umah baru ni. Sayang pulak kalu tak guna langsung. Bukan apa, ruang yang terhad yang menyebabkan Mama dah lama tak guna. So, kami beli la rak besi ni.. Semua barang elektrik yang kat dapur, Mama letak 1 tempat.


** Ni sebelum ada rak IKEA.
Mama letak kipas & microwave kat blkg pintu jek, huhu! **


** Ni la rak IKEA yg menyenangkan hati Mama :) **



** Zakwan yg baik.. Tak kacau Papa pun.. :) **

IKEA mmg penyelamat & penyenang hati Mama & Papa, hehe..

Resepi Rahsia =P

Happy 'Coupled' Anniversary, Papa! :)
(16022000-16022010)

16 Feb 2010 genap 10 tahun dah Mama & Papa bersama :) (kalau kawen 10 tahun lepas, anak dah darjah 3 @ 4 dah, haha!!) Kalau diimbas balik zaman dolu2 tu, memang lawak la.. Apa taknye, tak pernah2 bertegur langsung kat sekolah dulu, tgk2 sampai ke jinjang pelamin jugak kami ni, hehe.. Kawan2 sekolah sume tak sangka yang kami akan & boleh bersama. Tu la jodoh namanya ;)

Papa tak bawak ke mana2 pun.. Tapi Papa belanja kat Resepi Rahsia, hehe.. pegi kat Giant Putra Heights saja.. Sebab Papa malas nak gi jalan jauh2, takut penat, huhu! Apa2 pun TQ Papa!! =)



** Papa, muka Papa separuh! Hehe.. **


** Alololo, manjonyo.. ;p **


** Mama senyum jek.. (lapo ni!=p)


** Zakwan : Anney, teh ais 1!!
Eh, silap tempat da.. ingatkn kedai mamak! :) **

Lama x update!

Lama betul x update!! Sangat bz cuti raya cina hari tu.. Walaupun tak balik kampung, tapi semua berkampung kat rumah kami. Aunty Lala & Baba Yeop buat kenduri cukur jambul & aqiqah utk Baby Adib. Tu yang bz sangat tu!

Aisey, gambar kt kamera Aunty Wawa la.. Nanti bila Mama dah dpt, Mama akan upload di sini ya, I-Allah.. :)

09 Februari 2010

Balik Kampung

Tak sukanya kalau terase cam lambat update blog. Walaupun baru 3-4 hari.. Sejak 2 menjak ni Mama sangat bz.. Minggu ni banyak barang customer nak kena uruskan. Dah la weekend hari tu balik kampung. Papepun, balik kampung setelah sebulan tak balik mmg BEST! :)

1st day kat Teluk Intan, balik kampung Papa dulu (naseb baek Mama & Papa sekampung =p) Zakwan la yang seronok.. Dapat jumpa macam2 binatang :) anak ayam, lembu, kucing.. Sampaikan nak tercekik anak ayam tu Zakwan buat, haha! Zakwan, Zakwan.. Pastu main kt laman.. Tgk Papa main beskal. Mama pun lepaskan gian jugak naik basikal, setelah sekian lama tak main, haha!




** Zakwan tolong nenek nak kopek 'nyior' **




** Tolong kejap je, Zakwan dah melepak.. hemm... **




** Persidangan Antarabangsa - Bik Ina+Papa+Mbah **
(Mama xpaham, sbb persidangan dlm bhs jawa! Haha!!)

Paman Kirin bawak Zakwan ronda2 kampung naik moto.. Pelagi, seronok kemain la budak kecik ni. Mmg aman la dok kampung ni, cam tak nak balik, haha!



** Paman Kirin bawak Zakwan ronda2 **

Petangnye, balik kampung Mama pulak.. Ala, bukan kampung dah pun, tengah2 pekan :) Sebelum tu, kami singgah Restoran Mi Mastan Ghani, 'The Best Mi Rebus in Teluk Intan', haha! Sape2 dtg, wajib cuba! :P Sedap btul.. Lama giler tak merasa!



** Best in Town! :) **


Sampai2 rumah, Zakwan gi jumpa sepupu Zakwan.. Muhammad Adib Rayyan :) Kalau tgk baby kat TV @ majalah bukan main suka, bila dah depan mata tak nak pulak dia! Hehe..



** Zakwan & Adib **




** Kesian anak Mama, dulu Zakwan takde mende ni.. **


Malam pulak kami 1 family gi makan kat luar, kat Restoran Sutera Indah.. Alang2 dah semuanya berkumpul, syok jugak kalau dapat makan sama2 camni.. :) Ingat pas makan nak ajak Papa gi uptown (Teluk Intan dah ada uptown?! Hebat! =p) tapi Zakwan pulak dah tido, huhu!



** Zakwan + Papa + Mama **




** Ala, Aunty Wawa ni, amik gambar Mama tak cun la..hehe **


Esok paginye, Mama ajak Papa gi pasar. Ingat nak beli 'buah tangan' utk bawak balik ke rumah Bandar Saujana Putra, hehe.. Beli kt Teluk Intan, barang murah nak dibandingkan dgn kat sini. Best betul! Gi pasar pun best? Memang best... Kalau dah sayur pucuk ubi ngan pucuk paku seikat 50sen, sapa yang xnak! Nak borong banyak2, takde sape pulak nak makan kat rumah.. beli la 3 ikat je.. Papa pulak dh dapat petai, senyap la, hehe.. :)

Kul 11, kami pun bertolak balik meninggalkan bandar Teluk Intan yang tercinta, huhu! :(




** Rehat kejap sblm teruskan perjalanan **




** Penat sangat Zakwan minggu ni.. Papa tidokan dalam buaian **


05 Februari 2010

Zakwan Tetap Juara! =p




Sejak kebelakangan ni, banyak contest yang Mama join dah kluar resultnya. Sepanjang berblog ni, ada la dalam 10 - 15 contest gak yang Mama join. Tapi tak pernah sangkut pun, haha! Takpela, takde rezeki lagi..

Mungkin Mama tak pandai pilih gambar Zakwan yang kiut miut kot, hehe.. :) Atau mungkin kualiti gambar2 Zakwan x berapa cantek sehingga tak menambat hati juri kot.. (almaklum, guna kamera handphone je, huhu!)

Mama x kesah.. Join pun sebab suka suki, at least dapat jumpa ramai kawan baru! Kalau menang, tu bonus :) Walaupun tak pernah menang, ia tak akan patahkan semangat Mama nak join mana2 contest @ giveaway lagi, haha!! Caiyok2!! =D

Apa2 pun Zakwan tetap JUARA di hati Mama :) Love U, Sayang..

p/s : Emm...Papa, apa kate kalau kite beli kamera? =P

04 Februari 2010

Hari Yang Bahagia :)

4 Februari 2010 ni memang buat Mama bahagia :)



Pertama, sebab hari ni Zakwan genap 16 bulan a.k.a 1 tahun 4 bulan. Cepat je Zakwan dah membesar.. Terasa macam baru je semalam je lahirkan Zakwan, tapi skrg nak dukung pun dah tak larat! :) Zakwan cepat belajar. Naik je kereta, dia tadah tangan dulu nak baca doa naik kenderaan. Bentang je sejadah, Zakwan dah qiam dulu dah atas sejadah tu. Kalau berak pun, dah pandai bgtau (tepuk2 punggung). Macam2 lagi la.. Takpe, Mama lagi suka :) Semoga Zakwan jadi anak yg soleh ye sayang.. Mama sayang Zakwan :)




Kedua, hari ni genap 12 tahun hari ulangtahun kemasukan Mama ke sekolah yang tercinta, Seratas (Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping). Kat sini la 1st time Mama dudok berjauhan dari family, kat sini jugak la 1st time Mama belajar utk hidup berdikari.
Kat sekolah ni jugak la Mama jumpa kawan2 baik (Fizzone, Naim, Berry, Zareen, Matdek, Loped, Izi, Zaim, Riza & etc. ) yang sampai sekarang masih berkawan (sayang korang!).

Paling best sekali, sekolah ni telah menemukan Mama dgn Papa! (kitorang sebaya, lain2 kelas! Tak pernah bertegur sampai la abis SPM =p)

Memang banyak la kenangan terindah yang tercipta kat sekolah ni walaupun hanya 2 tahun kat sana (form 4 & form 5)

Happy Anniversary, kawan2... :)

03 Februari 2010

Hari ni baru Mama sempat update.. Semalam Zakwan demam, seharian duduk dgn dia je. Alhamdulillah hari ni badannya dah tak panas, tapi hidung masih tersumbat :(


** Zakwan yg demam **

Isnin haritu cuti Hari Wilayah. Aunty Wawa nak bawak Zakwan jalan2. So, kami decide nak pegi Ikano. Syok jugak sale yg ada kat Ikano :) Mama belikan Zakwan tshirt je.. Jalan2 sambil menunggu giliran pejabat pos yang sangat ramai tu, terserempak pulak dgn kawan baik Mama, Mama Mawaddah & Muaz. Baru pertama kali tgk Muaz, sangat la debab+gebu! Geram dibuatnya! Baru 3 bulan tp berat dh 11 kilo! Sama berat dgn Zakwan, hehe..!! Sembang2 kejap je..

Dah lepas selesaikan urusan kat pejabat pos, tetiba Atok Zakwan kol Mama. Tanya khabar n tanya kat mana sbb bunyi bising.. Mama cakap la kat Ikea..Terus Atok Zakwan kirim mintak tolong belikan mug! =p
Walaupun sebenarnya mmg tak berhajat pun nak pegi Ikea (sbb tau, kalau pegi je, sure ada je barang yg nak dibeli.. Sebab Ikea sangat best! =p), tp dah alang2 sampai & Atok Zakwan kirim barang, pegi la jugak.

Mula2 Zakwan mmg la boring, tapi bila dah sampai kat tempat budak2, syoknye bukan main, haha! Semua barang die nak pegang.. Mula2 plan nak belikan Atok Zakwan mug je, alih2 Mama yang byk membeli! (Adoi, sure kene bebel dgn Papa!!)


** Zakwan suka kerusi ni :) **


** Tempat mainan yg Zakwan suka sampai tak mau balik! **

Malamnya Zakwan tido awal, maybe sebab penat berjalan la kot. Mama dah lega la sebab, boleh la Mama update blog2 Mama. Tapi pukul 10.30 - 11 mlm, Zakwan bangun balik!!!! Tengok la apa dia buat bila dah bangun dari tido tu!


** Nak jadi chef 'Wan', ye :P **


** Bangun tido terus cari alat2 masak ni.. **


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...