31 Januari 2010

BSP > Aeon Bukit Tinggi > Bangi > BSP

Hari ni mmg Mama, Papa n Zakwan berjalan je, hehe.. TQ Papa! :)


** Mama n Zakwan :) **

Mula2 kami gi Aeon Bukit Tinggi.. Biasanya ni je la tempat yg kami pegi hujung2 minggu :) Hajat di hati nak mengepos barang2 customer tapi SANGAT2 LUPA hari ni PUBLIC HOLIDAY!!! Pejabat pos tutup da..hahahah! Gelak pada diri sendrik! =D

Last2, jalan2 je la.. Nak shopping mopping pun cam tak best je CNY sales kat sini.. Pas makan, terus balik.


** Aktiviti WAJIB Zakwan kalau pegi mana2 **


** Rilek je die.. eksen! :P **
(ppsstt.... baju ni Mama ada jual kt blog ;P Zakwan pun ada 1, hehe..!)


** Papa ckp, kalau pegi mana2 bleh naik 2 bijik mende alah ni je..
kalau byk2 nnt Papa pokai!! **

Tapi kami tak terus balik rumah.. Papa Zakwan nak pegi jumpa doktor homeopati kat PKNS Bangi. Ada masalah kesihatan sikit :) Dah lama sangat nak pegi, tapi asek tertangguh2 je, huhu!
Papa tanya jugak kalau2 ada ikhtiar utk nak (+) ahli keluarga ;P

(Actually, lepas kawen, setahun jugak menunggu kehadiran Zakwan... Setelah berikhtiar dgn makan ubat homeopati doktor ni dan dgn izin Allah Zakwan lahir menjadi penyeri hidup)


Tapi doktor ckp.. 'naturally, kalau BF pada baby, lepas 2thn (lepas dah tak BF baby) baru bleh...'
Erk, yeke?!! Tak tau la pulak..Sebab kakak Papa penah lepas 6 bulan lahirkan anak, mengandung lagi walaupun BF kan baby dia.. Special case kot. Takpela, rezki Allah dah tentukan, I-Allah ada la tu nanti kawan utk Zakwan.. Masanya je yang belum tiba :)
Doktor ckp, biarla Zakwan ni puas2 manja dulu, hehe.. Baiklah Tuan Doktor! ;)


** Papa a.k.a Incik Drebar.. Tenkiu Papa, muah2x!! :) **

Memang kami tawaf la kiranya hari ni!
B.S.P > Putra Heights > Bukit Tinggi > Bandar Sunway > Bangi > Putrajaya > B.S.P!
Memang penat, tapi seronok dapat habiskan masa sama2 dgn 2 hero :)

Dan sekarang jam 12.46am, Mama je berjaga mengadap lappy, 2 hero lagi dh lebur, kekekekeke! :)

30 Januari 2010

Puding Karamel ;)

Malam ni Papa pegi main futsal. Main 2 jam (biasa main 1jam jek!). Tinggal la Mama & Zakwan :)
Tiba2 macam terasa rajin pulak nak buat puding karamel. Dah lama berhajat nak buat. TQ to Puan Fiza Sakya sbb bagi resipi ni :) Sekarang baru ada masa nak buat, hehe...

Senang, mmg la senang nak membuatnya.. Tapi sejak 'pembantu' ni semakin membesar lagi susah la nak masak2.. Lagi2 kalau Papa tak ada kat umah.. Tu sebab kalau weekdays Mama selalu masak yang simple2 je.. Kesian Papa, hehe :)

Dah la sambil2 buat tu, sambil2 kena melayan si Zakwan ni ha.. Benda yang boleh buat cepat jadik lambat dibuatnya.. Zakwan, Zakwan..hem....

Dah siap masak, terus layan Zakwan. Tengok tv sambil menyusukan. Zakwan pulak peel nya skrg ni, menyusu meniarap atas Mama. Sampai tertido2 dibuatnya kat atas badan Mama. Kesian dia... (nak amik gmbr, tp seksi sgt la, haha!)

Bila Papa balik,

Mama : Bang, puding dah siap. Ada dlm peti ais..
Papa : Dah sejuk ke? Kalau tak sejuk lagi, xnak la..
Mama : Dah sejuk dah..

Hehe..nak tau kesudahannya?

*
*
*
*
*


Photobucket

** Papa makan dlm gelap! :p **

Photobucket

** Papa makan separuh da... :) **


Sedap ye Papa? Nanti Mama kena buat lagi la Papa.. Sebab ingatkan nak bagi Kak Yatie jiran sebelah rumah, tapi nampak gayanya cam tak cukup je.. hehehe ;)


28 Januari 2010

Aksi Zakwan :)

Malam Selasa aritu gi Giant Putra Heights beli barang2 dapur..
Tgk la aksi - aksi Zakwan ni ha.. haha!
Papa punya keje la ni :)




27 Januari 2010

Makan2 @ Rumah Mummy Berry - Episod 2

Aritu Mama janji kalau Cik Ida ada amik gambar, Mama nak letak kat sini..So, ni la gambar2 yang sempat Mama amik dari Cik Ida :) Credit to Cik Ida, yeay!


** Zakwan wif Mummy Berry! :) **


** Papa & Uncle Matdek khusyuk makan mi kari **


** Anjang Riza pun sama khusyuk ;p **


** Papa ditugaskan utk mengopek durian :) **


** Zakwan wif Anjang Riza! **


** Anjang Riza suap durian kat Zakwan! :) **

Mana Mama?? Semua kaum Adam jek.. haha!! Mama n kawan2 pompuan lain sebuk menyembang sambil bergossip!! :)) Tu sebab kami tak de dalam gambar. Termasuk la Cik Ida Da Photographer!! Hehehehe...

26 Januari 2010

Makan2 @ Rumah Mummy Berry - Episod 1

Hari Selasa baru Mama boleh update blog ni..Weekend hari tu sempat update blogshop Mama (Zakwan & Kawan2 Punya!!). Blog Mamazakwan's Collection tak sempat2 lagi nak update, huhu!

Hari minggu yang sangat penat! Ahad hari tu Mama pegi makan2 kat rumah Mummy Berry (dah berlepas ke Jeddah, dah, huhu!). Sampai Bandar Sunway pukul 5.15 ptg. Tapi Papa nak pegi kedai Cash Converter dulu nak menjual barang, hehe.. Lama btul! Pukul 6 baru gerak ke rumah MummyBerry. Sampai2 Mummy Berry takde pulak. Kuar gi amik kereta ngan Anjang Riza ('laling' Mummy Berry, hehe!) Yang ada Aunty Fizzone, Aunty Naim n Cik Ida. Borak2, makan2 kueytiow goreng dulu, borak2 lagi..Uncle Matdek pulak sampai. Tunggu punya tunggu, lepas maghrib baru nampak batang hidung Mummy Berry! Dah semua ada, baru dapat makan 'main menu' nya, Mi Kari! :)

Mula2 kueytiow goreng, pisang goreng, agar2 & ubi rebus (Mama bawak), lepas tu pekena mi kari pulak.. Mummy Berry n Aunty Fizzone kuar jap gi pasar malam, cadang nak beli tempoyak, tapi balik2 bawak durian! Makan durian pulak.. Adoi, naik sebu perut dibuatnya, haha! Tapi takpe, seronok.. makan ramai2, bukan selalu ;p

Nak dekat pukul 10.30 mlm, baru kami gerak balik. Tu pun sebab nak singgah Putrajaya dulu, amik barang daripada Aunty Wawa. Zakwan pulak, dah nak balik baru nak bermesra2 ngan Aunty2 n Uncle2.. Masa mula2 datang wat perangai tak hengat! Geram Mama!! Papepun, tq Mummy Berry sebab bagi Tshirt kat Zakwan.. :)

Sorry la, tak sempat langsung nak amik gambar.. asek makan, borak2 n layan Zakwan jek. Tengok la nanti, kalau2 Cik Ida ada amik, hehe.. :) Apa2 pun, memang seronok bila dapat kumpul ramai2 camni..kn kawan2 ? :))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...