11 Jun 2010

::: ReDhA JuA.... :::

Mama, Mama...
Nape la Mama ni mengeluh aje?
Dah beberapa hari ni Mama tak senang duduk..
disebabkan masalah yg menimpa2..
Bak kata org, dah jatuh, kene timpa dek tangga pulak..huhu!


Setelah beberapa hari merungut tak tentu pasal,
Mama sedar bahawa segala yg terjadi tu
Insya-Allah ada hikmah yang Allah dah sediakan
Cuma Mama jek yg tak perasan
Dan cepat sangat cari kesalahan orang lain

Setelah dipikir2 kan semula,
Memang ada Allah selitkan hikmah disebalik kejadian yang menimpa
Contohnya:

1~ Tak dpt nak online mcm biasa
Sepatutnya Mama hargai masa yang terluang tu dgn habiskan masa dgn Zakwan. Sebelum ni asyik merungut sbb takde masa nak main dgn Zakwan. Bila dah diberi peluang, tak hayati sepenuhnya la pulak..hemmm

2~ Takde air 2 hari
Disebabkan takde air tu la, Mama dapat habiskan masa dengan anak sedara & adik Mama. Kalu hari2 biasa, jgn harap la Mama nak gi umah adik Mama tu. Walaupun tak jauh (dekat Pinggiran USJ je) tapi ada je alasan nya..huhu! Bila dah kena camni, adik Mama tu jugak yg Mama cari, hemmm...

3~ Kena tipu dek supplier
Pengalaman pertama kena tipu ni la yg betul2 mengajar Mama erti sabar. Sabar hadapi kerenah supplier yang ckp putar belit & sabar hadapi customer2 yang dok bising2 tnya barang2 diorg. Pengalaman ni jugak la yang mengajar Mama supaya lebih berhati2 dan selidik dulu sedikit sebanyak ttg supplier tu. Supaya tak terkena lagi di kemudian hari, hemmm...

Syukur, Ya Allah..
Sesungguhnya Mama bersyukur sebenarnya sbb ditimpa dgn pelbagai masalah camni.
Bukan la bermaksud Mama suka ditimpa masalah, cuma Mama cuba berusaha utk fikir positif.
Sebab hidup mesti diteruskan. Mama hidup di samping orang2 yang Mama sayang.. So, Mama tak boleh pikir utk diri sendri jek..

Thanks to lovely family, sbb masih beri support walaupun ditimpa masalah camni.. :)

2 comments:

siti nurkhijah berkata...

mcam yang selalu dicakap~
sesuatu yang terjadi pasti ada hikmahnya...

Zaidah berkata...

apa yg berlaku ade hikmah dan pengajarannya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...