29 Julai 2015

Short Getaway ~ Cameron Highlands | ASZI Homestay Yang Best!

abes dah citer raya...
kot ada citer pasal raya lagi nanti
mamaZN sambung balik ek, hihihi...

lamaaaaa sangat teringin nak pegi CH
ngidam gak la time preknen aritu
siap cakap kat papaZN 'jom la balik hari je'
memang takkk la utk dapat approval dari papaZN huhu!
at last sabtu aritu baru dapat pegi, hehehe
syoknya! dah 3 tahun tak jejak
last pegi, kakak nayli baru umo 1 tahun :)

dapat banyak jemputan open house pun terpaksa ditolak huhu
nak sangat pegi CH punya pasal
pegi sabtu aritu dengan harapan
CH tak ramai orang sebab sebuk beraya lagi, hehe...

semangat nak pegi, siap bawak bekal bagai
bawak nasi tomato, mi goreng dgn nugget
pastu ada la kacang2 ngan waffle gardenia
tak dilupakan sardin tin & roti
utk buat sandwich brekfes esoknya
semangat kan? haha!
owh, kami memang jenis bawak bekal
takde nak singgah2 utk makan
save bajet di situ, hihihi...

bertolak kul 8 pagi, kul 11.30 sampai CH
sebelum tu singgah shell nkve utk brekfes
makan bekalan yg dibawak tu je hihihi...
pegi lalu simpang pulai sebab nak balik ikut tapah
cuaca time kat simpang pulai cun jek
sampai kat atas, hujan turunnnnn T___T
plan nak ke sg palas & big red strawberry farm tertangguh
ksian la kat anak-anak...
kami trus je check in homestay
padahal check in sepatutnya kul 2
tapi kami kul doblas dah bleh lepak bilik
haha!

memula survey hotel
tapi bila pikir ahli dah bertambah
makanya pilih homestay je la
kami pilih nak dok kat kg taman sedia
sebab sana tenang sket banding dgn brinchang

kat kg taman sedia memang banyak chalet / homestay
pilih la dengan bijak, haha!

cam kami, kami pilih ASZI Homestay
tengok feedback semua puji
terus je la book nak dok sana

ingatkan tempatnya dalam kg taman sedia
rupanya atas bukit & kalau nak masuk kampung kena turun tangga (ikut shortcut)
memula cam 'alaaa, tak bestnya sebab mcm terpencil'
tapi lama-lama rasa ok plak
sebab selesa, tenang, tak bising, rileks sket hihi...

1 malam RM160
bilik attached dengan bilik air
pastu ada 2 katil queen bed
bersih!
ekon? tak payahhhhh... sejuk kot!
memang puas hati
kami mesti pilih! andai kata datang lagi

tak jalan sekeliling pun...
nak jenjalan ke tempat lain apatah lagi..
memang dok ontok-ontok je dalam bilik
sebab hujan!!! uwaaa...!
takpela, takde rezki nak berjalan masa day 1 tu

naseb baek bawak bekalan yg banyak
cukup sampai malam tu

pastu malam tu, seksaaaa nak tido!
sebab sejuk sampai ke tulang sumsum!
siap pakai stokin, sweater bagai
zaed plak 3 selimut mama balut dia hehe sejuksss nak mamp!

tapiii
kakak nayli paling tahan sejuk
tido pakai pampers je kot!
budak bertuah betul! =D

mamaZN cakap kat papaZN
5 tahun lagi la kot baru datang lagi
tak tahan sejuk! huhu...
bila dah lupa cemana rasa sejuk dia tu
baru kita datang balik CH ek papa? haha!

28 Julai 2015

Raya Ke-3 @ Manjung | Jalan-jalan Naik Bot

hari ni dah raya ke berapa?
baru nak citer pasal raya ke-3 hihihi..
apadehal... layannn! ;)

ok, raya ke-3 giliran beraya dgn famili mamaZN plak
kali ni diorang nak beraya ke manjung
ok, jommm... i folo je

sebelum ke manjung kami semua beraya umah papaZN sat
atoknenekZN nak beraya ngan besan :P

pastu baru gerak ke manjung
kami lambat sket gerak sbb sedara papaZN beraya kat umah tu
takkan nak tinggalkan gitu je kan? huhu

kat manjung ni umah mak menakan ceq
hihihi
kat sana jumpa la sepupu2 manjung & ipoh
baby zaed pun dapat la jumpa 2 pupu yg lahir selang sehari je :)
nak bergambar? mmg takdan
ate, mengulik anak je..
nak menyembang pun takde sangat huhu

pastu beraya ke umah mak menakan yang ke-2
kat manjung jugak
kat sini bebudak ngan pak budak ngan mak budak la seronok
sebab dapat naik bot
seronok plak tengok depa naik bot tu

mamaZN x join? takkkkk, dok umah je...
jaga baby zaed yang ketiduran...
ai is sedar diri, takleh huha huha sangat
dah ada baby kecik T____T
tunggu la zaed beso kan sayang?
nanti kita lenjan naik bot sesama hehehe

selesai sudahhh
simple jek
okeh, tu je la citer raya kami kat kampung
raya ke-4 dah balik klang hukhuk

27 Julai 2015

Raya Ke-2 @ Sabak Bernam | BBQ Sempena Birthday

assalamualaikum
jom, nak sambung citer pasal raya lagi :)

raya ke-2 kami beraya dengan famili papaZN
ramai sedara mara papaZN kat sabak bernam
so, moh la beraya ke sana...
kalau raya pertama tema ungu
raya kedua tema 'mak kau hijau' plak
haha!

kami konvoi 2 buah kereta
dari kul 11 sampai kul 6.30 beraya
dapat la 6 buah rumah camtu
mamaZN dah rasa exhausted sangat dah
mana tak nya,
sampai rumah orang, zaed trus nak menyusu
pastu dia nak dipegang slalu
blum rasa secure btul lagi kot huhu
cuaca plak agak panas & berbahang
zaed tak lena nak tido
masuk kete tido, bila dah sampai jaga
gitu je la, ksian gak nengoknya

malam tu pulak, balik umah mamaZN
camtu la kami...
walau kampung sama-sama teluk intan
balik tetap bergilir, sehari sana sehari sini
malam tu umah mamaZN buat bbq
kami sesama anak beranak je pun
kami sampai lambat, jadiknya semua dah siap terhidang, huhu.. sori!
biasanya papaZN la yg jadik tukang bako :)

kebetulan raya ke-3 (19/7) besday atokZN
pastu raya ke-4 tu (ikut bulan Islam) besday zakwan plak
so, jamakkan skali la celebrate mereka :)

malam tu jugak hujan punya lebat
memang sodap tido, muahaha!
dah kenyang kan, apa lagi mentido la :P

okeh, tu je citer utk raya ke-2 kami
dari pagi sampai ke malam

nanti sambung citer raya ke-3 plak
citer raya yang terakhir kami di kampung
sbb raya ke-4 kami balik klang dah pun

ok daaa..!

p/s: hari ni baby zaed genap 2 bulan ^_^

24 Julai 2015

Photoshoot Di Raya Pertama

baru dapat gambar2 ni drp aunty wawa
so nak share kat sini plak
kekekekeke :P
jadikla drpd takde langsung kan? hee
alhamdulillah complete semuanya
in shaa Allah, bulan depan bertambah lagi ahli keluarga
^_____^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...